Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Mar 4, 2011

Siapakah Pembela Melayu ???

Assalamualaikum Wbr....


Diriwayatkan dari Muhammad bin Munkadir, dari Jabir bin Abdillah RA:

Pada hari terjadinya Perang Khandaq, Rasulullah SAW menyerukan perang, lalu Zubair memenuhi seruan itu. Kemudian Baginda menyerukan perang lagi, lalu Zubair memenuhinya lagi. Kemudian Baginda menyerukan perang lagi, lalu Zubair memenuhinya lagi. 



Kemudian Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya, setiap nabi mempunyai pembela dan pembelaku adalah Zubair."


Panglima7
Siapakah Pembela Melayu pula..???  Tidak lain dan tidak bukan....Pembela Melayu...adalah Islam.  Bukan UMNO .

7 comments:

Melur Jelita said...

Bagus persoalan ini...

kerispuaka said...

tak lain tak bukan...pembela melayu ialah PEKIDA,PEWARIS dan PERKASA.
ha ha ha...

Anonymous said...

Assalamua'alaikum, saya terpanggil untuk memberi pendapat saya berkenaan artikel saudara. Ada dua perkara yang berkisar dlm artikel saudara iaitu Melayu dan Islam. Sinonimnya di Malaysia ini, Melayu=Islam dan Islam=Melayu. Dalam misi "menyelamatkan Melayu" ini, pada saya, kekuatan untuk menang hanya terletak dibahu orang2 Melayu itu sendiri dan bukan pada parti. Pada hemat saya juga, hujah2 oleh parti2 yang berkenaan di dalam mengutarakan "kekuatan" mereka masing2 di dalam misi "menyelamat" ini sudah tidak relevan lagi kerana ia hanya merupakan agenda sekunder sahaja, agenda utamanya "lain".
Kalau saudara bertanya kepada saya, mana yang patut lebih didahulukan? Sekali nafas, saya akan kata selamatkan Islam. Apabila Islam selamat, tidak seperti yang sering kita dengar dan lihat hari ini, yang mana Islam dan hukum2nya hari ini dengan begitu mudah sekali diperkotak-katikkan untuk apa-apa tujuan pun. Islam itu aqidah... Melayu itu hanya bangsa. Islam luntur, aqidah lecur... bangsa Melayu tetap bangsa Melayu walau tanpa aqidah. Kita ini sudah diakhir zaman. Saya pernah diingatkan yang Nabi Muhammad saw pernah berkata sebelum baginda wafat; "Umat ku hanya akan bertahan (di bumi ini) selama 1500 tahun sahaja". Sekarang dah berapa tahun agaknya ye? Kalau kira Hijrah, dah masuk 1432 dah... Ada la dalam 68 hijrah lg kalau kita dan keturunan kita benar-benar nak menyelamatkan Islam ini. Jadi... "misi menyelamat" yang mana satu agaknya? Melayu atau Islam? Yang seelok2nya, parti2 yang berkenaan "bersatu" lah demi kebaikan yang utama. Yang sudah tu, sudah lah...Tiada mana2 parti itu lebih baik dari parti yang satu lagi kerana, asal semuanya adalah dari parti yang sama...cara dan budaya parti masing2 pun sama juga. Namun, saya akui "penyatuan" yang tidak mustahil ini terlalu "mustahil" akan berlaku. Benar-lah! Maha HEBAT ALLAH swt itu...tidak akan ada kejadian yang hanya SATU, melainkan DIA!! Mungkin itulah juga dasar kepada adanya Syurga dan Neraka!! Allah maha mengetahui dan DIA sudah tahu perkara seperti ini akan berlaku, Wallahu'alam bissawab.
Tepuk dada, tanya selera...

Panglima7 said...

Waalaikumsalam Wbr...
Blog tuan telah Panglima linkkan di blog2 Sahabat 3. Terima kasih.

Panglima7 said...

Terima Kasih Melur.

Panglima7 said...

Waalaikumsalam Anonymous.
Pabila membaca komentar saudara yang panjang lebar....dapat disimpulkan di sini tuan seorang yang tidak memihak kepada mana-mana parti, baik UMNO mahupun Pas. Panglima menghormati pendirian tuan.
Objektif perjuangan yang dibawa oleh Rasulullah SAW adalah untuk memperjuangkan Islam dan mengesakan Allah SWT. Kalau tuan menyusuri perkembangan politik UMNO dan PAS...tuan akan dapati perbezaan yang ketara di antara parti2 politik ini. Objektif utama UMNO yang diperjuangkan di dunia ini adalah untuk meng"esa"kan Melayu. Sebaliknya Pas memperjuangkan tali Rasulullah SAW dengan memperjuangkan ISLAM di tempat yang teratas di antara yang Teratas dan meng"Esa"kan Allah SWT. Justeru itu sudah lama dan berkali2 Pas menghulurkan tangan dan menyeru UMNO untuk memperjuangkan ISLAM yang SYUMUL dengan bergabung bersama-sama bagi meng"Esa"kan Allah SWT. PAS sanggup mengorbankan apa sahaja hatta jawatan dan negeri yang diperintahnya, sanggup membubarkan Parti PAS jika UMNO mahu memperjuangkan ISLAM di bumi Malaysia ini. Tetapi malangnya...hingga ke hari ini....!!! UMNO tidak mahu bersatu bagi memperjuangkan ISLAM SYUMUL yang diwariskan oleh Nabi Muhammad SAW kepada umatnya di akhir zaman, tetapi lebih rela memperjuangkan Melayu. Memperjuangkan ISLAM adalah tugas "Primary" (paling utama) kepada semua Umat Muhammad yang berbilang bangsa di dunia ini, manakala memperjuangkan Melayu atau bangsa hanyalah "secondary" sahaja.

Ingatlah..!!! Jatuhnya Khalafiah dan tamadun Islam di dunia ini pada kurun yang ke 19 adalah kerana Umat-umat Islam di seluruh dunia....asyik dan leka dalam memperjuangkan suku kaum dan bangsa mereka sahaja. Jika sesuatu kaum itu memperjuangkan Bangsanya...maka itulah yang mereka dapat. tetapi umat Islam dahulu yang terdiri dari berbagai Bangsa memilih Memperjuangkan ISLAM....maka Kegemilangan ISLAM lah yang mereka perolehi hingga dapat 3/4 daripada dunia ini tunduk kepada ISLAM dan diberi kemulian dan kegerunan Oleh Allah, hinggakan musuh2 Islam sangat gerun dengan Islam.

Panglima7 said...

Wahai Kerispuaka...engkau sudah jauh dari agama Islammu. Bukan PEKIDA, PEWARIS dan PERKASA yang menjawab soalan kuburmu.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara