Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Jun 14, 2010

Presiden Palestin bermuka Israel.


Presiden Palestin enggan sekatan ditamat


WASHINGTON - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menentang sebarang usaha menamatkan sekatan di perairan Genting Gaza kerana tindakan itu dikhuatiri menjadi sokongan kepada kumpulan pejuang Hamas yang menguasai kawasan itu.

Mahmoud dikatakan mengeluarkan kenyataan itu semasa perbincangan isu serangan konvoi kemanusiaan dan sekatan di Gaza dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama di Washington, Rabu lalu.

Mahmoud menegaskan keperluan untuk membuka sempadan ke Genting Gaza dan menghadkan sekatan Israel tetapi menggesa langkah itu diambil tanpa memberi bantuan kepada Hamas mengukuhkan lagi penguasaan mereka di kawasan itu.

“Sekatan yang dikenakan Israel di perairan Gaza tidak perlu dihentikan pada tahap ini, tetapi penduduk Gaza mesti dibantu,” katanya.

Mahmoud dilapor memaklumkan kepada Obama tindakan melonggarkan sekatan ke atas Gaza perlu dilakukan dengan berhati-hati dan secara berkala supaya tidak dilihat sebagai kemenangan kepada Hamas.

Pemimpin Palestin itu juga menegaskan tekanan perlu diberikan kepada Israel supaya membenarkan lebih banyak barangan dan bantuan kemanusiaan dibawa masuk ke Gaza, termasuk bahan binaan.

Mahmoud mencadangkan bantuan kemanusiaan ke Gaza dihantar melalui jalan darat supaya sekatan Israel di perairan Genting Gaza tidak perlu dihentikan.

PANGLIMA7
Punyalah mangkuk Presiden Palestin ini.  Dia macam UMNO laaa......tolak Islam sokong Israel.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara