Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Mar 16, 2011

Isteri Yang Taat Dan Menjaga Kehormatannya

Assalamualaikum Wbr.

Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (RiwayatAhmad Ibnu Hibban, Thabrani, Anas bin Malik)

Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong misainya dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim. (Riwayat Muaz bin Jabal)

__________________________________

Diriwayatkan ada seorang wanita yang sudah bersuami. Pada suatu hari bapa si wanita ini sakit tenat. Si isteri meminta izin kepada suami untuk keluar menziarahi bapanya, namun tidak diizinkan. 

Si wanita memberitahu hal ini pada Rasulullah dan bertanyakan kepada Rasulullah adakah dia boleh pergi menziarahi bapanya yang sakit sedangkan suaminya tidak mengizinkan. Rasulullah menjawab tidak. 

Kemudian si wanita mendapat tahu bahawa bapanya sakit tenat, lantas dia meminta izin suaminya untuk menziarahi bapanya. Si suami tidak mengizinkannya keluar rumah. 

Si wanita bertanyakan lagi kepada Rasulullah. Jawapan Rasulullah masih sama..tidak boleh. 

Akhirnya si wanita diberitakan bahawa bapanya telahpun meninggal dunia dan dia meminta keizinan suaminya untuk ke majlis solat jenazah dan pengebumian bapanya. Juga si suami tidak mengizinkan. 

Si wanita bertanyakan kepada Rasulullah. Rasulullah juga menjawab dia tidak boleh keluar rumah selagi tidak mendapat keizinan suami.

Keesokan harinya, Rasulullah menyampaikan pesanan kepada wanita itu, bahawa sesungguhnya Allah telah mengampunkan dosanya dan dosa bapanya diatas ketaatannya kepada suami. 

Yang perlu difikir:- Adakah mungkin dosa si wanita dan bapanya diampunkan sekiranya bapanya sempat bertemu dengan si wanita ketika dia sakit tenat?:- 

Adakah mungkin dosa si wanita dan bapanya diampunkan sekiranya si wanita ada di sisi bapanya di saat menjelang ajal si bapa?:- 

Adakah mungkin dosa si wanita dan bapanya diampunkan sekiranya si wanita ada bersama di majlis pengebumian bapanya?

Dosa si wanita dan bapanya diampunkan kerana taatnya si wanita mematuhi perintah suaminya. 

Namun harus diingat juga, perlu ada timbangrasa di kalangan suami. Bukan bermakna si isteri perlu duduk di rumah bagaikan dalam penjara. Perlu diizinkan isteri keluar andainya perlu.   

Yang perting dalam perhubungan suami isteri adalah kepercayaan. Kepercayaan mudah diperoleh, tetapi sekali ianya dirosakkan, amat sukar didapatkan semula.

7 comments:

Unknown said...

orang perempuan ni bila suami larang dia keluar rumah lagi la dia nak keluar..
hehehh..
sebab tu la suami kena la bawak isteri keluar sekali sekala..
kan??
saya isteri yang tak sempurna yang sedang mencari kesempurnaan..

~nsar~ said...

sy juga pernah baca mcm ni di artikel harian metro... seorang perempuan tu bila sah dia bergelar isteri maka wajib untuk dia jagakan adalh parents suami nya.. manakala ibu bapa sendiri hnyalah sunat...(maksudnya bila perlukan perhatian la sakit ke) bayangkan betapa besarnya kedudukan penghormatan buat si suami ni... balsan untknya juga bukan calang2... allah janjikan syurga... cuma perlu ikut law dia saja... lagi pun orang yang senang masuk syurga adalah orng perempuan... walaupun yang paling ramai yang tempah neraka...

Kak Amy said...

Salam pagi khamis panglima..

Amy bukanlah seorang isteri yang sempurna tapi x salah kalau amy cuba jadi lebih sempurna di mata suami...

Panglima7 said...

Diana,
Ada juga org perempuan yang seperti itu Diana...cuma tidaklah semua. Suami pun perlu bawa isteri jenjalan jangan dia sorang ajer pergi berjalan...isteri tinggal rumah...apa yang di window shoppingkannya...ha ha !!! hehehe

Panglima7 said...

NSAR
Memang benar apa yang nsar bacakan itu....perlu seoarng isteri menjaga dan taat akan suaminya. tetapi suami janganlah ambil kesempatan dgn mengutamakan keluarganya sahaja tanpa menghiraukan susah payah keluarga isteri. kalau tiada ibu dan bapa si Isteri...boleh kahwin kah suami anda dengan anda.(anaknya) Kadang2 keluarga si isteri yang support lebih semua belanja dan kos perkahwinan....tapi bila dah kahwin...keluarga isteri...tidak dihiraukan dan diambil peduli.....kena ikut belah keluarga suami ajer. Tak boleh macam itu. Kena berlaku adil dan saksama walaupun suami ada kuasa veto.

Panglima7 said...

Waalaikumslam Amy,
Benar amy, ramai isteri yang tidak sesempurna seperti Siti Khadijah.....begitu juga suami... yang ramai tidak sempurna seperti Nabi Muhammad SAW. jangankan nak dibandingkan dgn Nabi...dgn para sahabat pun jauh sangat....termasuklah panglima sendiri.
Kita semua tidak sempurna...jadi memang tak salah kita cuba menjadi lebih baik.
lelaki pun kena sempurna juga, ye tak. Panglima laa tu...hehehe

Panglima7 said...

Waalaikumslam Amy,
Benar amy, ramai isteri yang tidak sesempurna seperti Siti Khadijah.....begitu juga suami... yang ramai tidak sempurna seperti Nabi Muhammad SAW. jangankan nak dibandingkan dgn Nabi...dgn para sahabat pun jauh sangat....termasuklah panglima sendiri.
Kita semua tidak sempurna...jadi memang tak salah kita cuba menjadi lebih baik.
lelaki pun kena sempurna juga, ye tak. Panglima laa tu...hehehe

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara