Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Jun 27, 2010

Kemasukan 40 Ulama Ke Dalam UMNO. Adakah Pendekatan Lembut/Kasar Menjadi Pilihan ???

Gambar Hiasan Sahaja
Assalamualaikum Wbr.

Saya cukup tertarik dengan isu 40 Ulama yang dikatakan menyertai UMNO sebagaimana yang diwar-warkan oleh Media BN baru-baru ini.

Persoalannya di sini......adakah pendekatan Parti yang yang menggunakan pendekatan lembut atau kasar menjadi ukuran dan pilihan ulama-ulama ini.???  Sungguh tidak masuk akal jika pendekatan lembut menjadi ukuran dan pilihan Ulama-Ulama ini dalam memasuki parti UMNO.

Kalau mereka ini orang biasa-biasa atau orang kebanyakkan...alasan tersebut mungkin boleh diterima akal. 
Tetapi dalam memilih parti bagi meneruskan perjuangan berlandaskan prinsip keislaman......apa yang dinyatakan oleh Ulama-Ulama ini.....sungguh jauh terpesong.

Kalau pendekatan lembut menjadi pilihan Ulama-Ulama ini ...dan jika mereka boleh terpesong dengan UMNO yang kononnya menggunakan pendekatan lembut....tidak mustahil mereka juga boleh terpesong dan terperdaya dengan dakyah Mubaligh-Mubaligh Kristian yang menggunakan pendekatan yang sungguh lembut tetapi pada dasarnya adalah BATHIL

Apa yang penting di sini.... yang perlu dilihat oleh Ulama dan mereka dalam menyertai sesebuah parti adalah...DASAR PERJUANGANNYA.   Jika dasarnya perjuangan sesebuah parti itu jauh melencong dan terpesong atau samar-samar daripada AQIDAH ISLAMIYAH......dan memperjuangkan bangsa.....maka tidak ada ketaatan dalam mengikuti apalagi menyertai parti tersebut kerana ianya jelas HARAM.

Apabila ada Ulama yang mempunyai pengetahuan tetapi sebaliknya menyertai parti begini atas dasar kelembutannya...bukan aqidahnya....telah terang lagi nyata bahawa mereka sebenarnya mencari keuntungan dunia melebihi keredhaan Allah Swt.

Wallahualam.

"Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah". Surah Al-Qasas ayat 17


Panglima7

1 comment:

jebat_berani said...

salam kekandaku dato panglima.....

Dari satu sudut kita seakan-akan berasa gembira dengan tindakan puak-puak umno ini kerana seolah-olah tarbiyah kita selama ini sudah mula diterima oleh mereka(kepimpinan ulama)...

namun menyedihkan mereka bukanlah menerima para ulama ini untuk "memandu" mereka ke arah jalan yang benar...sebaliknya mereka menjadikan ulama ini sebagai alat untuk mereka mengaburi mata rakyat dengan menyatakan bahawa mereka juga memperjuangka islam...

apakah benar mereka yang menyertai puak-puak umno ini adalah para ulama???satu persoalan yang bermain di minda kebanyakan rakyat malaysia???rakyat sangat ragu bagaimana para "ulama" boleh memilih untuk menyertai umno yang nyata dalam kebanyakan tindakannya mencerminkan bahawa mereka menentang ajaran islam yang sebenar...

nampaknya umno/bn kini semakin berani mempermainkan islam...tidak cukup dengan memutar belitkan ajaran islam termasuklah "menghalalkan" judi yang diharamkan allah s.w.t kini mereka mempersendakan pula islam dengan "memperkudakan" para ulama muda ini...

kita tengok sejauh mana permainan kotor politik umno ini akan mampu mempengaruhi rakyat atau ianya akan menjadi modal terbaik rakyat untuk menolak umno pada pilihan raya umum akan datang...

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara