Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Dec 8, 2011

Semalam....Berlaku Pertengkaran Besar Di Surau

Bismillahirrahmaanirrohim.

Assalamualaikum Wbr.

Usia surau di kawasan perumahan ku....tak sampai setahun jagung.  Surau yang dibina atas keringat penduduk dengan penuh semangat ukhuwah dan kasih sayang itu siap dalam masa 3 bulan.  Hanya hari kelepasan am dan hujung minggu sahaja keringat ditagih bagi menyempurnakan misi menyiapkan rumah Allah ini.  Yang merupakan Fardhu Kifayah kepada seluruh penduduk.

Tetapi malangnya.  Ku sangka panas hingga ke petang..rupanya hujan ditengah hari..........Setelah siap surau yang kesayangan ramai itu...... bermula laa bibit-bibit pepecahan.  Qariah mula berbeza pandangan dan membentuk kelompok sendiri dan saling kecam mengecam di antara satu dengan yang lain samada dari depan mahu pun belakang.  Segala pandangan orang lain ditolak mentah mentah. Segala perlantikan dan pemilihan dipersoalkan.  Dan segala kerja-kerja dan aktiviti surau ada sahaja yang tak kena dan tak betulnya pada pandangan mata mereka dan lebih memburukkan keadaan..... campurtangan orang-orang yang bukan ahli jawatankuasa surau terhadap segala keputusan mesyuarat dicabar dan disebarkan melalui bisikan bisikan telinga ke penduduk taman.

Seumurku...tak pernah Pang5 jumpa...sifat-sifat demikian di taman yang lain.  tak tahulah kalau ada di tempat lain.  Sungguh pelik sifat qariah di kawasan panglima.  memang pelik.  Itulah yang Panglima ucapkan semalam pada semua ajk surau.   Mereka mahukan Surau Beramal kepada Penduduk....Bukan Penduduk memberi sumbangan bagi membangunkan Surau.    Setelah lama terbuku di hati...maka semalam terlerailah rasa amarah Panglima ketika sidang mesyuarat berlangsung.  Saling tuduh menuduh keikhlasan ahli qariah  membuat kerja dan masing-masing mempertahankan pandangan masing-masing merosakkan perbincangan dalam mesyuarat. 

Hinggalah amarah Panglima terpancut keluar memeranjatkan semua yang ada dan tikam menikam lidah berlaku.  Panglima lantas bangun menuju keluar surau bagi menenangkan perasaan yang berapi.

Pengerusi Surau secara sinis berkata Teringat akan kisah Masjid Dhirar...yang dibakar oleh Nabi SAW.  "Elok kita bakar sahaja surau ini....Surau ini bukan lagi menyatupadukan penduduk tetapi menambahkan penduduk berpecahbelah".

Astagfirullahalazimm......!!!  Sepanjang melelapkan mata semalam Panglima berfikir....Punca apakah ini menyebabkan penduduk berpuak-puak, menjadi talam dua muka, menjadi lalang dan perebutan kuasa.
Ermm...   Tak lain dan tak bukan...... mungkin puncanya adalah Khemah yang diwakafkan oleh seorang hamba Allah di surau itu. 

Kerana khemah itulah menjadikan penduduk bersengketa.....khemah itulah yang disewakan pihak AJK berserta kerusi mejanya dgn harga RM180 sehari kepada penduduk taman...RM50 dari pendapatan sewa khemah itu disedekahkan kepada anak2 qariah yang memasang khemah tersebut.  Baki RM130 di digunakan untuk membangunkan surau dan aktivitinya.
Tetapi sekumpulan penduduk pula mahukan ianya diberi FREE kepada penduduk.....termasuk upah RM50 kepada  anak2 qariah yang seramai 5-6 org itu dimansuhkan.

Siapa yang hendak turun pasang khemah...bila semuanya FREE.......???  Qariah sendiri tiada masa untuk memasangnya...dan seorang pun tiada yg nak volunteer memasangnya disebabkan kerja.

Panglima7
Ya Allah ako hilang sabar semalam di rumahmu.  Mohon keampunanmu Ya Allah.

1 comment:

Creative Master Studio said...

Jika anda pikir anda berada di pihak yang benar anda teruskan....semoga perjuangan anda diberkati oleh Allah

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara