Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Jul 24, 2010

AWAS PR...Berhati-Hati Dengan Blog Penyamar, Musang Rupanya Yg Berbulu Ayam. Agen UMNO Rupanya.

Berhati-hati dengan Blog yang kelihatan seperti menyokong Pakatan Rakyat tetapi dalam diam merupakan agen UMNO........Sila Klik Di SINI

Kalau anda ada membuat link dengan blog itu.....kuarkan ia dalam link blog anda.  Merosakkan Pakatan Rakyat.

Ulasan hamba terhadap blog ini....
Panglima7 berkata...


Salam...

Sejak akhir-akhir ini...banyak kedengaran anti PKR dari tuanhamba, Komen-komen pedas yang lebih sudu dari kuah membuatkan hamba merasa cuak....kalau-kalau tuanhamba musang berbulu ayam. Menjadi orang suruhan UMNO. Kata-kata tuanhamba jauh menyimpang dari Pakatan Rakyat sendiri.

Kata-kata tuanhamba itu suatu tuduhan yang berat...yang boleh mempengaruhi orang lain. Lihatlah komen-komen dari org di atas. Saya tidak akan ambil tahu tuanhamba parti dari mana dalam Pakatan rakyat. Tetapi cakap tuanhamba mencerminkan tuanhamba bukan dari mana-mana Parti dari Pakatan Rakyat. Kalau berkecuali..I dont think so !! Kalau tuan seperti ADUN Manikasagam.....Itu ADUN bengong namanya.!!!

Walaupun hamba bukan dari Parti PKR....dan adakalanya tidak bersetuju dengan sesuatu perkara dari PKR....tetapi semangat perpaduan harus dikekalkan. bukannya menyemai bibit pepecahan seperti ini yang saudara laporkan.

Sah laa....tuanhamba agen UMNO dalam blog-blog rakyat Marhaen. Hamba tahu apa yang akan hamba lakukan nanti.

Panglima7

Sabtu, Julai 24, 2010 4:56:00 PM

4 comments:

ISA said...

Salam Panglima 7,

Nampaknya tuduhan saudara tidak berasas sama sekali.

1) Lihatlah link sumber darimana n3 tersebut di ambil, ianya dari blog kerajaan rakyat.

2) Blog Kerajaan Rakyat adalah blog tegar Pakatan Rakyat. Kepunyaan Saudara Sofi.

3) Saya dan saudara Sofi dan beberapa blogger ternama yang lain bersama2 menghadiri perjumpaan sulit dengan Saudara Anwar Ibrahim di Lake Club awal tahun ini.

4) Nampaknya saudara tidak mengenali blog saya dari awal lagi dan pendirian/sokongan saya terhadap Pakatan Rakyat.

Akhir sekali, peduli apa dengan tuduhan saudara terhadap saya. Lagipun saya bersuara melalui blog atas kepentingan rakyat dan bukannya kerana parti.

Melalui blog juga saya menghentam semua parti yang mana pemimpinnya terpesong dari amanah membela rakyat. Tidak kira samada ianya PAS, PKR mahupun DAP (PR).

Dan musuh utama sudah semestinya puak2 umno laknatullah, yang ingin benar saya melihatnya berkubur dalam PRU-13 nanti.

Dan blog saya adalah blog neutral. Mana pemimpin yang menyalahgunakan kuasa tetap kena maki dan di belasah.

Mengapa dengan membaca N3 tersebut, saudara telah membuat tuduhan melulu tanpa usul periksa, dan membuat N3 berunsur hasutan pula.

Inilah sikap melayu yang suka membuat tuduhan dan menimbulkan kekeliruan kepada rakyat. Dan saudara adalah contoh melayunya.

Buang saja nickname Panglima itu kerana ianya tidak ubah seperti kisah2 Panglima dalam hikayat melayu yang mudah terpengaruh dan termakan fitnah dan juga suka memfitnah, serta berakal senteng.

Dan mengapa saudara marah sangat dengan N3 tersebut..??? Adakah kerana saudara juga terlibat dalam reatreat tersebut... yang merupakan satu pembaziran.

Harap saudara dapat menarik balik N3 saudara yang berunsur fitnah itu.

Apa punya orang daaaa.... perghhh... Panglima konon... Panglima taik kucing daaaa.... sengal melantun-lantun... pi baca sampai habis.. baru main politik laaaa...

jebat_berani said...

salam kekandaku dato panglima 7...

membaca komen dari Isa membuatkan hamba tertanya-tanya apakah gerangan manusia akan beliau...nak dikatakan seorang dewasa tetapi fikiran tak jauh beza dengan anak2 PASTI...tapi nak dikatakan kanak2 rasanya dah tua pun...

Marah benar akan Isa kepada datuk panglima 7...biasalah....siapa makan cili maka dialah yang akan terasa pedasnya...Nampaknya apa yang dikatakan oleh datuk panglima 7 benar2 telah "menyentap" akan Isa...

kepada Isa ingin hamba tanyakan...jika be-end pun tidak pakatan rakyat pun tidak takkan saudara dari parti komunis kot??....manusia "neutral" seumpa Isa inilah yang sering merosakkan perjuangan yang telah dibina oleh Pakatan Rakyat..mengaku menyokong pakatan rakyat akan tetapi menghentam pkatan rakyat...

pada hamba manusia "neutral" seumpama ini adalah "musang berbulu ayam"....wujudnya sebagai ayam sekadar mencari kesempatan untuk memerangkap siayam...

saudara Isa...mungkin pada pandangan saudara kami tidak sebijak saudara dalam berpolitik...hamba akui kami memang tidak bijak berpolitik...kerana kami bukan "berpolitik" tetapi kami sedang memperjuangkan agama,bangsa dan negara...

Maka sememangnya kami tidak berminat dgn permainan politik..wujudnya kami diarena politik tanahair ini hanya kerana ini sahaja jalan yang ada untuk kami menghapuskan pimpinan zalim dan manusia talam dua muka seperti saudara...

Justeru itu pendapat manusia seperti saudara tidak akan mampu menpengaruhi kami...kepada kekandaku panglima 7....gelaran panglima memang tepat dengan saudara...panglima mengambarkan seorang manusia yg berprinsip dan berpendirian teguh..bukan seperti manusia neutral yang umpama kapal yang hanyut dilautan tanpa kemudi....

Panglima7 said...

Terimakasih dengan komen ISA dan Datuk Panglima Jebat.

Hamba setuju dengan Pangliam Jebat. Kita tak perlu jadi neutral. Nak jadi Neutral jadi bebas laa.....Macam Ibrahim Ali atau Zulkifli Nordin. Mereka mengisytiharkan diri mereka bebas atau neutral....PR pun dia kutuk dan UMNO pun dia hentam. Apa ke jadahnya macam tuu.

Kalaulah ISA berada dalam kategori dan kedudukan Zulkifli Nordin...Jangankan Anwar Ibrahim...Hamba pun akan pecat dia dari menjadi Ahli Parti Pakatan Rakyat. Merosakkan Parti PR ajer.

Panglima7.

Edyes said...

salam,

Terus terang cakap, korang tak kenal lagi brader ISA tu. Kalau korang kenal, korang akan respect dia.

brader ISA komen kat blog nie sebab nak buat penafian yg dia bukanlah seperti yg korang katakan - musang berbulu ayam... itu dah kira baik la dia luangkan masa layan korang.

dalam politik hari nie, kita blogger berjuang atas dasar rakyat, bukan atas pemimpin semata-mata, bukan atas parti semata-mata.

korang kena terapkan dalam pemikiran korang bahawa, pemimpin itu sebenarnya adalah dipilih oleh rakyat, dan harus bekerja untuk rakyat ! aku bukan nak kata jadi kuli rakyat, tapi sebenarnya lebih kurang mcm tu la.

Perbezaan pendapat dgn pemimpin adalah positif di dalam pakatan rakyat. Ia tidak berlaku dalam parti sehala seperti UMNO, yang mana lebih banyak pencacai dan pak turut daripada pejuang sebenar. adakah saudara berdua ini tergolong sebagai pencacai?

Jangan buat tuduhan melulu kepada mana-mana otai blogger tanpa bukti dan dalil yang kongkrit. Tuduhan yang bersandarkan kepada pendapat peribadi adalah sangat memalukan diri sendiri.

Apa nak diherankan penulisan saudara yang tuduh-menuduh seperti keanakkan, sekurang-kurangnya sahabat saya brader ISA punya ramai peminat diblognya, yang kebanyakkannya setuju dengan penulisan radikal beliau.

edyes

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara