Bukalah mata anda bagaimana Kurang Ajarnya UMNO terhadap Sultan.
Gambar ini sudah cukup menceritakan segala-galanya bahawa UMNO sebesar-besar Penderhaka Kepada Sultan dan Raja-Raja Melayu.
Salam,Kalau dilihat politik UMNO, puak-puak ini tidak kira peringkat bawahan mahupun pemimpin, mereka mengamalkan politik melaga-lagakan orang. Dengan lebih tepat lagi politik mengadu domba. Politik yang TERKEJI. Mereka menfitnah, mencaci maki dan menghamun dan mencerca musuh politik mereka lebih-lebih lagi yang sebangsa dan seagama dengan mereka. Sungguh malang bagi orang Melayu yang bernaung dibawah payung UMNO.
Dalam memberi ceramah kepada orang ramai juga pemimpin masyarakat yang mereka temui, mereka berselindung disebalik peribadi yang kononnya bersih tidak mencarut... tetapi jika terbuka peluang pasti mereka memaki hamun dan menghina pemimpin pembangkang seakan-akan pemimpin pembangkang dan penyokongnya sehelai kain buruk yang kotor lagi hina. Mereka sahajalah yang bersih...walaupun ada dikalangan mereka ini sendiri kaki minum dan perempuan. Begitu dahsyatnya jikalau kita singkap peribadi pemimpin-pemimpin UMNO ini.
Mereka boleh diibarat pepat diluar runcing di dalam. Masyarakat melihat mereka baik sahaja tetapi merekalah pengamal rasuah yang hebat. Bukan sahaja rasuah wang...tetapi juga rasuah seks. Di mana Islam yang mereka laung-laungkan ini. Lihat sahajalah apa yang berlaku kepada DS Nizar.....dilagakan dengan Sultan Perak, seolah-olah beliau menderhaka kepada Raja.
Begitu juga dengan Datuk Dr Hassan Ali...dilagakan juga dengan Sultan Selangor kononnya ingkar dengan arahan Sultan.
Dan yang terbaru...Tuan Guru Nik Abdul Aziz cuba di ngadu domba dengan Sultan Selangor.
Inilah spesis pembesar tinggalan Kesultanan Melaka yang masih ada hingga ke hari ini, yang tugasnya menghasut dan menyebarkan pepecahan dikalangan rakyat demi mengekalkan kuasa mereka. Runtuhnya kesultanan Melayu Melaka adalah disebabkan sikap seperti ini yang penuh hasad dengki kepada sesama bangsa.
Taatkah UMNO kepada Sultan dan Raja ??? hmmmmm hampeh....Sultan Trengganu dibinatangkan oleh penyokong dan pemimpin UMNO. Menderhaka Sungguh UMNO kepada Sultan dan juga Raja-Raja Melayu.
Masih ingatkah lagi kita..... Siapakah yang menghapuskan Kuasa Sultan dan juga Raja-Raja Melayu...??? Kalau tak tahu.....sila semak sejarah lampau. Tidak lain dan tidak bukan adalah UMNO itu sendiri.
UMNOlah Pengkhianat dan Penderhaka Sebenar kepada kedaulatan Sultan dan Raja-Raja Melayu di negara kita.
Oleh itu layakkah UMNO memimpin negara ini...??? Mohon ditukarkan Allah dengan pemimpin PR yang tahu menghormati Raja dan meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Written By Panglima7
No comments:
Post a Comment