Bismillahirrohmaanirrohimm.
Assalamualaikum Wbr.
Pada Ahad lepas 2hb Oktober 2011....Panglima pergi memancing di sebuah alur sungai menghala ke tasik di sekitar perumahan Panglima selepas Solat Asar.
Sekonyong-konyong.....dengan takdir Allah SWT....Ikan memakan umpan Panglima tanpa henti. Panglima memperolehi ikan yang tidak pernah seumur hidup Panglima dapat sebanyak ini. MasyaAllah !!...Maha Suci Allah, Segala puji hanya untukmu Ya Allah. Subhanallahi Wabihamdih, Subhanallahil Azimm. Hanya 1 jam 30 minit.....Panglima memancing....Panglima mendapat ikan sebanyak lebih 60 ekor Ikan Talapia Merah sebesar tapak tangan Panglima, 2 ekor Ikan Haruan dan 2 ekor Ikan Puyu. Allahu Akbar. Subhanallahi Wabihamdih, Subhanallahil Azimm. Tak putus-putus Panglima bertasbih memuji Allah.
Tak menang tangan Panglima menaikkan ikan yang kadang-kadang naik sekali 2 ekor. Menitik peluh membasahi muka, sehingga Panglima keletihan. Tak sampai 1 jam 30 minit...dah lebih 60 ekor. Panglima tak dapat bayangkan ....dan tak boleh nak fikir, bagaimana lubuk yang sekecil itu....boleh mengandungi ikan sebanyak ini dengan izin Allah...atau mungkin lebih dengan izin Allah Taala.
Jika Panglima meneruskan pancingan Panglima hingga masuk waktu Maghrib....InsyaAllah..ratusan ekor ikan Panglima akan dapat. Ikan itu seolah-olah tidak pernah melihat umpan cacing. cecah aje umpan di air..terus disambarnya....Subhanallah. Tapi cukuplah sebanyak ini Panglima dapat. Panglima tak mahu lagi. Cukup la setakat hari tuu. Hari dah nak masuk waktu Maghrib. Masuk jam 7.00ptg...Panglima pun pulang.
Ikan sebanyak ini....banyak mana Panglima sekeluarga dapat memakannya. justeru itu bagi mensyukuri nikmat Allah, maka Panglima bahagi-bahagikan kepada abang Panglima dan jiran tetangga.
Sujud syukur Panglima ke hadrat Allah pada malam itu.
Inilah dia ikannya....Maaf camera gambar agak kabur.
Panglima7
Sebuah catatan kenangan untuk diari Panglima7
10 comments:
Assalamualaikum Yob Pangllima,
Banyak tu! Dulu Sg Perak pun banyak ikan tp sekarang dah korang!
Syukran Panglima.. Moga D limpahi rezeki d lain masa.. Kat mana mancing ikan talipia merah makan umpan cacing ni..
wah banyaknyaaa..alhamdulillah rezeki..
alhamdulillah sheikh panglima, rezeki yang tidak disangka-sangka,bertambah rezeki bertambah pahala...
salam panglima, apa perkhabaran hari ini... x de update pun
Syukur Alhamdulillah, rezeki dari Allah
WalaikumSalam Moh Kembara. memang banyak...hehehe Senyum sokmo bila tengok ikan
Anonymous,
Terima kasih mendoakan panglima...aminn. Panglima mancing di Rawang.
Waalaikumsalam Amy....Alhamdulillah, rezeki dari Allah. Panglima baik hari nie...tapi pasal Mem besar nak pakai komputer....tak dapat Panglima nak update blog...huhuhu. Jgn kecewa yea..sat lg Panglima update.
Fazdli...mudah-mudah kita semua dimurahi dan ditambahkan rezeki oleh Allah.
Post a Comment