"Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah". Surah Al-Qasas ayat 17. Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu. Surah An-Nisa Ayat 61
Pengikut-Pengikut Panglima7
Kalendar Islam
Jun 20, 2010
Wanita Solat Jumaat Memang Disokong
Assalamualaikum Wbr.
Kenyataan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz yang menggalakkan Wanita untuk turut solat Jumaat amatlah disokong. Memandangkan keadaan dan suasana yang berlaku sekarang amatlah wajar wanita turut bersolat Jumaat. Sebenarnya bukan solat Jumaat itu yang dibangkitkan tetapi informasi yang disampaikan semasa khutbah Jumaat itu yang penting.
Kehadiran wanita ke surau dan masjid amatlah terbatas dan berbeza dengan lelaki. Justeru itu banyak informasi agama tidak sampai kepada kaum wanita. Berapa ramai suami yang menyampaikan informasi dan intipati khutbah atau ceramah agama kepada isteri dan anak-anak juga kaum keluarga mereka. justeru itu terdapat perbezaan atau gap dalam bab perjuangan politik agama di Malaysia.
Kaum wanita hanya menunaikan solat di masjid ketika Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha sahaja. Adakah itu mencukupi dengan informasi dan ceramah/khutbah selama 2 kali setahun.
Agama dan politik tidak boleh dipisahkan....kerana kurangnya kefahaman agama yang berkait rapat dengan politik Islam, mereka (kaum wanita) mudah terpedaya apabila tiba kepada bab-bab yang menjadi perselisihan ulama dan masyarakat menyebabkan mereka ini yakni kaum wanita cenderung menyokong perjuangan UMNO yang bathil.
Masjid atau surau yang besar dan luas ....pergunakan ruang tersebut bagi memuatkan kaum wanita dalam solat Jumaat. Tetapi batas-batas yang ditetapkan oleh Nabi SAW hendaklah dijaga agar tidak mendatangkan fitnah. Laluan dan pintu masuk untuk wanita perlulah dibuat sebelum perlaksanaan ini dijalankan.
Kehadiran mereka hendaklah bersama muhrim dan bagi yang bujang mereka boleh ditemani oleh ibu bapa atau dengan kawan perempuan yang lain.
Apabila ini berlaku////kaum wanita akan lebih celik agama dan tidak termakan dakyah dan mainan yang dipergunakan oleh UMNO dalam menghalalkan cara seperti menghalalkan perjudian di negara ini.
Ini tidak bermaksud kita bercerita politik di masjid, tetapi apabila timbul bab-bab perjudian, hukum qazaf, aurat, taat kepada pemimpin yang tidak bermaksiat kepada Allah dan Rasul, perkara ini tidak boleh lari dari menyentuh bab-bab politik kehidupan beragama dan kepimpinan di masjid.
Hanya UMNO yang gentar survival politik mereka yang cuba mengelirukan rakyat dengan cuba memisahkan agama dan juga politik. Apakah larangan berjudi yang ada di dalam Al-Quran itu politik..???? Tidak kena mengena dengan agama dan juga UMNO dan mereka yang berjudi dan mengeluarkan lesen judi itu tidak berdosa.....kerana itu hanya Politik dan bukan agama.???
Semoga anda pembaca sekalian ....Faham.
Panglima7
Labels:
Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Cawangan-Cawangan Pas
Blog-Blog Sahabat 4
Label
- Agama (118)
- Aku (19)
- Article (10)
- Berita (34)
- Hadis (1)
- Hebahan (4)
- Hiburan (13)
- Himpunan Kisah dan Teladan (12)
- Iklan (3)
- Isu Semasa Negara (5)
- Ke Arah Hidup Yang Kekal Abadi Lagi Abada (2)
- Khurafat Mistik Dan Batin..Bersiri (3)
- Kiriman (4)
- Luar Negara (12)
- Mari Belajar Tajwid. (2)
- Mari Mengenal Islam (2)
- Outstation (1)
- Politik (346)
- Politik. (115)
- Puisi (1)
- Sejarah (3)
- Sejarah Kepahlawan Bangsa Melayu (2)
- Semasa (4)
- Seram (3)
- Story (3)
- Sukan (6)
- Tolong Kami Bantu Kami (3)
- Ucapan (7)
No comments:
Post a Comment