Salam,
Kenaikan harga minyak, gas dan gula baru-baru ini mengejutkan ramai pihak. Dalam kesusahan rakyat menghadapi hidup dan krisis kewangan, kenaikan ini bukannya membantu hidup rakyat malah membawa malapetaka kepada rakyat pertengahan dan juga bawahan yang sangat terasa akan kenaikan ini.
Ekonomi dunia yang masih belum pulih dan kenaikan gaji rakyat yang ciput ditambah pula dengan barangan yang mahal dan di top up lagi dengan kenaikan harga minyak, gas dan gula menambahkan lagi parahnya hidup Rakyat di negara ini. Inilah yang UMNO & BN "DAHULUKAN untuk Rakyat, dan MENGUTAMAKAN pencapaian poket-poket mereka melalui slogan. :"Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakaau."
Jikalau kita ingin melihat susah atau senangnya hidup rakyat di sesebuah negara...lihatlah akan institusi kewangannya. Jika pertumbuhan institusi kewangan yang berlesen atau haram tumbuh bagaikan cendawan...ini memberi Isyarat bahawa rakyat di negara itu memang hidupnya susah. Itu sebablah along tumbuh bagaikan cendawan dan mendominisasi iklan-iklan 3-4 helai di dada-dada akhbar negara ini. Tak nampak lagi..???? Tertubuhnya AKPK.(Agensi Kewangan & Pengurusan Kredit) mengesahkan lagi dakwaan bahawa rakyat hidup susah di negara ini. Berapa kenaikan gaji mereka sekarang selepas 10 tahun bekerja.... adakah boleh cecah RM2000 ????
Kajilah sikit.....hidup rakyat. Rata-rata Gaji rakyat kecil, dan begitu liat nak naik-naik....tambahan pula gaji yang sangaaaaattttt rendah bagi mereka yang baru memulakan pekerjaan. Tiada adjustment yang dibuat dan kerajaan pula TIDAK BERUSAHA menaikkan tangga gaji rakyat bagi kerja Kerajaan mahupun Swasta. Dah lah tuu....harga barang keperluan pula melambung.
Rakyat seperti mendukung biawak hidup....bila mana kenaikan ini disebabkan oleh kegagalan kerajaan dalam berbelanja sehingga belanjawan negara menjadi defisit. Rakyat yang hidup susah pula menanggung beban ini. Ako nak bagi WARNING !!! Jangan ceritalah kenaikan sikit ajer atau.....kenaikan 50sen ker 20sen atau 5sen sekalipun. Ako tak heran!!
Kenaikan 1 liter minyak hanya 5 sen. Ya memang nampak kecik. Tapi kalau didarabkan dengan pembelian hanya 15juta penduduk negara ini ......dah berapa juta pertambahan keuntungan yang kerajaan dapat dalam sehari, seminggu atau sebulan atau setahun...?? Tolong cakap ??? Takkan isi tangki minyak kereta cukup hanya dengan 1 liter ????
Sibuk nak banding negara orang dengan negara sendiri. Kenapa tak banding gaji mereka dengan gaji rakyat di negara ini??? Bandingkan laa.... Rakyat mereka tidak heran harga barang di negara mereka naik PASAL....Gaji mereka BESAUUUU. Tahu tak.?
Kalau Kerajaan UMNO & BN benar-benar ikhlas nak buang subsidi untuk rakyat......Mereka yakni menteri-menteri UMNO & BN perlu buang DAHULU subsidi pada diri mereka sendiri. Kuman seberang laut nampak ...gajah depan mata buat-buat tak nampak. Subsidi laaa Elaun tu bukan subsidi !! ......Elaun keraian, Elaun Hari Raya, Elaun Kereta, Elaun Rumah, Elaun Perjalanan, Elaun keluarnegeri....dan berpuluh-puluh elaun khas yang lain. Ehhh....gaji sebulan tak usik laaa.....makan elaun (subsidi) ajer.
Ada pulak yang sibuk mengampu dan membodek kerajaan kononnya kenaikan harga gula boleh didik rakyat. Didiklah diri sendiri dulu (menteri2 yg kuat makan elaun tuu).....baru nak didik rakyat. Kalau nak didik rakyat...kenapa harga minyak dinaikkan sekali.....tidakkah secara tidak langsung harga barang akan naik....yang ahkirnya Kerajaan UMNO & BN akan gagal mengawalnya.
Panglima7
Di saat-saat Kerajaan UMNo & BN Gagal mengawal perbelanjaan negara dan bagi menampungnya mereka menaikkan harga minyak, gas dan barangan...Tetapi Kerajaan PR masih mampu memberi AIR PERCUMA KEPADA RAKYAT TANPA MEMBEBEL DAN MENGUNGKIT PUN PEMBERIAN TERSEBUT.
Undilah Kerajaan PR dan Buanglah Kerajaan UMNO & BN. Rakyat akan Sejahtera. InsyaAllah.
"Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah". Surah Al-Qasas ayat 17. Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu. Surah An-Nisa Ayat 61
Pengikut-Pengikut Panglima7
Kalendar Islam
Jul 18, 2010
Kekerapan Kenaikan Harga Minyak & Barang... BUKTI UMNO & BN GAGAL Memerintah Negara
Labels:
Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Cawangan-Cawangan Pas
Blog-Blog Sahabat 4
Label
- Agama (118)
- Aku (19)
- Article (10)
- Berita (34)
- Hadis (1)
- Hebahan (4)
- Hiburan (13)
- Himpunan Kisah dan Teladan (12)
- Iklan (3)
- Isu Semasa Negara (5)
- Ke Arah Hidup Yang Kekal Abadi Lagi Abada (2)
- Khurafat Mistik Dan Batin..Bersiri (3)
- Kiriman (4)
- Luar Negara (12)
- Mari Belajar Tajwid. (2)
- Mari Mengenal Islam (2)
- Outstation (1)
- Politik (346)
- Politik. (115)
- Puisi (1)
- Sejarah (3)
- Sejarah Kepahlawan Bangsa Melayu (2)
- Semasa (4)
- Seram (3)
- Story (3)
- Sukan (6)
- Tolong Kami Bantu Kami (3)
- Ucapan (7)
No comments:
Post a Comment