Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Jul 25, 2010

Blog ISA : Saya Tarik Balik Kenyataan - Musang Berbulu Ayam.

Salam,

Tidak salah jika hendak menegur pemimpin.  Malah itu suatu perbuatan yang baik bagi meluruskan jalan mereka yang nampak sedikit bengkok.  Tetapi teguran yang dibuat mestilah teguran yang boleh dan dapat menguatkan Parti dan tidak membawa rebah.  Biarlah kritikan yang membina.

Janganlah menghentam parti sendiri bagai nak roboh lantai siling.... dan tambah malang jika tidak disertakan dengan bukti-bukti yang kukuh ditambah pula tuduhan yang dilemparkan itu dibuat berlandaskan andaian dan persepsi semata-mata.  Ya...nampak seakan benar dan menarik... diolah pula dari segi lentok bahasa....tapi adakah tuduhan itu adalah benar ???  dan akhirnya kita hilang segala-galanya. Kita hilang sokongan, hilang pemimpin dan hilang segala-galanya. 

Saya membuat teguran ini bukanlah kerana saya nie terlalu taksub dengan pemimpin.   Bukan !!.   Kalau ada yang membuat komen begitu dalam posting mereka...mereka silap.  Pada mereka yang membuat komen bodoh pada saya...tidaklah menjadi hal.   Telinga saya dah tebal dah dengan itu semua.  Biarlah fakta melawan fakta bukannya fakta melawan andaian dan peribadi.  Kalau sekadar andaian memang akan hancurlah Pakatan Rakyat dan Itu tidak adil dan professional.

Itu cuma pandangan mereka dan saudara..laa.  Tak semestinya betul. 

Apabila saya mempertahankan pandangan dan pendapat saya ...tidak semestinya saya seorang yang taksub atau totok atau menjadi pak turut.   Walaq kepada pemimpin adalah perlu pada semua orang, selagi mana pemimpin trsebut taat kepada Allah dan Rasul.    Pemimpin yang ada dalam Pakatan Rakyat bukan sembahan dan dewaan saya seperti UMNO mendewakan Mahathir ketika Mahathir berada di puncak kuasanya.  Itu dah lari dari konsep Islam.

Jika saudara ISA bukan seperti yang saya maksudkan " Musang Berbulu Ayam atau Agen UMNO", saya mohon maaf.  Saya tarik balik dakwaan saya itu.  Tarikkan saya ini bukan bermakna saya setuju dengan  tuduhan saudara terhadap " Belum Lagi Ke Putra Jaya, Muntah PR sudah berbau"  Cuma teguran saudara janganlah sampai ianya kelihatan seperti saudara ini orang UMNO dan lebih UMNO dari UMNO itu sendiri. Hentam memang boleh hentam...memang sedap kalau dok menghentam....tapi perlu berhati-hati (berhemah laa) agar tidak merosakkan mentaliti pembaca yang di atas pagar apabila membaca posting saudara atau yang saudara ambil dari EN3 yang lain.  Ini secara tidak langsung boleh melahirkan ramaiiii penyokong2 UMNO.   Dan teguran tersebut janganlah teguran seperti Manikavasagam.

Kita tutup sampai di sini sahaja.

Sekiranya ada salah dan silap ketika menulis...saya mohonkan kemaafan.

Panglima7.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara