Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Jun 12, 2010

Mari Belajar Tajwid - Siri Pertama - Waqaf

Assalamualaikum wbr.
Mari kita bersama belajar Tajwid.  Hamba pun masih belajar dan tak pandai lagi.
Mudah-mudahan dipermudahkan Allah hendaknya.

Dipetik Dari Lelabu dan Al Islam



Mari Belajar Tajwid


1. Waqaf( وقف ).

Dari sudut bahasa: Berhenti / menahan. Dari sudut istilah tajwid: Menghentikan seketika bacaan secara memutuskan suara di akhir perkataan untuk bernafas dengan niat ingin menyambungkan kembali bacaan.

التام الوقف الوقف اللازم 1.1 Waqaf Lazim( )/ Waqaf Tam( ).

Menghentikan bacaan pada rangkai kata yang sempurna maknanya serta lafaz (dari segi i'rab) dan maksudnya tidak tergantung dengan kata-kata berikutnya. Waqaf ini bertanda:( م )



الوقف الجائز 1.2 Waqaf Ja'iz (Berhenti Harus) .

Bacaan diharuskan berhenti atau sambung. Kedudukan hukum bahagian ini kadangkala sama (berhenti atau sambung), kadangkala sambung lebih baik dari berhenti dan kadangkala berhenti lebih baik dari sambung (iaitu menghentikan bacaan pada rangkai kata yang tidak merosakkan maknanya).


الوقف الكافي 1.3 Waqaf Kafi( ).

Bacaan harus diberhentikan atau disambung malah berhenti lebih baik dari sambung. Ia dinamakan demikian kerana lafaznya sempurna dan tidak bergantung dengan lafaz selepasnya. Tandanya( قلي ).



وقف التساوي 1.4 Waqaf Tasawi( ).

Kedudukan hukum bacaan tersebut ketika berhenti dan sambung adalah sama. Tandanya:( ج ).



الوقف الحسن 1.5 Waqaf Hasan( ).

Bacaan yang diharuskan berhenti atau sambung malah sambung adalah lebih baik dari berhenti. Ia dinamakan demikian kerana memberhentikan bacaan padanya adalah lebih baik. Tandanya (صلي ).
 
 
 
Akan disusuli siri ke 2 nanti.
Wassalam.
Panglima7

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara