Pengikut-Pengikut Panglima7

Kalendar Islam

Feb 12, 2011

Membawa Pulang Pelajar Kita Dari Mesir Memberi Profit Kepada MAS

Assalamualaikum Wbr.

Gambar Hiasan

Kerajaan UMNO BN menjalankan serampang dua mata dengan membawa pulang pelajar Malaysia bukan sahaja bagi menyelamatkan mereka dari konflik di Mesir tetapi secara tidak langsung memberi pulangan berganda kepada Syarikat Penerbangan MAS.  Syarikat penerbangan Malaysia ini akan mengaut keuntungan bilamana 11,000 pelajar kita terpaksa menggunakan perkhidmatan tersebut bagi menyambung pelajaran mereka.  Ibu dan bapa terpaksa bergolok bergadai dan berhutang untuk menampung kos menghantar anak mereka pulang belajar di Mesir.

Ini adalah kerana kepulangan semula Pelajar Malaysia ke Mesir nanti adalah tanpa pembiayaan Kerajaan dan di atas tanggungan pelajar itu sendiri.  Sebab itulah ada di antara Pelajar kita di Mesir tidak mahu pulang ke negara ini kerana mereka tahu status keluarga mereka yang tidak mampu membiayai kos penerbangan mereka ke Mesir setelah selesai konflik ini nanti.

Ada pelajar kita yang melanjutkan pelajaran mereka di sana atas tajaan dan biayaan orang ramai.

Panglima7
Kalau Kerajaan UMNO BN boleh menghantar Pendatang Tanpa Izin ke negara mereka melalui Misi Pemgampunan beramai ramai secara percuma...mengapa untuk rakyat sendiri Kerajaan tidak boleh menghantar mereka ke Mesir semula setelah negara itu aman.

Kalau kerajaan boleh beri insentif kepada Guru Besar di seluruh negara kerana menaikkan kecermelangan dan Prestasi sekolah...sehingga menjangkau ribuan ringgit....mengapa tidak kali ini menyalurkan bantuan kepada pelajar sendiri.

Kalau kerajaan boleh menghabiskan jutaan ringgit hanya untuk membakar bunga api menjelang malam sambutan Hari Kemerdekaan kenapa Kerajaan UMNO BN tidak boleh berbuat demikian untuk rakyat.

Kalau Kerajaan UMNO dan BN boleh menghabiskan duit rakyat minimum sebanyak 6 juta hanya untuk menghadapi setiap pilihanraya kecil.....mengapa tidak mempergunakan untuk menghantar pulang pelajar kita di Mesir.

Kalau Kerajaan UMNO BN boleh menghantar kononnya First Lady dan semua isteri menteri2 bercuti sakan melawat negara-negara di Timur tengah dan menghabiskan puluhan ribuan ringgit mengapa untuk kemashlatan rakyat...UMNO BN abaikan.

Kalau Kerajaan UMNO BN boleh menghulurkan bantuan kepada mangsa Tsunami di Acheh dengan sumbangan Puluhan Juta...mengapa tidak kepada pelajar kita.

Panglima7
Eh......banyak sebab la ako boleh letak kat sini.....!!!!  Apakah nawaitu Kerajaan UMNO BN dalam menyelamatkan Pelajar kita di sana....adakah benar2 ikhlas atau untuk memberi keuntungan kepada syarikat penerbangan negara......yang mungkin ada diceritakan dalam kisah Abdul Wahab, Abdul Wahid dan Abd Wahub....5% hahahaha.

5 comments:

Tuan Farhan said...

Salam bro! Get your facts right. MAS mana ada penerbangan ke CAIRO. MAS cuma terbang ke Jeddah, Dammam, Dubai dan Beirut.

Hanya Egypt Air yang ada direct flight Cairo- KLIA. Student Malaysia balik naik Egypt Air, Emirates, Qatar, Gulf Air.

Jangan pakai main cakap jer. Takkan semua benda nak suruh kerajaan bayar kot.

Panglima7 said...

waalaikumsalam...oh iyer ker Farhan. TQ for your info..hahaha...Sorry. Terlebih sudah.

Mailgolok said...

dah selamat tu seribu kali syukur dah,korah sikit duit..tu,bukan banyak mana pun,mana yg bawah kerajaan negeri mintalah sponsor..Kedah,Kelentan,Penang Selangor tunjukan contoh dulu bab ni..PAS pun boleh buat kutipan derma kalau nak bantu..cakap banyak je tak guna,parti kena kreatifla dalam hal ni..mana yang PR boleh buat..buatla dulu..pastu baru boleh cakap berdegar2 heheheh

goodlistener said...

MAK BAPAK PELAJAR DI MESIR TENTU BERSYUKUR DGN USAHA MURNI KERAJAAN UTK MEMBAWA ANAK MEREKA BALIK KE MALAYSIA DAN ANAK DLM KEADAAN SELAMAT.KEADAAN INI TELAH MENGHILANG KERISAUAN MAK DAN BAPAK KPD PELAJAR. TENTANG PERJALANAN BALIK SEMULA KE MESIR ITU AKAN DIUSAHAKAN OLEH MAK BAPAK PELAJAR TERSEBUT DGN BANTU AHLI KELUARGA MEREKA. JGN LAH PUAK PARTI AJARAN SESAT NAK MEMPOLITIK KESELAMATAN ANAK2 KITA yg belajar di MESIR ITU. YG PENTING MEREKA SELAMAT BALIK KE TANAH AIR.MASA LA NI PUAK PARTI AJARAN SESAT MEMAINKAN PERANAN BAGI MENYEDIAKAN PULA PERUNTUKAN UTK PELAJAR2 KITA BALIK SEMULA BELAJAR DI MESIR. JGN TAHU BERMAIN POLITIK SAHAJA TANPA MEMBERI SEBARANG BANTUAN....MOHON PUAK PAS MEMBANTU DARI SEGI KEWANGAN KPD PELAJAR KITA.SETUJU

Anonymous said...

kepada yang memberi komen, anda mesti pro kerajaan. tidakkah anda tahu yang kerajaan kelantan tlah membawa pulang pelajar-pelajarnya terlebih dahulu berbanding kerajaan Malaysia. Anda semua begitu sempit pemikiran. terlalu mempercayai kerajaan. Selain itu sanggup mengatakan PAS adalh ajaran sesat. Allah sahaja yang akan membalas kata-kata anda. sedangkan Syeikh Yusuf Al-Qardawi tlah mengiktiraf PAS sebagai parti yang membawa panji-panji Islam sebagaimana pembawakan Ikhwanul Muslimin. Anda memang mempunyai pemikiran yang terlalu sempit kerana mempercayai kerajaan Malaysia 100%. Satu dunia dah tahu apa kerajaan M'sia dah lakukan kpd pelajar2nya di Mesir. Usah lah menjadi katak di bawah tempurung.....

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara