Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Jul 17, 2011

Akhirnya Panglima Dapat Juga Ikan

Assalamualaikum Wbr.


Berkat doa.....akhirnya Panglima dapat juga ikan. Ikan Pacu yang Panglima inginkan.  Alhamdulillah.  Walaupun tak sebesar mana, tapi Panglima dapat juga ikan tersebut.   Kalau diikutkan Panglima perolehi 2 ekor ikan Pacu tetapi......kalau bukan rezeki kita...tetap bukan rezeki kita.

Ikan tersebut.....memang dah kena mata kail Panglima....tapi dia duk diam ajer tanpa Panglima sedari.....disebabkan angin kencang ketika itu.....joran Panglima bergoyang-goyang.  Di sangkakan tiupan angin tetapi ikan rupanya.  Setelah diangkat baru perasan...ada ikan dah lama mengena.  Setelah ditarik ke tepi...dan sewaktu hendak mengambil tangguk, ikan tersebut terlepas.   huhuhu....... agak ralat juga..pasal ikan sudah berada ditepi tebing, tapi apakan daya bukan rezeki Panglima.


Tapi Allah ganti dengan ikan ini....walaupun lebih kecil dari yang mula2 tadi, tapi....Alhamdulillah.

Panglima7.

2 comments:

Kak Amy said...

salam panglima, wah panglima pergi memancing ye! amy suka memancing tapi dah bertahun x pergi mancing sebab hubby kurang minat huhu..

Panglima7 said...

Waalaikumsalam Wbr Amy. Panglima memang suka memancing, menjaring dan menjala ikan. Menjaring ikan paling suka....sementara tunggu jaring kena ikan...bolehlah Panglima memancing. Tapi panglima tak punya banyak masa.

Panglima menjaring ikan semasa ayahanda Panglima masih hidup....setelah beliau tiada...yang tinggal hanyalah jaring ikan. Huhuhu.. hilang regu menjaring panglima. Minggu depan kalau tiada aral...gi mancing lagi laa.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara