Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Jul 24, 2010

Jawapan Saya Kepada Saudara ISA....

Salam ISA.

Ha ha ha.....Ikut Suka Aku (ISA).....mengaku nak melihat UMNO & BN tumbang Dalam Pilihanraya UMUM ke 13....Piiirahhhhh !!!.....Sape nak Tumbangkan UMNO & BN....dia nak tumbangkan??? kalau komen-komen bangang seperti ini.
Sila Klik Komen ISA di Sini

Saya terpaksa menulis di sini kerana di ruangan komen hanya terhad kepada 4000 patah perkataan sahaja.  Komen saya sudah melebihi had di atas.
_________
hahaha....!!!Hamba ingat tuanhamba ini hebat...rupanya tidak.

Kenapa pula tuduhan saya tidak berasas??? Sekiranya tuanhamba sudi mengambil blog lain untuk pengisian blog saudara..ini menunjukkan saudara setuju atau menyokong blog tersebut. Ini dibuktikan dengan komen kaki saudara. Tidak semestinya blog yang menggunapakai nama "Kerajaan Rakyat" atau apa sahaja yg mirip Rakyat...maka ianya menyokong perjuangan Pakatan Rakyat itu sendiri.

Sejauh mana benarnya perjumpaan saudara dengan Saudara Anwar Ibrahim...tidaklah saya dan yang lain-lain ketahui.

Tetapi dari kenyataan saudara...saudara lebih TOTOK dari UMNO Totok itu sendiri... :))) Relak saudara.

Kalau saudara mengelar UMNO sebagai Parti Laknatullah...dan ingin melihat UMNO tumbang dalam PRU ke 13 nanti....sedangkan cakap-cakap dan komen saudara terhadap Pakatan Rakyat sungguh jauh menyimpang dan tersasar dari matlamat saudara......bagaimana mungkin saudara ingin melihat UMNO Tumbang dalam Pilihanraya Umum nanti???

Cuba terangkan pada hamba dan semua....bagaimana boleh saudara tumbangkan UMNO & BN nanti ???

Komen saudara dalam topik itu sahaja...sudah menambah dan memberanak pinakkan lagi penyokong2 kepada UMNO & BN. Lihatlah komen pembaca di situ...itu buktinya. (mereka tidak akan menderma walau satu sen kepada Pakatan Rakyat dalam Piliharaya nanti...atas topik saudara itu )

Kita kena cerdik saudara....kalau setakat perjumpaan dgn Anwar Ibrahim belum tentu menunjukkan saudara sudah cerdik dan hebat dalam sepak terajang politik.

Kalau hendak tumbangkan UMNO & BN....tuanhamba tidak perlu jadi NEUTRAL atau orang atas pagar (pengundi atas pagar) atau dalam bahasa lain....JADI LALANG. Tidak tetap pendirian atau tidak menyokong mana-mana parti. Kalau dah tak sokong mana-mana parti Macammaner nak tumbangkan UMNO & BN. Tuanhamba nak buat gerakkerja macammana....nak melihat dan nak tumbangkan UMNO....dengan mengutuk dan menfitnah Pakatan Rakyat...UMNO BN boleh Tumbang??? Pandir sungguh politik saudara ni.!!! Belajar dengan Saudara Anwar Ibrahim kaa..???

Menghentam semua parti termasuk Pas, PKR dan DAP bukan satu tindakan yang bijak...tetapi Tolol.!!

Ako marah sangat pasal hang tolol sangat sama macam ADUN Manikavasagam. Kalau orang lain baca blog saudara...dah tentu persepsinya... saudara adalah penyokong totok atau tegar UMNO & BN. Dalam politik...Takde pun perkataan NEUTRAL. Neutral ini cakap orang yang penakut yakni tak sokong mana-mana pihak. Takde apa faedahnya jadi Neutral....macam anjing menyalak bukit. Sana salak...sini salak...bukit tak runtuh pun. UMNO & BN tak tumbang pun kalau Neutral.

Kalau nak kutuk atau lawan komen saya pun....kutuklah dan komenlah dengan cara yang berhemah. Biarlah dakwaan saya itu dijawab dengan alasan yang konkrit dengan data...yang kerajaan PR ini membazir...bukan disokong dengan cakap kononya pernah buat perjumpaan dgn Anwar Ibrahim. Buatlah calculation nyer...Nyatakan tempat mesyuarat alternatif yang lebih murah dan kenapa mesti nak mesyuarat di Port Dickson hotel." Saudara dah siasat ker...ada kemungkinan tuanpunya hotel tersebut kawan rapat pada Saudara Anwar Ibrahim dan bagi potongan dan diskaun hebat kepada PR bahkan merupakan penyokong Saudara Anwar Ibrahim dalam diam!!!

Bukannya dengan menjawab tuduhan saya dengan mengutuk peribadi nama timangan saya. Nama saya itu tiada kena mengena dengan tuduhan saya terhadap saudara. Jawablah dengan data dan juga fakta bagi mempertahankan diri atas tuduhan saudara itu terhadap Pakatan Rakyat yang saudara gunapakai melalui sumber blog Kerajaan Rakyat.

Kalau saudara mengamalkan sikap mengutuk peribadi saya dan nama saya....nyata tindakan saudara seperti kebudak-budakan lagi hingusan.

kenapa saudara nak salahkan bangsa Melayu atas tuduhan saya? Saudarakan Melayu juga. hanya orang UMNO yang selalu menggunakan Melayu dan mengaitkan melayu dalam siri-siri ucapan mereka.

Saya akan menarik balik entry saya itu jika saudara ISA dapat membuktikan kepada semua dengan data dan fakta yang Kerajaan PR itu benar-benar membazir (lebih teruk dari UMNO) jika sekiranya PR memerintah negara. Itu baru adil jika hendak membuat tuduhan. Jikalau tidak dibuat begitu ianya jadi fitnah la saudara. Tiada bezanya saudara dengan UTUSAN MELOYA dan akhirnya menyebabkan UMNO & BN tersenyum sokmo dengan blog saudara yang secara tidak langsung membantu dan meramaikan lagi penyokong-penyokong UMNO & BN di persada Politik negara.

Panglima 7

11 comments:

ISA said...

Lu hentak gua tanpa usul periksa, lepas lu nak tegakkan **** yang tak tegak.

Apa2.. komen macam budak2, suka hati lu la... nak cakap apa pun.

Lain kali periksa dan siasat dulu sebelum buat tuduhan sembrono... macam ni punya sikap pun ada ka...

Bolayan laaaa....

jebat_berani said...

salam kekandaku dato panglima 7...

membaca komen dari Isa membuatkan hamba tertanya-tanya apakah gerangan manusia akan beliau...nak dikatakan seorang dewasa tetapi fikiran tak jauh beza dengan anak2 PASTI...tapi nak dikatakan kanak2 rasanya dah tua pun...

Marah benar akan Isa kepada datuk panglima 7...biasalah....siapa makan cili maka dialah yang akan terasa pedasnya...Nampaknya apa yang dikatakan oleh datuk panglima 7 benar2 telah "menyentap" akan Isa...

kepada Isa ingin hamba tanyakan...jika be-end pun tidak pakatan rakyat pun tidak takkan saudara dari parti komunis kot??....manusia "neutral" seumpa Isa inilah yang sering merosakkan perjuangan yang telah dibina oleh Pakatan Rakyat..mengaku menyokong pakatan rakyat akan tetapi menghentam pkatan rakyat...

pada hamba manusia "neutral" seumpama ini adalah "musang berbulu ayam"....wujudnya sebagai ayam sekadar mencari kesempatan untuk memerangkap siayam...

saudara Isa...mungkin pada pandangan saudara kami tidak sebijak saudara dalam berpolitik...hamba akui kami memang tidak bijak berpolitik...kerana kami bukan "berpolitik" tetapi kami sedang memperjuangkan agama,bangsa dan negara...

Maka sememangnya kami tidak berminat dgn permainan politik..wujudnya kami diarena politik tanahair ini hanya kerana ini sahaja jalan yang ada untuk kami menghapuskan pimpinan zalim dan manusia talam dua muka seperti saudara...

Justeru itu pendapat manusia seperti saudara tidak akan mampu menpengaruhi kami...kepada kekandaku panglima 7....gelaran panglima memang tepat dengan saudara...panglima mengambarkan seorang manusia yg berprinsip dan berpendirian teguh..bukan seperti manusia neutral yang umpama kapal yang hanyut dilautan tanpa kemudi....

ISA said...

Terlupa pulak nak bagitau, sepatutnya sebelum saudara menyiarkan entry berbaur fitnah dan hasutan memburukkan saya. Saudara seharusnya menyiasat terlebih dahulu, atau boleh email kepada saya.

(email ada di ruangan ulasan komen)

Bukankah saudara yang memulakan dahulu peperangan ini. Rasionalkah tindakan saudara itu.

Saudara beranggapan komen saya kebudakan, saya boleh terima, tetapi perlukah saya menjawap secara adap dan berhemah jika membaca tajuk entry dan isinya serta yang di letakkan di shoutmix saya oleh saudara itu langsung tidak beradap.

Saudara menyerang saya tanpa usul periksa dan kurang ajar, kini saudara hendak mengajar saya supaya berhemah dan beradap. Itu sudah seperti ketam mengajar anak berjalan bro...

Ok...lah bro..., saya pun malas nak layan perkara remeh temeh sebegini. Saya cuma nak berpesan...

Sebelum tu saudara tarik nafas dalam2 dan tenangkan fikiran..

1) Apa yang saudara nampak jika wang parti yang diperolehi dari hasil sumbangan penyokong di pergunakan secara bermewahan oleh para pemimpin.

2) Saudara pergi tanya/selidik dengan ahli PAS (ini contoh saja) apa nombor Plate kereta Haji Hadi.

3) Sewaktu PRK Bagan Pinang, berapa ramai pemimpin2 PAS/PKR yang menginap di hotel mewah. dan atas biaya siapa.

Dari n3 tersebut, adalah satu pendedahan sikap bermewah oleh pemimpin PKR dan Manikavasagam tidak bersetuju dengan perancangan itu.

Saya tidak mengatakan saya menyokong Manikavasagam. Saya pun tau dia india jenis apa dalam PKR.

Blog neutral: Saya mengatakan blog saya adalah neutral kerana menyuarakan suara rakyat. Bagi diri saya sendiri masih berparti dan parti itu adalah wadah perjuangan saya sebagai rakyat. Perlukah saya ishtiharkan saya dari parti mana...???

Tetapi jika saudara, baca dari awal blog saya itu, pasti saudara dapat mengandaikan saya ahli parti apa.

Ahhh.. sudahlah malas saya melayan tuduhan dan provokasi saudara itu, lagi di layan lagi bertambah buruk dan tidak mendatangkan faedah kepada sesiapa pun.

p/s: Tahu pula saudara melenting apabila membaca komen budak hingusan ini. Tetapi saudara harus kaji dulu ayat dan perkataan (Tajuk dan kandungan n3) yang saudara hamburkan kepada saya.

Mohon maaf jika terkasar bahasa dan kata. Kerana saya yakin saudara lebih berumur dari saya. Tolong abaikan komen saya yang sebelum ini, kerana ianya terhasil dari emosi.

Assalamualaikum....

Panglima7 said...

Terimakasih dengan komen dari saudara ISA.

Hamba tidak bermaksud menghentak saudara. Tetapi saudara sendiri telah menghentak Pakatan Rakyat dan secara tidak langsung...hamba terpaksa menghentak saudara.

Saudara tak perlu jadi neutral. Neutral tuu,,,macam bebas laa Mana yang tak setuju....hang hentak. Pakatan Rakyat tak setuju hang tarok, UMNO tak setuju hang F**K dia. Hang ni macam ....Macam Ibrahim Ali atau Zulkifli Nordin laa. Mereka mengisytiharkan diri mereka bebas atau neutral....PR pun dia kutuk dan UMNO pun dia hentam. Apa ke jadahnya macam tuu.
Takde Prinsip. Tak bermaruah.

Kalaulah saudara ISA berada dalam kategori dan kedudukan Zulkifli Nordin yang berada dalam Parti PKR laa...Jangankan Anwar Ibrahim...Hamba pun akan pecat saudara dari menjadi Ahli Parti Pakatan Rakyat. Merosakkan Parti PR ajer.

Kalau sekiranya saudara bukan seperti yang hamba maksudkan....buktikanlah dengan tulisan saudara yang saudara ingin melihat UMNO & BN Tumbang dalam pilihanraya Umum yang akan datang. Jangan cakap tak serupa bikin saudara !!!

Tulisan saudara itu...bukan UMNO dan BN yang Tumbang tapi Pakatan Rakyat yang tumbang. Sebelum Pakatan Rakyat Tumbang... Baik hamba hentak saudara supaya saudara Tumbang.

Panglima7.

ISA said...

Salam,

Nampaknya komen saya yang kedua tidak masuk agaknya sebab terlalu panjang. Saya ringkaskan di sini.

Dari petikan n3 tersebut, melalui persepsi saya ialah teguran kepada pemimpin PKR supaya berjimat cermat seperti yang di laungkan.

Samalah juga dengan hentakan saya pada khalid ibrahim dalam pentadbirannya sebelum ini. Adakah dengan mengkritik mereka2 ini menjadi satu kesalahan...?

Samalah juga hentakan kepada Hj. Hadi dan Nizar sebelum ini (selusuri arkib blog saya, baru saudara boleh faham)

"Neutral" - Yang neutral Adalah blog saya, dan tidak mewakili diri saya. Saya masih berparti dan parti itu adalah wadah perjuangan saya, tetapi saya bukan jenis pak angguk yang tertelan pil wala.

Bagi saya blogging adalah satu landasan/ruang untuk membuka minda rakyat dan serlahkan salah laku atau kebaikkan pemimpin yang sedia ada. Yang baik saya sokong yang teruk saya balun.

sambungan (nanti tergantung lagi)

ISA said...

Sambungan;

Definasi saudara berkenaan "Neutral" yang di samakan dengan Zul dan ibrahim ali... amatlah cetek sekali.

Sama juga dengan cara saudara memperlekehkan cara saya untuk menumbangkan umno secara sendirian.

Apakah ada saya katakan saya hendak menumbangkan umno secara sendirian, nampaknya saudara terlalu tebal dengan sikap buruk sangka.

Cara saya amat mudah, identiti blog saya yang bersifat kurang ajar itulah caranya untuk menumbangkan umno. Maki hamun adalah interpretasi jiwa kebencian kepada umno dan juga kepada para pemimpin yang korup. Simbolik kepada betapa jijiknya perangai mereka, mementingkan diri dan mengabaikan amanah yang di berikan oleh rakyat.

Cukuplah setakat itu buat saudara mengenali blog IkutSukaAku-ISA. Tak perlu di panjang lebarkan persenketaan ini.

sambungan.

haisara said...

Salam

Ummm... Saya rasa adalah lebih elok kita tegur daripada kita biarkan pemimpin leka dan terbuai dengan tindakan yang dilihat tidak sesuai. Menegur bukan bererti tidak sokong matlamat, cuma tidak setuju dengan sesautu tindakan.
Kita betulkan dan kita tegur supaya ia menjadi sumber kekuatan yang sebenar.

Membiarkan tindakan yang tidak sesuai tanpa teguran yang berani akan hanya melemahkan PR.

Tuduhan anda pada ISA sebagai agen umno dan patut dikeluarkan dari link bloggers PR sesautu yang tidak bijak.

ISA said...

sambungan:

Saudara minta saya menjawap secara berhemah, tetapi adakah saudara terfikir perbuatan saudara itu berhemah atau tidak...? Jadi tidak perlulah jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan.

Dan segala pertuduhan saudara terhadap blog/saya, saya persetankan saja dan tidak perlu membalasnya. Kerana tidak memberi faedah lansung.

Sebelum saya mengakhiri komen balas ini, saya memohon maaf jika sekiranya ada terkasar bahasa dan kata, mungkin kerana emosi...

Dan saya yakin saudara lebih berumur dari saya, makanya lebih matang dan luas fikiran tidak seperti budak hingusan seperti saya ini.

"Politik itu adalah Persepsi"

Assalamualaikum....

p/s: saya telah buangkan gambar saudara dari n3 tersebut. Harap maaf dan maklum.

Unknown said...

Salam Panglima

Cool sikit Panglima. Kalau Sdr. Sofi, memang dari PKR tegar.

Prof. Era Pasca said...

cool... raya nanti mohon maap sesama... tak baik... bak kata Katak Beraheim Melayu kene bersatu... kahkahkah

jumpe lagik!

lalala said...

ehem..maaf mencelah...
saya ni sekadar penggemar blogger saudara-saudara semua..semua blogger yg mengutarakan isu isu yg tidak dapat saya baca atau lihat di suratkhabar berita hairan,utusan meloya mahupun di tv3suku..
pendapat 20sen saya ni kata...kedua-dua saudara panglima dan ISA adalah betul berdasarkan prinsip diri saudara masing2..
Saudara panglima memang ketegaq dgn peralihan politik dan PR..
Saudara ISA juga ketegaq dgn peralihan politik tetapi memilih utk berada ditengah kerana ingin melihat kebaikan yg bakal dipimpin oleh kerajaan baru kelak (kalau jadilah)
Dipendekkan cerita..jernihkan lah suasana ni..siapa pun saudara2,saya dan kita2 yg inginkan perubahan kuasa politik..matlamat kita tetap sama..
baik saudara berdua bincang dua hala dlm email dan tutup kes ni..banyak lagi yg saudara2 perlu bongkar dari kerajaan sedia ada..PR ni belum perintah lagi..ada masa untuk depa nnti..

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara