Pengikut-Pengikut Panglima7

Kalendar Islam

Jan 29, 2011

Khas Untuk Wanita UMNO...Undi Azahar...Suatu Petaka Buat Wanita UMNO

Assalamualaikum Wbr.

Ketua Wanita UMNO Labis yang disingkirkan dari pencalonan di DUN Tenang.

Kalau Wanita UMNO ingin dicalonkan sebagai calon atau wakil rakyat di DUN Tenang dalam Pilihanraya Umum yang akan datang......Wanita UMNO hendaklah sanggup berkorban.  Wanita UMNO hendaklah memenangkan Calon Pas dengan mengundi Cikgu Mala pada hari Ahad ini.  Sekiranya Wanita UMNO mengundi calon yang melelong tanah rakyat iaitu Azahar Ibrahim......maka jangan haraplah Wanita UMNO berpeluang bertanding di DUN Tenang dalam siri-siri pilihanraya yang akan datang.

Apabila calon UMNO BN menang di Tenang...maka pintu pencalonan wanita akan tertutup rapat.  Dan punahlah harapan Wanita UMNO untuk melihat mana-mana calon wanita umno bertanding di sana. Sampai Kiamatlah Wanita UMNO kempunan.  Pimpinan Tertinggi UMNO akan tetap mencalonkan Azahar atau mana-mana calon lelaki UMNO bagi memastikan kelangsungan kemenangan ini di DUN Tenang.

Tetapi sekiranya Wanita UMNO mengundi Cikgu Mala...dan Calon UMNO Azahar Ibrahim kalah dalam pilihnaraya kecil ini pada hari Ahad ini......maka UMNO BN akan membuka mata dan membuat postmortem, bagaimana UMNO boleh kecundang di sana.???  Salah satu sebabnya adalah salah memilih genetik calon...iaitu dengan tidak memilih calon dari kalangan Wanita UMNO bagi mencabar Muslimat Pas di sana.   Maka bertitik tolak dari itulah....Wanita UMNO ada peluang untuk dicalonkan bagi menentang Muslimat Pas di bumi Tenang.

Oleh itu......Wanita UMNO kena work Smart.....Pilihanraya umum tak lama lagi...sekejap ajer...takkan nak lihat Azahar Ibrahim bertanding di DUN Tenang lagi.   Oleh itu...Wanita UMNO diseru agar bijak berfikir dalam politik ini.....bukan work hard bantu Azahar.....last2 awak yang melepas.

Panglima7
Selamat Mengundi.  Mengundilah dengan smart

2 comments:

ALahaI sI LunCAi said...

SEKIRANYA WANITA UMNO MENGUNDI CALON PAS, MAKNANYA WANITA UMNO REDHA DENGAN KEJADIAN CABUL KANAK KANAK DI SELANGOR, CABUL PESAKIT DI NIBONG TEBAL, ZINA ATAS KERETAPI DAN MAT SABU RAMPAS NORMA DARIPADA SUAMINYA.

Panglima7 said...

Wanita UMNO pun tahu Redha juga ker..hehehe...Ingatkan tak tahu...Tapi mengapa Wanita UMNO Redha sambut Deepavali dan Raya Krismas yang diberi nama Deeparaya...macam mana tuu? Jangan suka buat tuduhan fitnah....kelak ko menyesal di dunia dan di akhirat. Takutilah azab Allah yang tak terperi sakitnya pada orang-orang yang menyebarkan fitnah.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara