Salam,
Selepas saudara Isa memohon maaf dan saya pun memohon maaf atas ketelanjuran bahasa kami dalam blog masing-masing, hati saya mulai sejuk. Walaupun pertengkaran pendapat telah berakhir dan berhenti setakat itu sahaja...tetapi hentaman dan kecaman yang tidak professional (kecaman pribadi) masih berjalan di pihak beliau dan konco-konconya. Tak apa lah saya tak kisah pun, malah saya dapat saham dari situ.
Tetapi semalam saya terkejut besar.....apabila beliau menyamakan Dr. Hassan Ali seperti pelacur Maria Ozawa atas tuduhan kononnya Dr. Hassan membuat pertemuan dengan Mufti Harussani Zakaria. Menyamakan Dr. Hassan Ali (yang saya sendiri tidak sependapat dengan tokoh ini) oleh saudara ISA...sungguh tidak dapat kita terima sama sekali. Itu tuduhan busuk, tuduhan keji, tuduhan melampau, tuduhan menghina yang sangat tidak boleh diterima akal oleh orang yang mengaku dirinya Islam dan mengaku berjuang menegakkan kebenaran untuk rakyat.
Saya percaya ....mana-mana pendukung dan penyokong seperti pemimpin PAS, PKR dan DAP walaupun mungkin tidak sehaluan atau sependapat dengan Dr. Hassan Ali....mereka tidak tergamak atau sanggup mengeluarkan kenyataan yang keji lagi hina itu.
Saya pun tidak sependapat dengan cara Dr. Hassan Ali itu.....tetapi janganlah membuat tuduhan keji dan fitnah ke atas beliau sampai begitu sekali. Ini menjejaskan kredibiliti dan rasa hormat ramai blogger terhadap Saudara Blogger Isa.
Kalau lah blogger-blogger dan kuncu-kuncu saudara ISAyang lain masih ingin menjadi peminat radikal blogger Isa ini.....fikir-fikirkanlah dan banyakkanlah Istighfarrr... Allahu Akbar !!!
Inilah bahananya apabila mengaku menjadi blogger Neutral (lalang) hingga sanggup mengeluarkan ucapan seperti itu. Tak sokong Parti Pakatan Rakyat pun tak ape....kita tidak mahu orang seperti ini, jika beliau ada menjadi ahli dari mana-mana Parti Pakatan Rakyat. Tapi sekiranya beliau.. saudara ISA ini ada menjadi ahli dalam mana-mana parti di dalam Pakatan Rakyat......terpulanglah kepada pucuk Pimpinan untuk mengambil tindakan yang keras lagi wajar ke atas beliau samada ingin memecat atau apa sahaja yang difikirkan perlu.
Selepas saya melihat tulisan beliau yang menghina Dr. Hassan Ali.....saya lantas mengumpulkan dan mengklasifkasikan blog beliau serta konco-konconya....di dalam ruangan blog saya yang diberi nama "Konco-konco Blogger Lalang : Tiada Pendirian, Bermulut Busuk & Penghina Ulamak. Ini adalah kerana beliau pernah mengaku ketika komen balas terhadap hamba yang beliau pernah mengkondem TG Haji Hadi Awang.
Mungkin beliau terlihat saya sedang klasifikasi blog beliau dan konco-konconya sebagai blog lalang.....blog tuduhan beliau terhadap Dr. Hassan telah pun beliau padamkan semalam 25hb Julai 2010.
Kepada Penyokong dan pendukung PAS, PKR dan DAP dari Pakatan Rakyat yang masih bersama blogger ini..bukalah mata, ini bukan caranya kita menegur pemimpin. Jangan sekali-kali menghalalkan cara. Berhati-hati dengan blog Isa ini serta konco-konconya. Walaupun kelihatan menyokong PR dan kadang-kadang menghentam UMNO dan juga Pakatan Rakyat....tetapi teguran beliau yang beliau pertahankan kononnya perlu menegur pemimpin bagi membetulkan mereka.....saya lihat ianya dibuat penuh dengan emosi yang tidak terkawal, sungguh tidak Professional dan bersikap BIADAP. Teguran beliau lebih hina dari UMNO itu sendiri.
Sikap beliau ini sama seperti sikap Saudara atau ADUN Zulkifli Nordin yang tidak tahu membezakan kritikan yang baik dan membina dengan kritikan yang menjatuhkan martabat, maruah dan air muka pemimpin.
Tindakan beliau ini tiada dalam Sunnah Para Sahabat Nabi SAW yang sangat menghormati pemimpin dan jika para sahabat menegur pemimpin atau Khulafa Ar Rasyhidin....ada adab dan tatasusilanya. Dalam Al-Quran banyak disebut "Taatlah kamu kepada Pemimpin kamu selagi mana mereka taat (yakni tidak menyuruh kamu mengerjakan maksiat) kepada Allah dan Rasul"
Panglima7
Ya Allah, di malam Nisfu Syabaan ini yang mulia ini, Aku mohon keampunan mu dan aku berlepas diri dari mereka (blogger lalang).
"Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah". Surah Al-Qasas ayat 17
"Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah". Surah Al-Qasas ayat 17. Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu. Surah An-Nisa Ayat 61
Pengikut-Pengikut Panglima7
Kalendar Islam
Jul 26, 2010
Blogger ISA Sifatkan Dr Hassan Ali Sama Seperti Pelacur Maria Ozawa. Nauzubillah !!
Labels:
Politik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Cawangan-Cawangan Pas
Blog-Blog Sahabat 4
Label
- Agama (118)
- Aku (19)
- Article (10)
- Berita (34)
- Hadis (1)
- Hebahan (4)
- Hiburan (13)
- Himpunan Kisah dan Teladan (12)
- Iklan (3)
- Isu Semasa Negara (5)
- Ke Arah Hidup Yang Kekal Abadi Lagi Abada (2)
- Khurafat Mistik Dan Batin..Bersiri (3)
- Kiriman (4)
- Luar Negara (12)
- Mari Belajar Tajwid. (2)
- Mari Mengenal Islam (2)
- Outstation (1)
- Politik (346)
- Politik. (115)
- Puisi (1)
- Sejarah (3)
- Sejarah Kepahlawan Bangsa Melayu (2)
- Semasa (4)
- Seram (3)
- Story (3)
- Sukan (6)
- Tolong Kami Bantu Kami (3)
- Ucapan (7)
3 comments:
Salam Saudara,
Saya tak sangka saudara ini jenis manusia yang terlalu singkat fikiran dan membuat andaian melulu tanpa usul periksa. (Maaf jika ayat ini agak kasar sedikit, kerana saudara sememangnya layak menerimanya atas sifat busuk hati saudara itu)
Berkenaan n3 yang saudara maksudkan, biarlah saya jelaskan di sini.
N3 tersebut di buat berdasarkan pembacaan di blog Justice for All (maaf blog tersebut juga telah memadamkan n3-nya)
Di dalam blog tersebut menyatakan bahawa itu adalah kenyataan Hasan Ali, lalu saya memetiknya dan buat satu n3 berkaitan kenyataan tersebut, dengan meletakkan gambar hasan ali.
Di bawahnya pula, saya meletakkan gambar Maria Ozawa (simbolik kepada pelacur politik) tetapi linknya adalah berkaitan Ezam Mohd Nor.
Setelah ada komen dari blogger Edyes (http://edyesdotcom.blogspot.com/) bertanya dari mana saya mendapat sumber tersebut, jadi saya kembali ke blog Justice For All dan membuat bacaan berkali2, hasilnya saya dapati kenyataan tersebut daripada Harussani dan bukannya dari Hasan Ali.
Lantas saya menarik balik N3 tersebut dengan memadamnya. Dan di waktu yang sama saya menghantar email kepada blogger Justice For All (hisyamuddincheali@gmail.com) bagi memaklumkan kesilapan fakta beliau.
Saudara boleh merujuk kepada blogger Justice for All (email di sertakan) bagi pengesahan samada benar atau tidak perkara ini berlaku.
Saudara telah banyak membuat dosa dengan fitnah dan tuduhan tidak berasas, jadi eloklah jika saudara bermuhasabah diri di dalam bulan Syaaban ini sebelum menjelangnya Ramadhan.
p/s: Saya hanya ingin meminta saudara buangkan bloglist lalang itu, kerana ianya tidak melibatkan blogger2 yang lain, saudara boleh letakan blog saya sahaja di situ jika itu boleh memuaskan nafsu amarah dan benci saudara terhadap saya.
Assalamualaikum.
Lembutnya bahasa saudara ketika menulis di blog saya yer...ermm.
Saya tak nak komen apa-apa...kerana saya percaya tiada perkataan pelacur politik diletakkan di posting saudara itu sebelum ini.
Mengenai listing blogger lalang. Kenapa pula mereka tak terlibat. Merekalah yang mengutuk dan memaki hamun saya serta mencerca saya seperti org yang tak ada agama aje bagi membela dan memeriahkan blog saudara. saya tak kisah semua itu....pasal telinga saya dah tebal dengan setiap cercaan. Ini bukan 1st time saya berperang di dunia cyber dengan puak-puak UMNO. Cuma terkilan benar terpaksa berperang dengan saudara yang mati-mati mengaku berjuang atas dasar kebenaran rakyat tetapi dalam masa yang sama mengecam pemimpin pilihan rakyat ke tahap yang hina. Mungkin saudara dan konco2 suka mengutuk pasal nak glamer dan ramai pengunjung agaknya. Lantaklah...apa saya herannn!!!
Glamer dalam blog boleh dibawa ke kubur ke? Takde maknanya saya nak glamour...bukan dapek apa pun....dapat caci maki dari saudara dan konco-konco saudara adelaa..
Baca posting saya dah tahu saya bukan ahli UMNO. Saudara mandai-mandai ajer buat cerita. Nak tahu saya parti mana...semaklah dengan Pakatan Rakyat.
Kalau saudara mahu saya buang bloglist lalang tuu....bersama dgn blog konco-konco saudara tuu. Mohon maaf laa...dan berjanji tidak akan mencaci pemimpin PR sebegitu ruper....itu ajer yang saya minta, kerana saudara telah menambah ramaikan penyokong UMNO dan pembenci Pakatan Rakyat.
Kalau setuju....kita deal.
Kalau tak setuju...terpulanglah.
Tak perlu nak email saya....saya selesa dan ada di sini.
Panglima7.
Kepada semua Kawan2 perjuangan,
Gua ucapkan terima kasih kerana memahami kedudukan sebenar, gua hanya mempertahankan diri gua sahaja dan bukannya nak cari gaduh dengan sesiapa pun.
Kepada Panglima7,
Setelah membaca jawapan dalam blog lu, buat gua tergelak saja. Lu boleh buat fitnah lagi mengatakan gua tak letakkan perkataan "Pelacur politik" pada gambar Maria Ozawa.
Apa jenis manusia lah lu ini, memang tepatlah dengan gelaran Patih Karma Wijaya.
Lu buat fitnah terhadap gua, Lu suruh gua minta maaf dengan lu... kah..kah..kah... lu memang pelawak handalan...
Macam perangai PRDM jelah... orang yang buat laporan polis yang kena tangkap, sedangkan orang yang dilaporkan bebas... sebijik macam perangai umno.
Tolong buktikan berapa ramai penyokong PR yang benci dengan PR dan menyokong umno di sebabkan oleh teguran gua kepada pemimpin PR.
Nak glamour...??? kalau glamour ada masyukkk ok jugak... ini bil internet pun bayar sendiri... lagi mau kejar glamour ke... tak boleh bawa masuk kuburkan.. lu pun tau.. lagi mau membodohkan diri buat apa...???
Ohh.. lu tuduh gua mandai2 buat cerita kata lu ahli umno...??? Siapa dulu yang mandai2 buat cerita kata gua agen umno musang berbulu ayam dalam unsur hasutan..??? Lu atau gua...??? Sudah lupa ka...???
Bloglist lalang tu tak menjadi kudis pun buat gua, kalau lu berdegil tak nak buang, itu hak lu.. itu blog lu suka hati lu lah. Bagi gua takda hal... bagi blogger2 lain yang lu libatkan tu.. lu jawap la sendiri...
Gua sama sekali tak akan tunduk dengan permainan kotor lu.. Lain kali bebaskan minda... sebelum berbicara.
Post a Comment