Bismillahirrahmaanirrohimm.
Assalamualaikum Wbr.
PAS menyeru kepada ISLAM yang syumul, UMNO menyeru kepada MELAYU.
Berlaku konflik di sini....konflik perjuangan.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Allah SWT mengajak semua umat Islam agar kembali kepada kepada Kitabullah (al-Quran) dan sunnah Nabi-Nya jika terdapat perselisihan pendapat di dalam sesuatu urusan kehidupan.
Firman Allah SWT maksudnya : "Kemudian jika kamu berselisih tentang sesuatu, maka kembali- kanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibat- nya."(Surah an-Nisaa' ayat 59)
Mari kita rujuk dan lihat apa kata Allah di dalam Al-Quran.
Firman Allah yang bermaksud "Serulah (manusia) kepada (agama) Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan pengajaran yang baik, dan berbantahlah (berdebatlah) dengan mereka dengan (jalan) yang terbaik. Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui orang yang sesat dari jalan-Nya dan Dia lebih mengetahui orang yang mendapat petunjuk." (Surah an-Nahl, ay at 125)
Wahai bangsaku.....kamu dah tentu Melayu.....takkan hilang Melayumu itu....sampai ke mati pun kamu tetap Melayu. Tapi belum tentu kamu mati dalam ISLAM.
Allah berpesan kepada Nabi SAW untuk menyeru manusia kepada agama Allah (ISLAM), bukannya menyeru kepada MELAYU. Melayu bukannya agama. Tiada disebut di dalam Al-Quran pun menyuruh kita menyeru kepada Melayu.
Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, berpuluh ribu para sahabat bertebaran menyeru manusia ke jalan Allah yakni ISLAM....sehinggalah ke negeri Cina dan Tanah Melayu..... tidak pula mereka menyeru manusia kepada perpaduan bangsa.

Panglima7
No comments:
Post a Comment