Pengikut-Pengikut Panglima7

Kalendar Islam

Feb 24, 2011

Lesbian Dan Gay...Dosanya Sama Dengan Zina

Assalamualaikum Wbr.


Lesbian dalam Islam disebut sebagai musahaqah, iaitu melakukan perbuatan seks antara perempuan dengan perempuan dengan menggeselkan kemaluan sehingga mendatangkan berahi.
Islam jelas mengharamkan musahaqah. 

Dari Abu Musa katanya, Rasulullah bersabda, “Bila lelaki menyetubuhi lelaki maka keduanya berzina, dan bila wanita menyetubuhi wanita maka kedua-duanya juga berzina.” (HR Al-Baihaqi dalam Syu’abil Iman) 

Ibnu Qudamah dalam kitab Al-Mughni berpendapat, jika bergesel dua wanita maka kedua-duanya melakukan zina berdasarkan apa diriwayatkan daripada Nabi yang bersabda bermaksud, “Apabila seorang wanita mendatangi (menyetubuhi) seorang wanita maka keduanya berzina.” 

Imam Al-Alusi dalam kitab Ruhul Ma’ani, berpendapat Sihaq (lesbian) termasuk dalam kategori liwat seperti yang terjadi pada kaum Luth, iaitu seorang wanita menyetubuhi wanita. Dalam hadith Hudzaifah r.a Nabi bersabda, “Sesungguhnya benarlah ucapan (Allah SWT) atas kaum Luth tatkala kaum wanita (daripada mereka) merasa cukup dengan wanita dan kaum lelaki merasa cukup dengan lelaki.”
 
 

Panglima7

9 comments:

Melur Jelita said...

Salam Tuan Panglima,
mana dapat gambar tu? Lakonan ka atau betul - betul punya>>>he he

Amy Syaquena said...

terima kasih di atas perkongsian ini..

Anonymous said...

Kesalahan gay / lesbian lebih besar dari zina!!!! Rasullah tak akan mengaku pelaku amalan ini sebagai umatnya. kalau dah tak jadi umat, amacam dengan amal dll. Tak kan nabi lagi akan terima sebagai umat mereka. Lagi pun hadas besar mereka ni tak akan terhapus walau guna air apa pun kat dunia ni. jadi mereka ni sentiasa dalam hadas besar. Tu pun kalau pemahaman aku betul

Panglima7 said...

Waalaikumsalam Melur, wallahualam..tak tahula betul atau lakonan...tetapi gambar tak pernah menipu.

Panglima7 said...

Assalam Amy, sama-sama dan semoga memberi manfaat dan ilmu kepada semua.

Panglima7 said...

Assalam Anonymous...Wallahualam.

Anikimaro said...

nauzubillahiminzalik....

sape nak tau info menarik berkenaan Tentera Darat Malaysia

d_tieah said...

Huhhh..
Isu ni tak pernah nak habis kan?
Tak tahu nak cakaplah manusia sekarang seolah2 takde agama..

Entry Terbaru: Tuan Direktor! Pilih Kasih Eh!!

MOH KEMBARA said...

Assalamualaikum Yong Panglima7, harap2 gejala ni tak bawah musibah pada kita... nauzubbillah!

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara