Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Oct 20, 2011

Sia-Sia laa…Segala Amalanmu Di Dunia Ini Jika ko....Tak Solat


Bismillahirrahmaanirrohimm

Assalamualaikum Wbr...


Kenapa orang ini sembahyang di sini....Riak ker dia...??
Orang Ameno ..tak suka melihat orang solat di kawasan "Public" bagi mereka...ada unsur "Riak".  Mak bapak ako....arwah dah....solat di tengah sawah.....masa ako kecik2 dulu.  Tak riak pun !!  Solat tuu wajib....seorang pun tiada alasan boleh tinggal kecuali yang dibenarkan syarak....dah tu nape nak riak.??  Aku kena buat solat...kau pun kena buat juga...cuma tempat ajer yg membezakan.    PAS Kelantan...solat hajat di Stadium Kelantan, tak riak pun..!!!  Sebenarnya...benda-benda dalam hati nie...hanya Allah yang mengetahui.  Hanya Allah yang mengetahui perkara2 ghaib..Ikhlas dan tak ikhlas.  Ko pulak nak jadi tuhan.

Panglima7.
Bersangka baik laa...
Ada orang suruh kita berprasangka baik....tapi dituduhnya kita macam-macam.
Seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul.  hampas.!!
_________________________________________
Kiriman dari email sahabat...untuk dikongsi bersama.

Ibadah solat merupakan satu bentuk ibadah yang paling utama di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala. Ianya merupakan rukun Islam yang kedua setelah mengucap dua kalimah syahadah. Nabi Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam pernah ditanya tentang apakah Islam, lantas baginda menjawab:

Islam itu dibangunkan atas lima perkara, Syahadah bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasul Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa di bulan Ramadhan dan haji ke rumah Allah (Baitullah). (Hadis riwayat Imam al-Bukhari no: 8)
Tidak seperti ibadah lain, kewajipan ibadah solat diwahyukan terus kepada Nabi Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam pada malam berlakunya peristiwa Isra’ Mi’raj tanpa melalui perantaraan malaikat Jibril. Ini sebagaimana dijelaskan oleh Malik bin Anas radhiallahu’anh:

Pada malam Isra’ difardhukan kepada Nabi shalallahu 'alaihi wasallam solat sebanyak lima puluh kali, kemudian dikurangkan hingga lima kali (sehari) kemudian diseru (oleh Allah), Wahai Muhammad! Sesungguhnya ketetapan-Ku tidak akan diubah. Dan bagimu dengan solat lima kali (sehari) akan mendapatkan pahala sebanyak solat lima puluh kali. (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi no: 197)

Ini menunjukkan keagungan dan keistimewaan ibadah solat yang melebihi ibadah-ibadah lain. Ibadah solat juga merupakan tiang yang asas bagi agama Islam dan sekiranya tiang ini runtuh maka runtuhlah segala-galanya berkaitan dengan agama. Ini sebagaimana sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam:

Pangkal semua urusan agama adalah Islam, dan tiangnya adalah solat, dan puncak tertingginya adalah jihad. (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi no: 2541)

Beginilah tingginya martabat ibadah solat di sisi Islam. Maka tidaklah menghairankan sekiranya perkara yang mula-mula dihisab ketika di hari akhirat nanti adalah ibadah solat. Jika seseorang itu tidak bersolat maka sia-sialah segala amal ibadahnya yang lain. Ini sebagaimana sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam:

Sesungguhnya yang pertama kali di hisab bagi seseorang hamba di hari kiamat dari amal-amalnya ialah solatnya, jikalau solatnya itu adalah baik maka dia termasuk dalam orang yang bahagia lagi beruntung dan jikalau amal solatnya rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung... (Hadith riwayat Imam al-Tirmidzi no: 378)

Oleh itu seharusnya seluruh umat Islam memberi perhatian yang tinggi terhadap kesempurnaan ibadah solat ini kerana implikasi ibadah solat terhadap diri kita semua sebagaimana yang telah saya paparkan di atas adalah begitu besar. Namun sayang seribu kali sayang kerana masih ramai dari kalangan umat Islam yang melalaikan ibadah solat. Semoga risalah ini akan dapat membuka hati mereka yang selama ini mengambil sikap acuh tak acuh dalam melakukan solat untuk bertaubat dan kembali semula kepada jalan yang haq (benar).

Panglima7.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara