Pengikut-Pengikut Panglima7

Kalendar Islam

Jan 12, 2011

Isu-Isu Kecil Di ZOOM 4X Oleh UMNO untuk di Mainkan

Assalamualaikum Wbr.

Sampah bertimbun di Stadium

Jika dilihat negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat kelihatan agak kucar kacir dan huru hara sejak Parti Pembangkang mengambil alih.  Sedangkan negeri-negeri dibawah penguasaan UMNO & BN seperti N. Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak……cukup tenang dan tidak berkocak.  Mengapa ini terjadi.??   Cuma Terengganu agak Panas dengan isu dalam UMNO itu sendiri.  Ini aku tak nak sentuh.  Yang aku nak sentuh adalah negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Dahulu sebelum Pilihanraya Umum ke 12……Semua negeri berada dibawah UMNO & BN melainkan Kelantan.   Negeri-negeri ini semuanya kelihatan tenang dan tidak berkocak seperti negeri-negeri di bawah PR hari ini.

Tidak timbul langsung soal golongan yang nak berdemonstrasi dalam isu-isu kecil dan remeh temeh.  Tak timbul langsung suara lanatang talibarut-talibarut seperti Zulkifli Nordin, Zahrain dan Zaid Ibrahim.

Tapi bila PR yang memerintah.....isu remeh temeh seperti sampah sarap tak diangkat, isu lift rosak, isu bumbung rosak, dilarikan angin mula timbul.....seolah-olah isu ini kerja Wakil Rakyat atau YB dalam sesuatu kawasan......asal sampah tak diangkat....haaa...YB buat aper...sampaikan ADUN PKR Manickavasagam pun terikut-ikut rentak sedemikian.
Wahai YB gunakan akalmu.

Kalaulah itu kerja YB.....dan wakil rakyat...maka tak perlu lah ada Majlis Perbandaran. !!!!   Tak gitu.  Itu kerja Majlis atau Ahli Majlis yang dilantik.

YB atau Wakil Rakyat tugas atau skopnya lebih besar lagi........memastikan pembangunan dan ekonomi bagi rakyat kawasan anda.

Bila isu kecil ini timbul....di dada dada akhbar atau TV tiga suku.....maka kelihatanlah seperti huru hara negeri-negeri di bawah pemerintahan PR.

Kemudian diapi-apikan pula isu-isu pertengahan...iaitu Isu ”Selamatkan Raja dan Sultan kami” padahal...tiada apa-apa pun yang berlaku.....tanpa demonstrasi pun...Raja dan Sultan tetap dan pasti Selamat di atas Istana dan takhtanya.  Tiada siapa pun boleh atau nak rampas kuasa Sultan dan hak orang Melayu...sebab Najib dah habaq dah......ianya tersusun kemas dan terkunci mati di dalam peti perlembagaan negara.

Cuba lihat Johor, Melaka, Pahang dll......macam –macam isu ada......UMNO menggunakan senjata ini bagi menyerang negeri2 PR, maka Wakil-wakil rakyat PR di negeri tersebut atau.....di negeri2 UMNO.....gunakan senjata yang sama bagi memerangi pentadbiran UMNO di sana.  Kita asyik diserang tetapi kita tak menyerang.

Panglima7.
Hang Tuah pun dah kata....”Takkan Melayu Hilang Di Dunia”
Saje UMNO bikin havoc.

3 comments:

diana said...

mainan mereka la tu..
kalau yang kat bandar ni mungkin dah boleh baca mainan politik depa..
sebab kita banyak di dedahkan dengan perkara2 tersirat yang depa pikir orang lain tak tahu..
tapi yang kat kampung2 nun la yang akan terpengaruh..

Panglima7 said...

Betul tu diana...kesian kat org kpg....asyik kena tipu ajer. usaha-usaha penerangan sedang diberikan....agar mereka celik maklumat.

Anonymous said...

Kenapa ya hari ni dah hari2 terdahulu masyarakat kita ni masih belum beruba. Kenapa kita ni masih bersifat perkauman sedangkan sudah lama merdeka. Apa-apa berlaku mesti nama Melayu disebut. Saya bercakap sebagai orang Melayu. lihat sahaja nama UMNO. Lihat saja siapa Ahli UMNO. kalau belum cukup cuba lihat siapa DAP. sememang nya parti politik kita masih bersifat perkauman walau sudah lama merdeka. Kenapa? adakah dgn bersifat perkauman ini kita ingin memenang undi rakyat, tolong la. cara ini adalah sesuatu yang tidak matang. kalau PKR pun juga bersifat begini sy masih tidak tahu selain BN siapa yg saya perlu undi. Mungki undi sya seorng tidak cukup untuk buat PKR, BN dan parti lain untuk menang. Tp saya seorang sudah cukup untuk yakinkan ramai orang.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara