Pengikut-Pengikut Panglima7

Kalendar Islam

Jan 23, 2011

Khas Untuk Semua Pengundi Di DUN Tenang. Perlu Baca

Assalamualaikum Wbr.

Credit kepada blog hanyzan30
Hamba ingin berkongsi cerita dengan semua Pengundi di DUN Tenang.

Cikgu Mala Menerangi kegelapan di DUN Tenang.  Rakyat meraba-raba kesusahan di DUN Tenang.   Apa yang UMNO BN buat selama memerintah di sana???  Mengundi Pas bermakna mengembalikan Siang di Bumi Tenang.
__________________________________________________________


18 Safar 1432H,
Oleh:paschabau
Bacalah dengan tenang luahan hati seorang pemandu teksi berbangsa Tionghua di Malaysia tentang situasi negaranya yang ditadbir oleh UMNO/BN ketika ini.  Pernyataan yang akan anda baca penuh bersahaja dan ikhlas.  Hebat, walaupun diungkapkan oleh individu marhaen. Saya memungutnya dari catatan Kadir Jasin.

"Ramai orang susah sekarang. Macam saya, bawa teksi, hanya cukup untuk makan dan sewa rumah. Harga barang-barang naik melambung. Tapi lagi sakit hati saya apabila pemimpin kerajaan bandingkan harga dengan negara luar. Betullah, harga di sana lebih murah, tapi gaji mereka jauh lebih tinggi, berkali-kali ganda. Janganlah ingat kita ini bodoh.

"Malaysia ini cukup kaya. Jauh lebih kaya, dua tiga kali ganda daripada Singapura. Tapi you tengoklah sendiri, siapa yang senang? Duit tak sampai kepada rakyat. Orang berkuasa yang sapu. Siapa yang kaut semua? Sekarang, gaji di Singapura jauh lebih tinggi daripada kita walaupun negara kita sebenarnya lebih kaya.
"Kita bukannya tamak nak kaya, nak rumah mewah. Senang sikit cukuplah, bagi lega sikit hidup. Tak perlu teruk-teruk bekerja tapi hasilnya sikit, macam saya ini. Sudah macam-macam sakit sebab susah hati, tension.

"Macam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, kita dapat air percuma, cukuplah. Kalau ada lebih nanti, mungkin banyak lagi yang kita akan dapat, okeylah tu sikit-sikit dulu ...

"Saya nak bagitau you, jangan takut tukar kerajaan. Lima tahun saja. Kalau tak puas hati, tukarlah balik. Lima tahun bukan lama, sekejap saja. Kalau boleh tunggu 50 tahun BN perintah, kenapa takut nak cuba kerajaan baru ... untuk lima tahun saja.

"Nak undi apa pun tak apa. Tak kira PAS, KeADILan atau DAP, asal jangan Umno sudahlah.

"Memang kerajaan tak suka orang lawan dia. Mereka guna ISA untuk tutup mulut rakyat. Tapi orang sekarang sudah tak takut lagi. Saya tak ada komputer tapi saya tahu orang lain tekan saja komputer, dapat tahu macam-macam rahsia kerajaan."

Apabila pemandu teksi itu menyebut ISA, isteri saya (Kadir) menyambut pantas: "Suami saya pun pernah ditahan ISA." Beliau juga berulang kali menyatakan kekaguman tidak terhingga kepada "orang tua di Kelantan" yang baginya terlalu hebat. "PAS tak akan kalah selagi ada orang tua itu di Kelantan," ujarnya bersungguh-sungguh. Isteri saya terpaksa menyebut nama Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkali-kali apabila nampak beliau  seperti susah sangat hendak mengingati [nama] Menteri Besar Kelantan [itu].

Agaknya berapa banyak rakyat Malaysia yang sependapat dengannya?  Dijangkakan jumlahnya semakin hari semakin bertambah.  Apatah lagi dengan kegilaan yang ditunjukkan oleh Kerajaan Dua Laki Bini sekarang ini.  Harap-harap percambahan yang condong kepada Pakatan Rakyat itu terus subur sehingga mampu membinasakan UMNO/BN.Anda setuju? Tentulah setuju.  Tiada apa yang dapat berselingkuh lagi.  Tunggu Apa lagi?  Kasi roboh itu UMNO/BN!!!
Panglima7

4 comments:

layar said...

Salam,
1.Itula rintihan...namun semua yg dinyatakan tu x semuanya betul...

2.Misalnya...bandingkan dgn singapura..baik bandingkan dengan berunai...tengokla dari sudut geografi dll.

3.air percuma..betulla..tp ingat juga bantuan kerajaan pusat spt buku teks dll...

4.Mungkian bole ajak pemandu teksi tu dtg kelete...tengok sendiri...apa kerajaan negeri buat utk kesejateraan rakyat...betul ke kalau dikatakan tanpa bantuan kerajaan pusat negeri kelantan akan bangkrap dlm masa 3 bulan....

5.Akhirnya...kena pikir dlm semua aspek..bukan amnil bhg yg kurang aje...tegok segalanya...

adibeta,
layarbiru15@gmail.com
kubang kerian,kel

Amy Syaquena said...

sekarang kuat berkempen tue tapi bunyi macam lebih ke BN je...

Panglima7 said...

Waalaikumsalam Wbr.
Sdr Layar....itu pandangan tuanhamba sahaja. kita mesti mendengar rintihan rakyat, apa yang dia tiada...bukan apa yang dia dah ada. Setakat buku teks percuma Kerajaan Pusat tuu..memang tanggungjawab Kerajaan memberinya kepada rakyat. Cukup ker bantuan buku teks shj sedangkan yang lain-lain dipejamkan mata. Buku Teks tuu bukannya boleh bagi rakyat kenyang.
Apa pun...tahniah hamba ucapkan dan terimakasih atas pandangan tuanhamba kerana sudi bagi komen di sini. Ya..lain org lain pandangannya...

Panglima7 said...

Salam Amy...memang BN boleh menang di DUN Tenang..kerana itu kubu kuat UMNO. Dan UMNO menyalah gunakan semua media-media kerajaan bagi memenangi DUN Tenang. Seumpama...Pas bertanding melawan Kerajaan Malaysia di DUN Tenang. Tetapi jika kena dengan strateginya...Pas boleh buat kejutan pada pilihanraya kali ini walaupun di kubu kuat UMNO. Sama-samalah kita mendoakannya.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara