Assalamualaikum Wbr.....
Masih mengenai Waqaf...
1.6 Waqaf Muraqabah (Berhenti Pemerhatian) وقف المراقبة . Ia juga dinamakan Waqaf Ta'anuq (Berhenti Berikat) iaitu memberhentikan bacaan pada salah satu dari dua tempat Waqaf yang berdekatan tanpa Waqaf pada kedua-duanya.
1.7 Waqaf Mamnu' (Berhenti Tertegah) الوقف الممنوع . Menghentikan bacaan pada rangkai kata yang tidak sempurna maknanya kerana makna dan lafaznya masih tergantung dengan kata-kata yang berikutnya dan ia ditegah berhenti. Tanda Waqaf tersebut ialah:( لا ).
1.8 Saktah Latifah (Berhenti baik / Elok) السكتة اللطيفة . Menghentikan seketika bacaan tanpa bernafas sekadar dua harakat. Tandanya ialah:( س ).
Wassalam.
Bertemu lagi di siri Kedua
Panglima7