Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Jul 11, 2010

Holland Vs Spanyol... Holland laa Menang !!!


Pasukan Holland akan Menang.
Barisan pemain Pasukan Holland.  Sila Klik Di SINI

Salam,

Bolasepak dunia telah sampai ke kemuncaknya.  Pagi ini, Isnin jam 2.30pagi sebentar lagi, perlawanan akhir diantara dua pasukan hebat ini pasti ditunggu tunggu oleh semua peminat bolasepak di seluruh dunia.

Ramai yang memilih Spanyol berbanding Belanda. Macam-macam cara dan ragam manusia membuat andaian.  Di negara barat...tidak hairanlah jika mereka menggunakan haiwan untuk menilik nasib pasukan mereka itu.  Dan mereka sangat meyakini pilihan seekor sotong yang diletakkan di dalam aquarium besar di Jerman.  Disebabkan percayalah...maka Jerman bermain takut-takut ajer apabila bertemu dengan Spanyol di pusingan separuh akhir hingga menyebabkan pasukan Jerman seperti mengesahkan ramalan seekor sotong yang tidak tahu apa-apa itu...hahahaha........Poor Jerman !!!

Tidak ketinggalan... ada yang menggunakan burung kakatua atau nuri unuk menilik nasib pasukan mereka agar menang dalam perjudian.  Sesungguhnya..... arak, judi dan bertenung nasib itu adalah pekerjaan syaitan.  Dalam Usrah bab Tafsir Al-Quran di B.B Bangi ada sentuh bab ini dulu.

Bagi orang non muslim.....itu adalah kegemaran mereka..tetapi bagi umat Islam.......perbuatan ini adalah terlarang dan ditegah dari mengikutinya.  Tetapi Pemimpin UMNO & BN merestuinya...malah suka dan sampai sanggup bagi lesen penajaan judi.    Dah bepuluh-puluh kali demonstrasi dibuat oleh rakyat  (Kasihan Rakyat) dan bila sukan bolasepak dunia dah sampai ke penghujungnya.... baru Najib nak cakap.....Kerajaan UMNO & BN tidak memberi lesen judi kepada perlawanan sukan. 

Sukan apa ni yang UMNO tak nak bagi lesen judi ??? Spesifik laa sikit bila cakap.  Jadi selama ini...UMNO & BN nak beri lesen perjudian bukan hanya kepada sukan Bolasepak tetapi juga kepada semua acara sukan ke?????   Macam tak ada agama Parti UMNO nie.... 

Apa pun ako malas nak citer.....lagi.  Malam ni...Holland akan menang dan Spanyol akan Kalah, InsyaAllah.  Jangan Marah...!!!   Sebabnya....??

Spanyol dah terlalu konfiden mereka akan menang dan menjuarai Piala Dunia....lebih-lebih lagi bila ramai peminat dari seluruh dunia menyokong mereka kerana Spanyol mempunyai ramai bintang ditambah lagi dengan ramalan sotong.  Hehehe   Lagi pun permainan terhebat Spanyol adalah ketika mereka menentang Jerman tempohari.....  Itulah permainan terhebat dan klimaks permainan Spanyol sebelum ini. 

Apabila seseorang individu / pasukan/ kumpulan/ organisasi itu telah mencapai titik kemuncak atau terhebat dalam arena atau bidang atau permainan mereka......maka selepas itu adalah masa kejatuhan.  Dan Final ini adalah saat kejatuhan permainan Spanyol.  Spanyol tidak akan dapat menentang Holland sehabis baik sebagaimana mereka menentang Jerman.  Peminat Spanyol tidak akan dapat menyaksikan dan mengidamkan perlawanan akhir ini sepertimana mereka menyaksikan Spanyol menentang Jerman.  Permainan Spanyol telah mencapai kemuncak ketika menentang Jerman...kini tibalah saat kejatuhan.  Begitu juga dengan Jerman....Permainan Jerman sampai di kemuncaknya ketika mereka menewaskan Argentina 4-0

Ini adalah analisis ako.    Itulah sebabnya ako memilih Holland.  Holland belum lagi sampai kepada kemuncak permainan mereka.  Final inilah..... kemuncak permainan mereka.

Kalau anda memilih Spanyol.....Selamat berjaya.

Written by Panglima7.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara