Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Dec 12, 2011

Berjihad Untuk Melayu ....masuk Syurga Ke???


Bismillahirrahmaanirrohimm,

Assalamualaikum Wbr....
Memanglah balasan Syurga dan Neraka itu milik Allah yang Maha Pemurah untuk menentukan. Sepertimana kisah Pelacur yang masuk Syurga kerana memberi minum seekor anjing yang kehausan.  Tetapi Pelacur itu hanya satu yang masuk syurga daripada ratusan ribu Pelacur yang ada atau lebih di dunia ini sejak dari zaman Nabi-Nabi dahulu hingga lah kini.  Takkan semua Pelacur masuk syurga hanya kerana mengikuti Pelacur tadi memberi minum anjing yang kehausan. Ini semua bergantung kepada amalan baik pelacur tersebut hingga mengundang dan membuka Pintu Rahmat dan sifat RAHIM Allah SWT ke atasnya untuk memasuki Syurga Allah Taala. 

Pelacur  tersebut telah melakukan satu dosa besar....tetapi dia tidak pula menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain.  Sepertimana UMNO yang menyengutukan hukum Allah dengan mengambil hukum yang selain dari hukum Allah dalam memerintah negara.  

Harus diingat....Menyengutukan Allah ini...bukan sahaja terhad kepada menyembah selain Allah....malah bagi sesiapa yang menyokong dan mengambil hukum yang selain dari Allah.   

Bukan itu sahaja ..malah UMNO memperlecehkan sesiapa sahaja yang menyarankan agar Hukum Allah ini didaulatkan.  Bukankah menyengutukan Allah itu suatu dosa yang besar yang tidak diampunkan Allah.   Nik Aziz pernah berkata...PAS akan dibubarkan jika UMNO mengambil Hukum Allah yakni ISLAM sebagai perlembagaan negara.   Jika benar UMNO inginkan ISLAM..mengapa UMNO tidak melaksanakannya selagi ada kuasa memerintah Negara.

Tetapi jika jalan menuju ke syurga itu awal-awal lagi sudah "FAIL" seperti kata-kata UMNO di atas "Berjihad Untuk Melayu"  dan tentangan serta berbagai alasan untuk UMNO tidak melaksanakan hudud  setelah memerintah hampir separuh abad, malah memperlecehkannya sepertimana Chua Soi Lek....boleh sampai ke syurga ke agak-agaknya ?  Sebab itu...undi anda penentu jalan anda ke syurga atau ke neraka.

Buat pembaca sekalian....renungi kata-kata dari TG Nik Aziz ini.
Panglima7
__________________________________

Ingatt..Umno "Tersekat" Untuk Sampai Ke Syurga..??

 
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyelar penggunaan istilah jihad oleh Umno, dalam perhimpunan agungnya minggu lalu, bagi mengajak lebih tiga juta ahlinya menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Menurut Nik Aziz (gambar), istilah jihad itu berasal daripada al-Quran dan hanya sesuai digunakan untuk tujuan menegakkan Islam.

Cerita lanjut Klik SINI

Panglima7

2 comments:

TaTJ said...

Bukan masuk Syurga Syeikh, masuk umNO dulu, kini dan selam2nya....kihkihkih!

Kak Amy said...

hehe suka komen TATJ

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara