Assalamualaikum Wbr.
Hari ini..... tanggal 17hb Ogos adalah hari Kemerdekaan Indonesia menentang penjajahan Belanda dan bersamaan dengan hari ulangtahun kelahiran Panglima7.
Dilahirkan pada hari Selasa, jam 3:15petang. Disebabkan ada dua huruf "i" pada nama sebenarku maka cuping telingaku cepat berdesing ditambah lagi dilahirkan diwaktu petang.....panas. Seorang yang berani lebih-lebih lagi dalam menegur seseorang dalam mempertahankan hak.
Ya Allah, aku bersyukur kepadamu kerana masih diberi kesempatan hidup di mukabumi mu ini. Walaupun pernah suatu ketika dahulu, ketika usiaku 12 tahun.....aku masih ingat lagi di mana...ketika aku solat terawih.....aku memohon kepadamu agar engkau matikan aku tatkala umurku 30 tahun. Beria-ria benar aku memohon kepadamu ketika itu ya Allah....... tetapi kini ianya sudah melepasi 11 tahun.
Aku pun tidak tahu dan tidak ingat lagi....mengapa aku berdoa begitu.
Ya Allah berilah aku kekuatan untuk berzikir dan beribadah kepadamu serta berilah aku ingatan yang kuat untuk menghafal ayat-ayatmu. aaminn.
Panglima7.
.
12 comments:
knpa minta mati umur 30?msti ade cerita dsebalik tu.hehe
happy bday!
Pewwwwiiiittttt.... nape bnyak lilin atas kek tu?
anyhow hpbday....
selamat ulangtahun kelahiran moga pang5 sentiasa dirahmati dan diBerkatiNYA. (sy punya birthday isnin lepas...hehehe makin sikit baki usia kita)
salam panglima,
Kita sama dilahirkan bulan Ogos...3 ogos..happy bufday sahabat...
Assalam Ika,
Entah laa Ika..masa tu budak2 lagi...belum baligh..hehe...
Anonymous....itu hanya grafik kek sahaja...;)
Assalam Al-Brangi...nampaknya kita dilahirkan dalam bulan yang sama iaitu Ogos. Happy Belated Birthday pada Al-Brangi jua..Mudah-mudahn dipanjangkan umur dan sihat walafiat selalu hendaknya. aaminn.
Waalaikumsalam Captain. Memang kita dilahirkan dalam bulan yg sama....mesti ada sesuatu yang sama dengan kita di sini. Happy birthday pada Capain jua.
Salam Tuan,
Selamat Hari lahir
salam, walau terlewat tp PCL nk ucap jg selamt ulang tahun kelahiran buat Panglima7...selang sehari je dgn PCL [16/8]..lain kali kita celibrate sama2..insyaallah.
Waalaikumsalam Melur. Terima kasih datang dan beri ucapan pd panglima. Many Thanks
Waalaikumsalam PCL....Nampaknya Birthday kita sebelah menyebelah...hehe.. Boleh...Boleh...lainkali kita celebrate sama-sama. Apa pun Panglima juga ingin ucapkan Selamat Hari Lahir kepada PCL...:) Semoga mendapat keberkatan dan dirahmati Allah hendaknya.
Post a Comment