Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Jul 3, 2010

Rakyat Tetap Bersama PR Selangor Walaupun Nampak Bergolak

Salam,

Kerajaan PR Selangor tetap di hati rakyat walaupun nampak seolah-olah bergolak.  Rakyat masih memandang PR lebih baik dari UMNO dan Barisan Nasional.  Khalid Samad 100 kali lebih baik dari Pencacai Selangor - Datuk Seri Khir Toyo yang menghabiskan wang rakyat demi kepentingan sendiri.

Walau apa pun muslihat dan propaganda UMNO dan BN, rakyat masih berdiri teguh di belakang PR Selangor.  Pentadbiran Selangor seribu kali lebih baik dari Pentadbiran Khir Toyo dari UMNO & Barisan Nasional yang penuh dengan penyelewengan dan double standard.

Memilih UMNO & BN sebagai peneraju negara menyebabkan rakyat hidup sengsara dan dibebani masalah kewangan yang hebat.  Wujudnya Along-along yang tumbuh bagaikan cendawan memberi mesej peri buruknya pemerintahan UMNO & BN dalam menjana kestabilan ekonomi rakyat.

Negara mewah dengan pertumbuhan bangunan pencakar langit tapi rakyat sengsara dalam membayar itu dan ini bagi menampung kos ketirisan sesebuah projek Kerajaan dan syarikat-syarikat Klomengrat atas nama UMNO dan BN.

Bayangkan ......Papan tanda Bandaraya Ipoh yang dipacakkan di atas bukit, di uruskan oleh Kerajaan UMNO & BN boleh menelan Belanja RM800K.  Sungguh tak masuk akal.   Inikah kerajaan yang Rakyat pilih dalam setiap kali pilihanraya umum.

Hamba akan siarkan papan tanda Bandaraya IPOH......selepas ini.  Saksikan.

Panglima7

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara