Assalamualaikum Wbr.
Teringat kembali Allahyarham Ustaz Fadzil Noor. Kalaulah beliau masih hidup, nescaya ratusan ribu manusia bakal membanjiri setiap lorong dan jalan-jalanraya di ibukota Kuala Lumpur bagi menyatakan bantahan Politik seks dan Fitnah UMNO mutakhir ini.
Allahyarham Fadzil Noor, Presiden Pas, seorang yang sangat digeruni oleh musuh-musuh Politiknya termasuklah Mahathir Mohammad yg mebjadi PM ketika itu. Seorang yang sangat petah berbicara dan dapat memancung segala serangan musuhnya dengan lisannya on the spot. Seorang yang sangat genius dan mastermind di dalam segala perancangan dan merupakan orang yang paling rapat dengan DS Anwar Ibrahim semasa di dalam ABIM.
Ketika DS Anwar dipecat dan dituduh meliwat oleh Mahathir, Fadzil Noor lah orang yang pertama tanpa lengah...yang menggerakkan api perjuangan bagi menyatukan rakyat untuk turun berdemonstrasi di bawah panji-panji GERAK (Gerakkan Rakyat)dan seterusnya di panggil REFORMASI.
Tetapi apabila muncul Kes liwat 2 dan yang terbaru Fitnah 3 ke atas DS Anwar, Tiada sesiapa pun dari Pakatan Rakyat yang bangkit seperti Ust Fadzil Noor bagi menyedarkan Pemimpin-Pemimpin UMNO yang Gila dan Rakus ini. Mana dia pemimpin-pemimpin Pas, mana dia pemimpin Keadilan.....? Kesemuanya lembik dan tidak bermaya untuk membawa rakyat menentang Fitnah yang GILA BABI ini. Mana dia..!!!! Semuanya berperang di atas kertas dan blog-blog sahaja.
Kini...Yang lantang bersuara hanyalah Ustaz Asri, Bekas Mufti Perlis. Aduihhhh !!! tak terasa malukah korang pemimpin PAS, PKR & DAP semua....bilamana ustaz Asri mengajak Rakyat turun berdemonstrasi tidak kira apa latarbelakang dan pegangan politik mereka bagi menyampaikan mesej kepada Pimpinan UMNO....Bahawa rakyat BENCI Politik Fitnah dan JIJIK ini. Politik yang membuka aib dan seluar dalam orang.
Ustaz Asri...Klik di Sini.
Panglima7
Kasihan Melihat DS Anwar Berhadapan dengan Musuh Politiknya Dengan Melawan Seorang Diri.
12 comments:
nak buat camne....saya rasa sebilangan geng2 pr pun cam tk pecaya dngn anwar...biasa la..politik..
backstabbing tu ada..
harharhar
salam malam panglima~ aduiiiii...ce bawak topik lain, mommy fenin nak komen bab2 politik ni.. tak bape nak tau.~ senang2 no komen la pang5..teman orang bebas~hee
Benar, kalaulah Ustaz Fadzil masih ada, UMNO sudah lama berkubur. Sekarang yang ada dalam saf teratas PAS hanyalah zombie2 yang mahu bergabung dg UMNO. Termasuklah Presiden, Timbalan dan S/U nya. Sama sekali mereka terlupa akan amanat arwah presidennya sendiri. Saya masih belum dengar sebarang komen dari kepimpinan teralat PAS. kecuali Tok Guru sendiri.
Assalam Pakwe...begitulah yg disedihkan..bila ada yg termakan umpan UMNO. ermmmm.
Waalaikumsalam Mommy. Selamat malam. Mommy tak komen pun takpe...Kedatangan Mommy dah cukup bagus dah...Syukur Alhamdulillah.
2 lar kesian anwar. melihat dea sorg jew yg lawan ..semoge dea tabah mnghadapi semua ini...
sokong... rindu ust fadzil noor..
salam panglima..
maaf amy x de apa nak komen sangat sebab bab politik ni amy bukan pandai sangat..cukup la kalau amy katakan amy singgah melawat panglima..harap sihat2 hendaknya..
Panglima pun rindu juga...nsar
Terimakasih Amy...singgah lawat Panglima. Semoga diberkati Allah hendaknya Amy.
balasan Allah sangatlah berat kepada mereka yg berdosa..
I am not sure where you are getting your information, but good topic.
I needs to spend some time learning more or understanding
more. Thanks for magnificent info I was looking for this information for
my mission.
Here is my site: sex live chat
Post a Comment