Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Jul 27, 2011

Kalau Tak Mahu Kalah...Sharbinee Perlu Direhatkan

Assalamualaikum Wbr..

 Fahmi dan Sharbinee begitu besar "gap" di antara mereka.

Perlawanan di antara Malaysia Vs Singapura di kota singa tempohari banyak menampakkan kelemahan ketara pertahanan Pasukan Piala Dunia Malaysia dan yang terlebih lemah lagi ialah Penjaga Gol Malaysia iaitu Sharbinee.  

Jika Sharbinee diturunkan juga pada perlawanan Khamis ini di Bukit Jalil, aku confirm Malaysia akan tumbang seperti Kerbau, hanya tunggu disembelih oleh Singapura.  Elakkan menggunakan khidmat penjaga gol yang suka berangan dan lopong ketika beraksi sehingga bola masuk ke gawang pun tak perasan dan macam terpegun. Padahal bola yang masuk tak laju sangat pun.  Disebabkan itu..aku kansel pegi menonton bola kat stadium Bukit Jalil..huhuhu

Fahmi patut digandingkan dengan penjaga gol Harimau Muda yang bermain ketika Malaysia bertemu Chelsea tempohari.  Barulah mantap gandingan Fahmi dan penjaga gol itu (maaf tak tahu namanya)

Panglima7.
Maafkan Panglima dengan luahan ini. Tapi Singapura harus ditundukkan ego mereka yang dah macam kaduk naik junjung.

5 comments:

Kak Amy said...

betul tu panglima , amy rasa salah besar betul Dato k turunkan keeper ni dan player yang x sepatutnya...tue risiko yang dato k tanggung hope esok ada perubahan dan kemenangan berpihak kepada kita

Panglima7 said...

Asalam Amy,
Panglima rasa tak sabar nak tunggu esok. Menyaksikan perlawanan hebat ini...bukan secara live tapi melalui TV...:). Satu tindakan yang tepat jika Fahmi diturunkan. Mungkin kecederaanya dah kebah dan boleh beraksi. Panglima rasa esok...banyak jaringan gol yang boleh Malaysia sumbatkan bagi membenamkan Singapura tapi dengan syarat..penjaga Gol Malaysia mesti mantap.

bunbinban said...

pertahanan Malaysia yg sepatutnya di rombak. Banyak sangat skru longgar. Apek pun ada masa mcm tak berapa nak main je. Apa pun all the best. Go Najib go...eh eh..go Malaysia go..Najib go to hell hahaha

Kak Amy said...

Yap betul tu x sabar nak tengok team singa beraksi di atas rumput asli hehe..harap khairul fahmi dapat fokus la sebab skg ni dia di landa gosip dan masalah besar bersama tunang. semoga dia dapat ketepikan semua masalah itu dan bersikap lebih profesional..

dolah said...

coacher Dato K, mesti memantapkan barisan pertahanan, 5 gol yang bolos dulu nampak sangat kelemahan di barisan pertahanan, seolah-olah macam hilang arah dan tumpuan bilamana singapura melakukan serangan.

Harap-harap malam ini dapat diperbaiki dan kita menang dengan jaringan sekurang-kurangnya 3-1.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara