Assalamualaikum Wbr.
Abul Laits mengatakan, “ Jauhilah minum arak, kerana di dalamnya mempunyai 10 perkara yang tercela:
1- Apabila seseorang itu minum arak maka kedudukannya seperti orang gila, akhirnya di menjadi bahan ketawa kanak-kanak. Dan tercela ia bagi orang yang berakal.
2- Arak itu boleh menyebabkan hilang dan menyebabkan musnahnya wang ringgit.
3- Minum arak boleh menyebabkan timbulnya permusuhan antara sahabat.
4- Minum arak akan menghalangi seseorang itu ingat atau berzikir kepada Allah S.W.T. dan akan menghalangi dia dari mengerjakan solat.
5- Minum arak akan mendorong perbuatan zina. Sebab seseorang yang minum arak mungkin denggan mudah menceraikan isterinya tanpa dia sedari.
6- Minum arak adalah anak kunci segala perbuatan jahat, orang yang minum arak mudah sekali melakukan perbuatan terkutuk.
7- Minum arak boleh menyakiti keluarganya dan teman-temannyan kerana mengiringi ketempat fasik.
8- Orang yang minum arak wajib dihad, di hukum dengan 80 sebatan, kalau ia tidak dipukul di dunia dia akan di pukul di akhirat dengan cemeti api neraka di hadapan orang ramai dan disaksikan oleh bapa dan teman-temannya.
9- Minum arak itu menyebabkan pintu langit ditutup baginya, kerana semua amal baiknya dan doa-doanya tidak diterima selama 40 hari.
10- Minum arak itu menyebabkan dikhuatiri dicabut imannya.
Kesemua akibat ini adalah di dunia sebelum dia mati setelah itu dia akan menghadapi pula siksa akhirat nanti.
Dari Abu Umamah dari Nabi S.A.W bersabda, " Tiga jenis orang yang tidak akan masuk syurga :
1. Peminum Arak
2. Orang yang memutuskan tali silaturrahim
3. Orang yang mempercayai ahli sihir.
Barangsiapa yang meninggal dunia sebagai peminum arak, maka dia akan diberi minum oleh Allah S.W.T dari air Sungai Ghutha, iaitu sebuah sungai yang mengalir dari faraj kemaluan wanita pelacur. Sungai itu yang menyebabkan bertambah deritanya penghuni neraka kerana baunya yang cukup busuk."
Siti Aisah R.A. berkata, Rasulullah telah bersabda:
“Orang yang minum arak, maka janganlah kamu kahwini. Kalau sakit janganlah kamu ziarahi dan bila mati janganlah engkau solati. Demi Allah yang mengutus saya sebagai nabi dengan membawa agama yang benar, tidak akan mahu minum arak kecuali orang-orang yang terkutuk, baik diterangkan di dalam kitab Taurat, Injil, zabur dan Furqan.
Barang siapa yang memberi makan kepadanya meskipun sesuap sahaja, maka Allah S.W.T. akan membelitkan ular dan kala jengking pada badannya. Barang siapa yang melaksanakan keperluannya, maka bererti dia menghancurkan agama Islam. Barang siapa meminjamkan wang ringgit kepadanya bererti dia membantu membunuh seorang mukmin. Dan barangsiapa mempergauli dia, maka akan dihalau oleh Allah dalam keadaan buta tanpa ada hujjah baginya.”
Wallahua’lam..
Panglima7
Jauhilah meminum arak...walaupun ingin mencuba rasanya walaupun sedikit tanpa mabuk. Kerana dengan meminum arak...ia telah memohon Allah menyiksanya di akhirat kelak. Bertaubatlah pada sesiapa yang telah meminum arak. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
4 comments:
info yang sangat berguna... tq panglima 7
Terima kasih atas info yang sgt bermanfaat. Panglima, maaf sebab lama tak menjenguk ke sini. Zaty tiada kesempatan untuk menjenguk blog Panglima.
Di sini, zaty ingin bertanyakan satu soalan dan harap Panglima dapat membantu.
Soalan:
Adakah wujud hukum karma dalam Islam?
Saya harap Panglima dapat menjawabnya dalam entri2 yang akan datang jika tiada halangan.
Yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t, dan segala kecacatan itu datang dari diri saya sendiri.
Terima kasih.
:)
Assalamualaikum Tuan Panglima Hitam.
Terima Kasih keran sudi berkunjung dan membaca entry hamba. Semoga membawa manfaat bersama.
Assalamualaikum Izz,
Semoga senantiasa sihat dan gembira selalu. InsyaAllah jika berkelapangan hamba akan menyiarkan Hukum Karma dalam entry Panglima. Apa yang perlu tahu...Hukum karma tiada dalam Islam dan tiada Nas yang menyebutnya.
Post a Comment