Assalamualaikum Wbr.
Umat Islam Akhir Zaman Seperti Hidangan Yang Lazat.
Blogger-Blogger UMNO mendakwa PAS, Parti Ajaran Sesat. Setiap kali mereka membuat kenyatan dan komen, inilah bahasa dan tuduhan yang keluar dari mulut-mulut mereka. Seperti sudah menjadi suatu Syahadah sinonim atau salam bagi blogger-blogger UMNO ini apabila berbicara.
Kami tidak heran atau terkesan dengan tuduhan tersebut. Kerana ketika Nabi-Nabi yang diutuskan Allah untuk menyampaikan Risalah Islam, Risalah untuk menyembah dan mengabdikan diri kepada Tuhan Yang Maha Esa, mereka di tuduh sesat dan gila oleh kaum-kaum mereka sendiri.
Kejadian ini berlaku kepada semua Nabi-Nabi dan para pengikut Rasulullah SAW dengan lebih hebat lagi. jadi apalah sangat dengan tuduhan blogger2 UMNO yang diupah ini.
Dan ini sesuatu yang lumrah apabila PAS membawa obor perjuangan Islam yang dahulunya di bawa oleh Rasulullah SAW. Di akhir zaman ini... Islam kembali dagang dan asing bagi UMNO dan blogger2 mereka. Islam telah menjadi seperti kain buruk yang telah luntur warnanya. Sape lah yang hendak pandang.....pada Islam di saat UMNO memandnag kepada kemajuan Material dan duniawi semata2.. Mereka memandang duit yang masuk dalam poket mereka sahaja.
PAS menyeru kepada UMNO agar meninggalkan Nasionalisme, kerana Nabi Muhammad SAW telah tinggalkan kepada Umat Islam dan Manusia seluruhnya akan Al-Quranulkarim dan Hadis sebagai Perlembagaan Negara. Jadi mengapa UMNO mengambil perlembagaan yang selain dari Islam??? Mengapa di ambil Perlembagaan Kafirun. Nasionalisme itu asalnya dari mana..??? Bukan ajaran Nabi akan Nasionalisme ini tetapi ianya didatangkan dari Revolusi Perancis.
Mengungkap sejarah dahulu......Ajaran Nasionalisme inilah punca tumbangkan Khalafiah dan Kerajaan Islam Abbasiyah hasil perancangan jahat Yahudi dan juga Nasrani yang memecahbelahkan negara-negara Umat Islam menjadi negara-negara kecil berdasarkan kaum dan bangsa masing-masing.
Mereka menyemai semangat kebangsaan iaitu Nasionalisme agar umat Islam memerangi Kerajaan Islam Abbasiyah dan bangun bagi menuntut negara mereka berdasarkan kaum dan bangsa masing-masing. Kerajaan Islam Abbasiyah yang dahulunya menguasai 1/3 daripada luasnya dunia ini yang tersebar dari benua Eropah bermula dari Bosnia Herzegovina, Arab hinggalah ke Asia Tenggara termasuklah Kerajaan Melayu Melaka akhirnya tumbang disebabkan Semangat Kebangsaan ini. Siapakah yang untung di sini.?? ..Adakah Islam yang untung atau Negara Kafirun Barat yang untung di sini.???
Negara umat Islam berpecah dan menjadi kecil serta tidak bersatu padu. Kerana dasar Nasionalisma atau kebangsaan inilah umat Islam hancur dan berpecah belah. Masing-masing ingin menegakkan negara berdasarkan Bangsa dan menolak Daulah Islamiyyah dari Kerajaan Islam Abbasiyah yang tertegak dari hasil Kerajaan Bani Umaiyyah dan Khalifah ArRasyiddin pimpinan Sahabat nabi yang dijamin Syurga oleh Nabi Muhammad SAW.
Bila Iraq dan Afghanistan diserang...tiada satu pun negara umat Islam yang mampu dan dapat menolong negara itu.....Bila Palestin dan Bosnia Herzegovina diserang...tiada satupun dari negara Umat Islam yang mampu membantu umat Islam di sana.
Kerana Nasionalisma inilah umat Islam menjadi hina, ditindas, perempuannya diperkosa dan dikerumuni oleh orang-orang kafir yahudi dan nasrani..ibarat mengerumuni hidangan yang lazat setiap kali peperangan tercetus.
Umat Islam semakin jauh daripada kebenaran. Krisis akhlak, keruntuhan moral dan pelbagai lain memburukkan lagi keadaan.
Benarlah sabda Rasulullah s.a.w yang menyebut bahawa umat Islam akhir zaman ini ibarat hidangan yang lazat dan dikerumuni untuk dimakan oleh golongan kuffar. Mereka ramai tapi ibarat sampah yang ditolak oleh ombak. Ditolak dan ditarik sesuka hati. Tidak berguna.
Menyedihkan! Di saat umat Islam di seluruh dunia berdepan dengan pelbagai masalah dan bermandi darah hancur lebur tubuh mereka, umat Melayu Malaysia sibuk memikirkan tentang Nasionalisme, Ketuanan Melayu, fitnah menfitnah dan menuduh Pas Parti Ajaran Sesat.
Allah Ta‘ala juga mengkisahkan bagaimana kaum Nabi Hud menanggapi seruan beliau, “Mereka berkata: “Apakah kamu datang kepada Kami, agar Kami hanya menyembah Allah saja dan meninggalkan apa yang biasa disembah oleh bapak-bapak kami?” (QS. Al-A‘raf: 70)
Allah Ta‘ala juga berfirman mengisahkan tentang kaum Nabi Sholeh, “Mereka berkata, “Wahai Sholeh, sungguh, engkau sebelum ini berada di tengah-tengah kami merupakan orang yang diharapkan, mengapa engkau melarang kami menyembah apa yang disembah oleh nenek moyang kami…?” (QS. Hûd: 62)
Apabila Pas yang membawa risalah Islam menyeru UMNO untuk menyembah Allah dengan berpandukan kepada Al-Quran dan Hadis Nabi SAW dan meninggalkan Nasionalisma, apa jawab blogger-bloggernya?.......mereka mengatakan Pas... Parti Ajaran Sesat.
Tidakkah sama apa yang diterima oleh Nabi-nabi dan Rasulullah juga pada penyampai-penyampai risalah islam dalam menyampaikan Islam kepada kaumnya.??? Sama bukan !!!...Sejarah ratusan ribu tahun yang lalu berulang kembali. Inilah sunnahtullah dalam menyampaikan dakwah.
Kami redha atas apa yang pencacai atau blogger blogger UMNO tuduhkan pada kami. Bukan keredhaan mereka yang kami harapkan...tetapi Keredhaan dari Allah S.W.T.
“Maka janganlah kamu bersedih karena kata-kata mereka. Sesungguhnya kemuliaan itu adalah milik Allah semuanya. Dia lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Jadi kemuliaan itu seluruhnya adalah milik Allah. Orang yang menentang apa yang dibawa oleh Allah dan Rasul-Nya serta agama-Nya sama sekali tidak memiliki bahagian sedikit pun darinya, walau pun mereka memiliki kekuatan kerajaan sepenuh langit dan bumi.
Allah Ta'ala telah menyebutkan dalam firman-Nya:
“Hai orang-orang yang beriman, Barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha mengetahui.” (QS. Al-Maidah: 54)
Mereka merasa tinggi di hadapan musuh-musuh agama ini, walau pun musuh memiliki kemenangan, walau pun musuh memiliki kekuasaan material, komunikasi, media, wang puluhan juta, agensi-agensi dan jentera-jentera kerajaan. Sebab, kemuliaan itu hanya ada pada Islam, bukan pada selainnya. Sebaliknya, ketika Allah mensifati orang-orang beriman dengan kemuliaan, Allah juga berfirman tentang orang-orang yang menentang-Nya dan menentang rasul-Nya,
“Sesungguhnya orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya mereka itu ada dalam kehinaan.” (QS. Al-Mujâdilah: )
Panglima7
Semoga UMNO Kembali Ke jalan Islam Yang Lurus.
17 comments:
Umnongok mmg mcm tu, bila depa dah tak dak hujah, depa reka la yg bukan-bukan, asalkan nafsu depa puas dapat ikut kehendak setan, tempat aku 99.9% karat umno, dari mak bapak sampai ke cucu cicit, bila berhujah depa kata tok nenek kita dulu umno, ngong punya olang, ramai saja, tapi masjid kosong, kalau mai pun banyak tiang dari jamaah, pemuda depa kaki lepak sambil pekena air daun ketum, bangga semacam bila pakai bangger, rantai. syabas umno, kerana berjaya menjauhkan anak muda dari masjid.
assalamualaikum...
bro punye blog sy dh link kn....
sy punye blog jgn lupe ye....
Anonymous Anonymous said...
Tuan. Bagaimana menutup mulut puak PAS dan PKR? Baru-baru ini terjadi satu debat ringkas antara kawan saya (UMNO) dengan seorang budak PAS. Ringkasnya. Budak PAS itu bukan main lagi memuji rakyat Mesir yang berjaya menggulingkan Presiden Mereka Hosni Mubarak yang dikatakan boneka Amerika di Mesir. Lalu kawan saya tanya. Kenapa di Malaysia PAS sokong pulak seorang pemimpin PKR yang terang-terang dibelakangnya Amerika dan Yahudi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia? Dia terpaku dan terdiam dengan soalan itu. TQ.
February 15, 2011 8:47 PM
Anonymous...itu hanya tuduhan UMNO sahaja ke atas DS Anwar Ibrahim agar bangsa Melayu benci akan beliau. Tahukah anda latar belakang dan pendidikan DS Anwar Ibrahim ??? Bukankah beliau bersama-sama degan Allahyarham Ustaz Fadhil Noor dalam suatu perjuangan gerakkan Islam di Malaysia dahulu sebelum menyertai UMNO dalam membersihkan UMNO dr dalam. Menyokong DS Anwar Ibrahim adalah lebih baik dari menyokong UMNO & BN yang terang-terangan lebih zalim terhadap gerakkan Islam di Malaysia dan maksiat-maksiat yang mereka lakukan terhadap negara ini tanpa menyentuh tuduhan Liwat terhadap DS Anwar Ibrahim.
dah anonymous atas ni lak tepaku n terdiam..kkahak ptuiiihh..benda mcm tu takyah citer kat sinila bangang..
as'salammualaikum panglima..
lame amy tak singgah sini busy sangat dengan urusan keje di luar.. seminggu berada di ipoh pelbagai story mengenai politik dapat di dengar..bila la nak berakhir semua tue adoi..penat!
menuduh orang beriman tampa bukti sebagai sesat maka kesesatan akan kembali kepadanya.sebagai penyokong pas kita rasa sungguh sedih terhadap saudara seislam kita dalam umno yang tidak mahu faham kedudukan iman mereka yang berada dalam keadaan tenggelam timbul. kita bukan tamakan kuasa untuk merentah, dalam satu ceramah ustz fazil berkata kalau umno meletak islam sebagai dasar maka saya orang pertama masok umno dan begitu juga tg nik aziz pernah berkata dalam ceramahnya perkara yang sama tapi malangnya puak2 umno buat pekak badak dengan mempertahankan dasar asobiah yang dilarang oleh rasullah saw.kita mengajak umno supaya bersatu atas dasar islam sebaliknya mereka mengatakan kita meletakan syarat memang pelek bin ajiab ini membuktikan yang umno memang tak mahu kepada islam dan bayak lagi bukti2 yang boleh didedahkan memang umno menolak islam.
Salam Yob Pang5-7, semoga kita tak disesatkan oleh kenyataan yg menyesatkan. Dulu2 para anbiya pun diharrass dan ditertawakan oleh umat sendiri.
ada jugak yg percaya yg DSAI ni agen yahudi..bodoh punya orang, inilah kesannya kalau asyik membaca utusan meloya & menghadap TV3.. berita yg disampaikan tentang politik semuanya tipu belaka.. org awam dah lama dah tak amik peduli dgn media masa ni.. kalau dengar pun, masuk telinga kanan keluar telinga kiri..
ada jugak yg percaya yg DSAI ni agen yahudi..bodoh punya orang, inilah kesannya kalau asyik membaca utusan meloya & menghadap TV3.. berita yg disampaikan tentang politik semuanya tipu belaka.. org awam dah lama dah tak amik peduli dgn media masa ni.. kalau dengar pun, masuk telinga kanan keluar telinga kiri..
Waalaikumslam Amy,
Perkara sedemikian (pertikaian) akan tetap berlaku sampai hari kiamat selagi Islam tidak diletakkan ditempatnya yang sebenar.
Assalamualaikum Anonymous, betul tuu..menuduh org yang beriman sesat, maka tuduhan tersebut akan berbalik kepada mereka semula. Susah lah bercakap dgn org yang buat tak paham hal2 agama ni...
Waalaikumsalam Moh kembara. Semoga sejahtera di negeri orang. Nabi-nabi dan para sahabat lagi hebat ujian mereka kan ?? Kita nie baru sikit ajer...mcmmane nak capai makam mcm mereka.
Putera Keamanan, orang-orang beginilah yang menjadikan Utusan Meloya dan TV3 sebagai kalam dan kitab-kitab mereka. Tuduhan fitnah pun mereka tak dapat nak beza...heeee
artikel yg terbaik.... hahaha... mmg puak2 UMNO xpnh sdr kot pjuangan bangsa 2 sme cm yahudi.... xabs2 ketuanan melayu, sme la cm yahudi ngn ketuanan yahudi. xkn 2 pn xnmpk. jls skali kita mmg perlu utk menolak sebarang bntuk perjuangn slain Islam. ltkn Islam pling utama sbg matlamat perjuangn. br la kita xberpecah blh.
sy de 1 soaln utk pejuang2 melayu ni...
apa kedudukan melayu murtad dan mualaf dlm perjuangn melayu?
adakah kedudukan mereka turut dperjuangkn?
klu nk perjuangkn melayu, maka yg kedudukn melayu murtad ni sepatutnya dperjuangkn skali...
sb mereka jg MELAYU wlupn kafir...
dn ini bermaksud para mualaf xmndpt kedudukn dlm perjuangn sb mereka TETAP BKN MELAYU SMPAI MATI wlupn dh memeluk islam...
kasihan....
hilang pulak commont tadi mana p pulakdah
Tajuk artical ini mengingat kan saya zaman persekolahan dahulu. Dimana ketika Uztazah kami menujuhkan soalan. Berikan 1 contoh kumpulan ajaran sesat di Malaysia. Tanpa segan kawan saya menjawap. PAS itu ajaran sesat. Knp dia katakan PAS ajaran sesat? Sebab dia tidak tahu apa-apa pun tentang PAS. dia Tidak tahu pun apa yg PAS cuba perjuangkan. Kemudian Uztazah kami meminta 5 sebab kenapa PAS ajaran sesat. 1 pun dia tidak mampu berikan. Lansung uztazah mengatakan PAS bukan ajaran sesat. Tp dia Parti politik yg cuba menagih undi dari rakyat. Kalau UMNO katakan PAS ajaran sesat maka UMNO cuba pancing Undi. Kalau PKR katakan UMNO itu jahat sama lah juga PKR cuba pancing undi. Kalau PAS katakan DAP tidak bagus untuk org melayu khusus yg beragama Islam, PAS juga cuba pancing undi. cuma beza nya pendekatan yang mereka guna ini berbeza.
Post a Comment