Salam,
Tindakan pemain Pasukan Uruguay menahan dan menampan bola dengan menggunakan tangan hasil tandukkan pemain Ghana betul-betul ke gawang Gol ketika masa tambahan setelah terikat 1-1 menyebabkan KONTROVERSI yang cukup besar dan hebat di seluruh dunia.
Yang akhirnya mengheret kedua-dua pasukan ke sepakan penalti yang memunculkan kemenangan kepada pasukan Uruguay.
Pemain Uruguay yang menahan bola dari masuk ke gawang gol telah diberikan kad merah dan dibuang padang.
Tetapi saya melihat, tindakan memberikan kad merah dan dibuang padang oleh pengadil FIFA tidak mencukupi dan memadai. Sepatutnya pasukan Ghana harus diberikan kemenangan pada masa incident itu juga dengan mengisytiharkan kemenangan dan seterusnya layak ke Separuh Akhir menentang Pasukan Belanda. Itulah yang sebaik-baiknya daripada mengheret pasukan ke sepakkan penalti.
Tindakan pengadil memberikan sepakan penalti kepada pasukan Ghana adalh tidak wajar. Kerana tandukkan bola yang ditahan dengan tangan oleh pemain Uruguay -benar-benar tidak dapat diselamatkan lagi dari memasuki gawang Gol. Mana mungkin sepakan penalti harus diganti dengan tindakan tidak beretika pemain Uruguay.
Mana mungkin sebuah pasukan seperti Uruguay boleh melayakkan diri ke Separuh Akhir jika pemain pasukkan ini bermain kotor dengan penipuan yang terang lagi nyata di hadapan ratusan juta penonton seluruh dunia yang menyaksikannya. " Damn u."
Kemenangan Pasukan Uruguay menentang Ghana 4-2 hasil sepakakan penalti setelah Seri 1-1 adalah kemenangan yang sungguh tidak bermaruah, penuh penipuan, mencalarkan imej pasukan Uruguay dan negaranya, merosakkan mutu bolasepak seluruh dunia dan pengadilan dan menunjukkan kelemahan FIFA.
Apa gunanya kemenangan jika maruah dan integriti pasukan Uruguay dipersoalkan. Sungguh memalukan !!!
Written by Panglima 7.
UMNO dan BN pun sama.... perosak Sistem Demokrasi di negara Malaysia.
"Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah". Surah Al-Qasas ayat 17. Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu. Surah An-Nisa Ayat 61
Pengikut-Pengikut Panglima7
Kalendar Islam
Jul 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Cawangan-Cawangan Pas
Blog-Blog Sahabat 4
Label
- Agama (118)
- Aku (19)
- Article (10)
- Berita (34)
- Hadis (1)
- Hebahan (4)
- Hiburan (13)
- Himpunan Kisah dan Teladan (12)
- Iklan (3)
- Isu Semasa Negara (5)
- Ke Arah Hidup Yang Kekal Abadi Lagi Abada (2)
- Khurafat Mistik Dan Batin..Bersiri (3)
- Kiriman (4)
- Luar Negara (12)
- Mari Belajar Tajwid. (2)
- Mari Mengenal Islam (2)
- Outstation (1)
- Politik (346)
- Politik. (115)
- Puisi (1)
- Sejarah (3)
- Sejarah Kepahlawan Bangsa Melayu (2)
- Semasa (4)
- Seram (3)
- Story (3)
- Sukan (6)
- Tolong Kami Bantu Kami (3)
- Ucapan (7)
2 comments:
SAYE AMAT SETUJU DENGAN ANDA; SEPATUTNYA URUGUAY DIHANTAR PULANG KARENA MEMALUKAN SUKAN BOLA SEPAK
Salam MP Segambut.
Benar kata-katea tuanhamba. Sepatutnya FIFA perlu menggubal undang-undang baru. Mana-mana pemain yang cuba menahan bola dari memasuki gawang gol dengan tangan mereka, maka wajib dikira GOL. Tiada Kompromi untuk itu. Bukannya menghadiahkan sepakan penalti. Kerana sepakan penalti belum tentu gol boleh masuk.
Panglima7
Post a Comment