Assalamualaikum Wbr.
Berbagai-bagai ragam dan perangai orang yang aku temui sepanjang penubuhan Pas Cawangan di kawasan aku. Ada yang dahulunya condong kepada Pakatan Rakyat....mula 'playsafe" dengan berkata" aku tak sokong mana-mana". Takut hilang kawan ke....atau kena ugut nie.??
Ada yang menuduh aku pemecah belah masyarakat. Adakah Islam itu...pemecah belah masyarakat??......sedangkan UMNO yang sedang melobi habis-habisan masyarakat di sini dengan wang dan laptop dan tanah tidak pula digelar pemecahbelah dan perosak masyarakat. Cakaplah apa sahaja pun......Pas tetap akan ditubuhkan.
Ada yang bagi nama..tetapi tidak mahu memasukkan nama isterinya. Ermm….mungkin isterinya bukan satu bendera dengan beliau kot. atau memang sokong UMNO ikut keluarganya sebelum berkahwin lagi.
Bulan...lambang Islam
Berbagai-bagai ragam dan perangai orang yang aku temui sepanjang penubuhan Pas Cawangan di kawasan aku. Ada yang dahulunya condong kepada Pakatan Rakyat....mula 'playsafe" dengan berkata" aku tak sokong mana-mana". Takut hilang kawan ke....atau kena ugut nie.??
Ada yang menuduh aku pemecah belah masyarakat. Adakah Islam itu...pemecah belah masyarakat??......sedangkan UMNO yang sedang melobi habis-habisan masyarakat di sini dengan wang dan laptop dan tanah tidak pula digelar pemecahbelah dan perosak masyarakat. Cakaplah apa sahaja pun......Pas tetap akan ditubuhkan.
Ada yang bagi nama..tetapi tidak mahu memasukkan nama isterinya. Ermm….mungkin isterinya bukan satu bendera dengan beliau kot. atau memang sokong UMNO ikut keluarganya sebelum berkahwin lagi.
Ada suami yang macam takut-takut nak isi borang…takut isterinya nampak atau mengetahui dia sokong PAS. Ermm….ini bukannya 15 tahun yang lalu Cik abang ooi!!….di mana, orang dulu-dulu menyokong Pas secara sembunyi-sembunyi. Tetapi sekarang ramai yang dah terbuka mengisytiharkan dirinya ahli dan penyokong PAS.
Di sinilah letaknya peranan suami dalam mentarbiahkan isterinya..mengapa dan kenapa kita menyokong PAS. Mengapa kita perlu jadikan PAS suatu wadah dalam perjuangan menegakkan ISLAM.? Ini perlu diterangkan kepada isteri kita. Kita sebagai suami yang dah tahu kebenaran...kenapa tak habaq pada life partner kita itu.?
Dahulu..... umat ISLAM menegakkan Islam melalui mata pedang, darah dan peperangan, ……sekarang tidak lagi. Sekarang, di negara-negara yang aman tetapi bergolak, Islam ditegakkan melalui politik dan kepartian.
Melalui parti, hukum Islam dapat ditegakkan..Melalui hukum Allah ini segala kemaslahan rakyat dapat diuruskan. Melalui hukum Islam ini juga.....gejala murtad dapat dibenteras.
Umat Islam di negara sekular tak ubah seperti anak ayam kehilangan ibu. Bermacam-macam gejala sosial.dan pembunuhan berlaku. Kita seakan tercari-cari formula bagi mengatasi masalah ini. Sedangkan formula itu telah ada 1400 tahun yang lalu. Formula tinggalan Rasulullah SAW. Kita kata kita cinta Rasullullah SAW.....tiap-tiap tahun kita sambut Maulidurasul. Berpeluh-peluh ketiak berarak dan berselawat, memuji-muji rasulullah, cinta dan kasih kepada baginda......tetapi hukum, kita ambil hukum yang lain. Kata cintakan Allah dan Rasul.!!! Tetapi hukumnya, kita kata tak sesuai di zaman ini. Astagfirullahalazimm.
Menegakkan hukum Allah tadi samalah seperti kita menangkap ibu ayam. Bila tertangkapnya ibu ayam...maka segala anak-anak ayam tadi akan terbela dan kembali kepada ibunya secara otomatik.
Panglima7
Sekadar perkongsian.
11 comments:
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!
salam
sya sangat setuju jika pas yang sememangnya islam itu memegang tampuk negara
tapi sejujurnya di kawasan sya ini macam di cucuk hidung je
macam melukut di tepi gantang
mana perginya perjuangan yg di laung laungkan?
sebab takut pada kuasa besar yang asing dap dan pkr itu kah? entahlah
harap orang melayu terus bersatu
sebelum mereka secara diam merebut hak yang ada pada orang kita di bumi bertuah ini.
MMoh kembara....Takbirrr !!!
Waalaikumsalam Wbr K'eja.
K'eja...tinggal di mana...Apa yang telah Pas Kawasan sana lakukan? Saya tak boleh nak komen kat sini....sebab tak tahu ceritanya. Dan tak adil rasanya.
Tuanku Sultan Kedah sebelum berangkat ke KL bagi menduduki takhta DYMM Yang DiPertuan Agong Ke-14 telah menganugerahkan pingat yang mambawa gelaran Dato' Seri DiRaja kepada MB Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak. Penganugerahan tersebut memberi isyarat jelas bahawa baginda sangat kasih serta amat berkenan dengan MB Kedah itu berbanding Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang bercita-cita merampas kerusi MB Kedah dalam PRU 13 nanti. Rakyat Kedah sewajarnya faham Baginda tidak berkenan jika Kerajaan Kedah seperti yang ada sekarang; di bawah PR hendak ditumbangkan. Tun Mahathir juga patut faham bahawa anaknya tidak dikehendaki di Kedah, dan perlu mengingat kembali bahawa sewaktu dia menjadi Menteri Pelajaran dulu pernah berhajat untuk mentadbir Maktab Mahmud. Hajat berkenaan telah mengguris perasaan Tuanku Sultan Kedah. Mat Bashah yang tiada kelulusan tapi bercita-cita nak jadi MB Kedah juga patut sedar diri beliau berhubung dengan hal ini. Dengar-dengar khabar, Jamilkhir Baharom juga ada cita-cita nak jadi MB Kedah. Tapi kena ingat, pada masa ini dia tak ada kawasan yang diwakili
jelas dan terang.
jelas dan terang.
Pemimpin kita mestilah orang islam sejati
Assalamualaikum, sokong 100%, aku dah tubuhkan lebin 50 cawangan pas, tak peduli apa orang kata, yang penting cari mirdhatillah
harmidin aku nak minta bantuan ko tubuh cawangan pas kawasan aku...bagaimana caranya..
Waalaikumsalam Dr., Dah tak terbilang banyaknya cawangan PAS yang Dr tubuhkan. Saya nie baru nak bermula. InsyaAllah dalam seminggu dua ini....Tertegaklah secara Rasminya Cawangan PAS di sana berserta Signboardnya. Mohon doa agar Allah permudahkan. InsyaAllah.
Post a Comment