Bismillahirrahmaanirrohimm.
Assalamualaikum Wbr.
Firman Allah dalam surah Al-A'raf ayat 31
Maksudnya : " Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ketempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang)".'
Nyatalah disini bahawa kita perlu membersihkan diri dan berpakaian yang bersih dan pakaian yang terbaik ketika menghadiri rumah Allah. Malangnya bila kita ke majlis keramaian, ke jamuan makan malam, bekerja, kita berpakaian khas, tetapi untuk solat tidak pula begitu.
Realiti hari ini kita sedar, kita kebanyakannya bekerja, oleh itu semestilah kita bersedia lebih awal, sebelum keluar bekerja, mandilah sunat jumaat dan mengenakan pakaian yang terbaik dan dan bersih.
Bersegeralah untuk menghadiri jumaat adalah tuntutan Allah, firman Allah dalam surah Al-Jumaat ayat 9 yang bermaksud : " Wahai orang-orang yang berfirman, apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu).''
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : " Sesungguhnya manusia akan duduk disisi Allah azzawajalla pada hari qiamat mengikut qadar (cepat dan lambatnya mereka) pergi menghadiri jumaat "
Sepatutnya pada hari jumaat ini, kita mendapatkan rehat yang secukupnya sebelum datang ke masjid supaya bersedia dan bersegera untuk mendengar khutbah, apa yang berlaku sebaliknya menjadikan waktu khutbah sebagai waktu tidur, malah berdengkur yang lazat. Sedangkan firman Allah dalam surah Al-Jumaat ayat 9 :
Yang bermaksud : ".Maka hendaklah kamu segera mengingati Allah (zikir Allah)"zikir Allah disini bermaksud khutbah – bersegeralah mendengar khutbah, kerana nabi s.a.w. tidak pernah meninggalkan khutbah jumaat, baginda bersabda : yang bemaksud ; sembahyanglah kamu seperti mana kamu melihat aku bersembahyang. Umar r.a. berkata, maksudnya pendekkanlah solat jumaat kerana azan khutbah. Begitu juga Aisyah r.a. juga berpendapat demikian. Saad bin Jabar berkata yang bermaksud adalah jumaat itu empat rakaat, maka jadikanlah khutbah ditempat dua rakaat.''
Kita menggalakkan peniaga-peniaga warung makanan membantu jemaah untuk makan, minum dan sebagainya, tetapi diharapkan apabila masuk waktu jumaat, hentikanlah perniagaan buat sementara waktu dan beruntung serta berkatalah perniagaan mereka jika mereka menjaga adab-adab ini.
Adalah sangat mendukacitakan dan sangat memalukan dikalangan umat Islam masih berada diwarung-warung dan di restoran-restoran makanan ketika khutbah disampaikan, berdosalah mereka yang tidak mendengar khutbah, apatahlagi tidak menunaikan jumaat, pemilik-pemilik warung juga berdosa, kerana membuka kedai ketika azan jumaat telah dikumandangkan. Khatib mengingatkan kepada pengusaha-pengusaha kedai makanan yang Islam agar menutup perniagaan mereka beberapa minit sebelum azan dikumandangkan. Bukankah Allah berfirman dalam surah Al-Jumaat ayat 9 yang bermaksud
" Wahai orang-orang yang beriman, apabila diserukan azan (bang) untuk untuk mengerjakan sembahyang pada hari jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) ".
Dalam satu riwayat, ketika Rasulullah berkhutbah pada hari jumaat, datanglah khafilah membawa dagangan dari Syam, orang yang sedang mendengar khutbah keluar menyambut rombongan khafilah itu sehingga tinggalkanlah 12 orang sahaja yang mendengar khutbah Rasulullah, lalu Allah turunkan surah Al-Jumaat ayat 11

Maksudnya : " Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baru tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai, (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas minbar berkhutbah), katakanlah (wahai Muhammad – pahala – balasan ) yang ada disisi Allah, lebih dari hiburan dan barang-barang dagangan itu, dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki "
Ayat ini menegaskan apa yang ada disisi Allah jauh lebih baik dari apa yang ada dalam perniagaan, apa gunanya untung sedikit di dunia – rugi besar di akhirat.
Ada sebahagian daripada umat Islam yang telah diberikan kebenaran oleh majikan mereka untuk menunaikan solat jumaat tetapi sayangnya masa itu digunakan untuk tugas-tugas yang lain seperti membeli-belah, berehat di rumah atau tidur. Hal seperti ini adalah sangat merugikan, kerana dia telah membohongi diri sendiri.
Apabila solat jumaat selesai ditunaikan, para jemaah hendaklah bersabar sebentar untuk meaminkan doa-doa yang dibaca oleh imam. Sering berlaku jemaah tidak sabar, meninggalkan masjid sebelum berdoa, mereka sanggup melintasi jemaah yang masih sembahyang sunat. Sesungguhnya melintasi di hadapan orang yang sedang sembahyang adalah haram dan berdosa.
Marilah kita tunaikan solat jumaat itu dengan sebaik-baiknya serta hayatilah khutbah yang diberikan sekurang-kurangnya ia akan memberikan suatu keinsafan dan kesedaran kepada kita dalam mengharungi kehidupan yang masih jauh penghujungnya.

Panglima7
Kiriman sahabat
Bagaimana pula...mereka yang tidak solat Jumaat dan berada dipusat-pusat permainan snooker?? Kembalilah kalian kepada Allah.
No comments:
Post a Comment