Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Aug 13, 2011

Dua Beradik Dibunuh Kejam di Bulan Puasa Oleh Penduduk Kampung




Assalamualaikum Wbr.
Dua beradik di pukul sehingga mati di bulan puasa oleh penduduk kampung kerana dituduh mencuri.  Kejadian ini berlaku tahun lepas di Bulan Ramadhan di daerah Sialkot, Pakistan.  Remaja dua beradik, Mughees -17 tahun dan Muneeb 16 tahun, telah dipukul sehingga nyawa-nyawa ikan hanya atas tuduhan mencuri.  Kemudian tubuhnya diheret ke tengah pekan oleh penduduk kampung dengan menggunakan lori sebelum digantung.

Apa yang sangat-sangat dikesalkan dan amat menyedihkan bagi seluruh umat Islam di dunia ialah, tiada perbicaraan dilakukan ke atas mereka atas tuduhan mencuri dan para penduduk kampung ini mengambil undang-undang sendiri tanpa usul periksa dengan memukul dan membelasah mereka sehingga mati.  Ini hanya tuduhan...belum dibuktikan lagi.  Jika sekiranya mereka didapati bersalah mencuri sekalipun.....hukumannya adalah potong tangan dalam Islam, bukan membunuh mereka dengan sekejam ini.  Jika benar pun mereka mencuri, hukuman yang mereka terima tidak setimpal dengan kesalahan mencuri yang dilakukan.  Nauzubillah.

Difahamkan hebahan mereka mencuri adalah tidak benar, tetapi lebih kepada sikap cemburu dan busuk hati orang-orang tertentu di kampung tersebut kerana pencapaian adik beradik ini yang cemerlang.  Adik beradik ini adalah Hafiz Al-Quran dan telah menjadi juara beberapa kali dan pencapaian akedemik yang sangat cemerlang.  Namun orang kampung telah membuat keputusan sendiri tanpa usul periksa dengan memukul dan membelasah mereka sehingga mati.  Semoga Allah mencucuri rahmatnya ke arah roh mereka dan membalas kejahatan orang yang menfitnah dan yang memukul dan membunuh mereka berdua dengan azab yang tak terperi sakitnya. aamin.

Panglima7.

5 comments:

Captain said...

salam sahabat,

Itu sebabnya Pakistan nama saja negara Islam... Rakyatnya susah dan bom meletup sana-sini atas nama Islam.

Mereka mempunyai pemimpin yg tidak Islamik..kuat rasuah dan kiblat ke barat..

wslm

Anonymous said...

ya moga mereka yang bertanggungjawab menerima balasan azab dpd Allah S.W.T. mereka lebih kejam dr binatang! tggulah tanda tanda kemurkaan Allah S.W.T akan muncul di kampung tersebut..

MOH KEMBARA said...

Assalamualaikum,
semoga arwah ditempatkan di Jannah dan yg bersalah ditmpa musibah, kecuali mereka bertaubat!

Afiq Taib said...

sedihnyer ya Allah.

ceplos said...

Nama saja manusia, tapi nafsu dan hati yg busuk merajai jiwa dan akal..perkara yg beginilah yg sangat dimurkai oleh Allah..siapa kita nak menghukum sehinggakan begini rupa..disebabkan perkara yg sebegini terjadi Allah membalasnya tanpa kita sedari dan sentiasa dalam kesusahan dan kemiskinan..sebab itu dikatakan ISLAM bukan pada Nama..sekiranya nama itu adalah petunjuk AGAMA, makan busuk lah nama islam apabila perkara sebegini berlaku..yg melakukan itu bukan manusia tapi syaitan yg bertopengkan manusia dan agama..semoga rohnya dicucuri rahmat oleh ALLH S.W.T....aminn.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara