Bismillahirrahmaanirrohimm.
Assalamualaikum Wbr.
Bukti UMNO Menolak ISLAM
Adakah Nabi Muhammad SAW pernah melaung-laungkan Hidup Bangsa Quraisy !! Hidup Quraisy !!... ???
Seperti mana yang dilaung-laungkan oleh UMNO..."Hidup Melayu". Sampai masanya semua bangsa akan mati...Tiada yang hidup walaupun Melayu. Walaupun beribu-ribu kali engkau laungkan. Yang kekal hanyalah ALLAHUAKBAR dan Islam yang dipelihara dan diberi kemenangan oleh Allah Azzawaljalla.
Nabi SAW tidak memperjuangkan bangsa...tetapi ISLAM. Firman Allah SWT. "Tidak aku jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaku."......Apakah dengan Melayu.....ibadahmu diterima Allah. Apakah dengan Melayu....Kamu dimuliakan oleh Allah dimuka buminya ini.???
Hanya kerana Islam...kamu dimuliakan oleh Allah SWT. Sepertimana kata Syaidina Umar Al Khattab.
kata Umar r.a., "Kita ini satu kaum yang ALLAH muliakan dengan Islam!...Kalau kita nak mencari kemuliaan lain daripada cara Islam, Tuhan akan hinakan kita. Maksudnya, aku ni jadi Umar yang terkenal dan hebat; bukan kerana aku pakai baju hebat dan bukan kerana unta dan kuda ku hebat; tetapi kerana Islamlah, maka aku jadi hebat. Dan Arab tak ada apa-apa tanpa Islam!"...Sepertimana Arab yang tak boleh diharap hari ini. Apabila mereka menanggalkan "pakaian" Islam, maka benarlah macamana Saiyyidina Umar kata, "Kita adalah kaum (merujuk kepada bangsa Arab) yang tak ada nilainya tanpa Islam."...Memang benarlah apa yang kita lihat hari ini, oran! g Arab telah kembali menjadi kaum yang tidak ada nilai. |
Kalau bangsa Arab takde nilainya di sisi Allah tanpa Islam...kata Saiyyidan Umar, bagaimana pula dengan UMNO yang memperjuangkan Melayu.???
Panglima7
Kalau ini pun korang tak boleh terima juga...memang dah terbaliklah hati-hati kamu sekalian..
No comments:
Post a Comment