Pengikut-Pengikut Panglima7

Kalendar Islam

Feb 28, 2011

JAWATAN KOSONG : Di Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs)

Assalamualaikum Wbr...

JAWATAN KOSONG : Di Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs)

Cepat pohon.....Rezeki tak dapat bergolek, Kena Pohon.

Permohonan adalah dipelawa dari warganegara Malaysia untuk mengisi jawatan-jawatan berikut :-

1. Pegawai Tadbir N41
2. Penolong Jurutera J29
3. Penolong Pegawai Tadbir N27
4. Setiausaha Pejabat N27
5. Pembantu Tadbir (P/O) N17
6. Pegawai Khidmat Pelanggan N17
7. Pembantu Tadbir (Kewangan) W17
Klik download di bawah untuk sampai ke web page.

DOWNLOAD IKLAN JAWATAN

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN



Permohonan hendaklah sampai kepada :

Pengurus Besar
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis
(PKENPs)
173-191, Taman Kemajuan
Jalan Raja Syed Alwi
01000 Kangar, Perlis.

Tarikh Tutup Permohonan: 7 Mac 2011

Panglima7
Sekadar berkongsi bersama dengan tuan puan tak kira UMNO atau pun PR.



Read more...

Feb 26, 2011

Najib, UMNO Akan Membawa Negara Menuruti Jejak Langkah Kamal Artartuk

Assalamualaikum Wbr.

Apabila Pemimpin UMNO memuji dan mendatangi Kamel Atartuk, Pengasas Turki Moden di Turki Baru-Baru ini. Mahathir pun turut memuji juga.  Maka ingatlah Azab Allah amat pedih.

Hmmm....asal kena puji dengan orang Yahudi dan Kristian ajer......Najib dan UMNO kembang semacam....berita-berita yang dikeluarkan oleh Perutusan Meloya asyik melalak panjang-panjang di dada akhbar sehingga seminggu pun tak habis bercerita tentang pujian ini.

Pujian orang kafir yang engkau harapkan di dunia ini wahai Najib dan UMNO. !!!!!
Pujian dari Allah untuk hambaNYA yang mengikut perintah Allah dan Rasulnya......engkau sepak tepi.

Apabila Puak-Puak Yahudi dan Nasrani dari Amerika Syarikat dan Israel memuji Malaysia kerana mengamalkan Islam yang Sederhana sebagaimana Kamal Artartuk......Fuihhhhyooo.........Kembang semacam punggung2 UMNO dan Najib.....Sampai Mahathir pun turut menyebut Kamal Artartuk sebagai contoh Nasionalisme Terulung dalam kecamannya terhadap Nik Aziz.

Dalam Islam.....Tak ada istilah Islam Asas (Fundamental), Islam Sederhana (Moderate) dan Islam Ekstrim (Ganas & Kasar) atau ISLAM Hadhari yang direkacipta oleh UMNO .  Tak ada pun !!!......Nabi tak pernah sebut......ada Islam moderate dan ekstrem.  Hanya puak-puak Yahudi dan Nasrani yang mahu Umat Islam berpecah dan mengikut telunjuk mereka sahaja yang melabelkan Islam kepada Islam sederhana dan ekstrem apatah lagi Islam Hadhari.   Dan sekarang ini....UMNO & Najib pula menggunapakai istilah ini untuk menyerang Ulama Besar Dunia.....Yusof Qardhawi sebagai Pengganas (Terrorist) apabila Ulama tersebut menghalalkan pembunuhan Muammar Gaddafi.  Begitu juga Najib menggelar Ikhwanul Muslimin yang pengasasnya Imam Hasan Al-Banna sebagai kumpulan Pengganas.  Sungguh.... tindakan Najib ini amat Memalukan Umat Islam di Negara ini . !!!

Kajilah wahai mangkuk......kenapa Ulama Besar Dunia ini menghalalkan darah Gaddafi ????  Boleh tak UMNO dan Najib Jawab...kenapa Ulama tersebut menghalalkan darah Gaddafi?    Aku tanya nie....  Kau ingat senang2 ker..Ulama atau Islam atau Nabi SAW nak halalkan darah seseorang itu.

Inilah jadinya kalau orang yang bukan ahlinya atau partinya .....memimpin negara.  Cakap Musuh Islam lagi didengarinya dari cakap Ulama......Pujian Musuh Islam lagi menaikkan semangat UMNO untuk terus mengamalkan Islam sederhana dari mendengar cakap Ulama.       Kamal Artatuk pengasas Turki Moden.....yang dihina Allah lagikan mendapat penghormatan dari Mahathir dan juga Najib.

Kalau orang UMNO tak nampak lagi akan hijab yang dibukakan oleh Allah ini.....Tak tahulah Panglima nak cakap apa lagi.  nampaknya negara kita ini menuju ke arah Turki Moden.  Memang layaklah....banyak kes maksiat di negara kita ini.  Islam sederhana yang dibawa oleh UMNO memang menghalalkan semua ini.  Lelaki dan perempuan boleh bersalaman.......First lady negara (kononnya) boleh bercium pipi lagi dengan pelakon bollywood.  Islam Sederhana katakan....!!!!

Panglima7
Read more...

Feb 25, 2011

Rumah Berhantu Di Seksyen 2, Shah Alam

Assalamualaikum Wbr.

Maaf !! Ini bukan rumah berhantu tersebut. Rumahnaya adalah rumah Banglo yg sewa bulanannya ialah 50 hengget ajer kat seksyen 2, Shah Alam.


Kepada penulis asal cerita ini...terima kasih la kongsi cerita ni..

Masa di ITM dulu memang kami tahu fasal rumah berhantu ni...sewanya murah, tapi kami tak pernah nampak ada orang sewa rumah tu..lokasinya betul-betul dekat dengan Wet World. Kami selalu berjalan kaki dari seksyen 2, melalui Wet World tersebut. Tapi kami tidak pernah mengetahui ‘kekerasan’ tempat tersebut

Rasanya sampai sekarang pun tak ada orang tinggal..
_______________________________________________
TRUE STORY!!

Huhuhuhu seram juga cerita nih.

9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam. Jadi perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal sebab aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan & keprihatinan aku dan kawan-kawan,maka dapatlah kami rumah sewa, berdekatan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].

Rumah tu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik dekat atas dan 1 bilik dekat bawah. Kami semua berlapan,kiranya 2 orang untuk 1 bilik lah. Aku ringkaskan sajalah, kami masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi; gembira, suka, pelik, rimas, takut semua ada.

Pertama,tuan umah hanya kutip rm50 saja sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya bulan pertama percuma lah....[?]
Kedua,tuan rumah tak bagi kami bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik, terangnya...
Ketiga,pokok ara tepi umah tu sangat besar sampai dahannya boleh masuk tingkap bilik atas.

Malam pertama duduk rumah tu kami tidak tidur sebab sibuk punggah dan kemas barang serta layan serta layan dvd korea. Cerita seramnya berlaku semasa hari kedua. Tak payah nak tunggu malam, siang-siang pun kami dah kena kacau. Azmi "dagu" orang pertama kena.

Masa tu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun nak buang air besar. Jadi dia pergilah bilik air di bawah tu tapi ada orang di dalam [sebab pintu tertutup]. Bilik air atas rosak, tuan umah kata nanti dia akan betulkan. Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar orang dalam tandas tu. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikit keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apa hal. Yang peliknya, kami berlapan semua ada, habis siapa dlm tandas ni? Pintu tandas berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi. Dalam ramai-ramai ni,Lan seorang saja yg berani sikit [mungkin fasal dia ni keturunan bugis], dia rentap pintu tandas tu sampai terbuka. Tak ada orang tapi daripada kesan yang ada,pintu tu memang dikunci daripada dalam. Akhirnya Azmi tak jadi berak, mungkin sebab takut.

Malam tu kami kena lagi teruk.

Masa aku nyenyak tidur malam tu tiba-tiba ada orang tarik kedua-dua belah kaki aku sampai aku terjatuh katil. Kepala aku terhentak dulu di lantai! Apa lagi,angin la aku sebab ingat budak-budak nak main-mainkan aku tapi bila bangun tak nampak orang pulak. Yang ada cuma Lan yang tengah membuta dekat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab mesti dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diaorang tengah layan dvd dekat hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab masih bingung tapi baru ak perasan masa aku tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah...
Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut,kiranya macam ada orang lah. Aku tarik kain selimut tu and guess what?
ad a batu nisan yang dah retak dan secara automatik bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang menusuk.

Masa ni jangan tanya aku lah apa aku buat sebab kalau benda ni jadi dekat korang pun takkan nak tinggal dalam bilik tu lagi betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar bilik tu dan pergi ke hall sebab nak beritahu kawan-kawan aku tapi yang macam haram jadahnya tak ada seorang pun ada dekat hall. Nak tahu man diorang pergi? Semua dah duduk dekat luar rumah! Rupanya awal-awal lagi diorang dah kena kacau. Yang laknatnya, tak ada seorang pun nak kejutkan aku....taik betul diorang ni.

Lepas diorang tenangkan aku, kami berbincang nak buat apa sebab sekarang sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam,rumah tok imam pun kami tak tahu. Nak minta tolong jiran, kiri kanan rumah kami cina. Akhirnya Salleh ajak lepak restoran Hakim sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing semua tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelekat saja. Mahu tak mahu terpaksalah kami masuk rumah tu balik sebab nak ambil seluar, dompet dan kunci motor.

Oleh sebab bilik Bob dan Naim saja yang ada di bawah, maka kami ambil keputusan nak pinjam baju n seluar mereka. Masing-masing takut nak naik tingkat atas. Dompet pun aku tinggal. Masing-masing berpakat guna duit Naim dahulu. Nasib baik kunci motor kami sangkut dekat dinding [tempat penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak perasan ada budak perempuan dekat pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan dekat dia. Aku pun terperasan budak tu juga lepas aku tengok muka Wak bertukar pucat lesi. Senyuman budak tu buat aku rasa macam nak terkincit dalam seluar. Kepala lutut aku menggigil sampailah dekat restoran Hakim!

Lepas sampai restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk aku sekali lah. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12 lebih,dia sibuk download lagu tiba-tiba ada bunyi macam orang baling batu dekat tingkap bilik dia. Bila dia jengah,dia nampak ada seorang perempuan duduk dekat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang. Yang sadisnya,perempuan hodoh tu boleh senyum dekat dia pulak. Wak ni apa lagi terus tutup tingkap dan keluar pergi bilik dia n terus pergi bilik aku lah kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pulak duduk dekat depan pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. Jadi dia ambil keputusan terjun tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.

Azmi "dagu" pula cerita dia nampak ada budak perempuan lambai tangan dekat dia [yang ini, aku pun kena juga ok]. Aku pasti budak itu bukan manusia sebab dia tak ada kaki! Sam pula cerita dia nampak hantu tu dekat siling umah! Bila buka saja mata, hantu itu betul-betul "eye to eye" dengan dia. Kiranya semua kena kacau lah ni. Dan aku orang akhir sekali cerita. Aku cakap lah dua-dua kaki aku kena tarik masa tidur sampai kepala aku terhentak dekat lantai. Lepas itu aku cakap lah yang aku nampak diorang tengah layan dvd dekat Hall tapi Azmi tiba-tiba menyampuk "Bila masa pulak kami tengok dvd ?". Rupa-rupanya tiada seorang pun yang tengok dvd pagi tersebut! Jadi, siapa yang aku nampak?! Haru betul.....kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat gigilnya.

Tengah sibuk berborak,aku terbau sesuatu yang kurang enak. Kawan-kawan aku yang lain pun terbau juga. Rupanya Azmi ni tadi dah terkencing dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang dekat Restoran Hakim tu. Malu betul! Aku pulak ternampak Sam pakai selipar sebelah lain. Daripada sibuk-sibuk bercerita seram terus jadi cerita kelakar pulak.

Tengah ketawa, baru kami perasan Salleh dengan Naim tak ada bersama kami. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang yang bawa HP, jadi kami cuba telefon Naim tapi tak ada orang angkat. Telefon Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Kemudian Lan ambil HP Bob tu, dia baca apa entah agaknya lepas tu tahu apa jadi? Dengar suara perempuan menggilai! Gila-gila punya ngilai sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Akhirnya kami sepakat akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah itu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan menggilai dalam HP tu, tiada seorang pun yang buka mulut sehinggalah subuh!

Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah, aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat, ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.
Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor hp Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?

Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.

Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.

Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh. Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini "keras".patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Chisss......

Aku demam 3 hari.

Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.

Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?

Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..

Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah

Ops..Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal hp dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil hp tu tapi itu pun kalau korang berani la...nokia 3310



  
Panglima7
Kiriman Sahabat.
Panglima tidak mengubah sedikit pun apa yang ditulis oleh penulis sebenar.
Penulis claim yang citer ni adalah kisah benar dalam kamus hidupnya.
Wallahualam, sekadar sharing.


Read more...

Feb 24, 2011

Lesbian Dan Gay...Dosanya Sama Dengan Zina

Assalamualaikum Wbr.


Lesbian dalam Islam disebut sebagai musahaqah, iaitu melakukan perbuatan seks antara perempuan dengan perempuan dengan menggeselkan kemaluan sehingga mendatangkan berahi.
Islam jelas mengharamkan musahaqah. 

Dari Abu Musa katanya, Rasulullah bersabda, “Bila lelaki menyetubuhi lelaki maka keduanya berzina, dan bila wanita menyetubuhi wanita maka kedua-duanya juga berzina.” (HR Al-Baihaqi dalam Syu’abil Iman) 

Ibnu Qudamah dalam kitab Al-Mughni berpendapat, jika bergesel dua wanita maka kedua-duanya melakukan zina berdasarkan apa diriwayatkan daripada Nabi yang bersabda bermaksud, “Apabila seorang wanita mendatangi (menyetubuhi) seorang wanita maka keduanya berzina.” 

Imam Al-Alusi dalam kitab Ruhul Ma’ani, berpendapat Sihaq (lesbian) termasuk dalam kategori liwat seperti yang terjadi pada kaum Luth, iaitu seorang wanita menyetubuhi wanita. Dalam hadith Hudzaifah r.a Nabi bersabda, “Sesungguhnya benarlah ucapan (Allah SWT) atas kaum Luth tatkala kaum wanita (daripada mereka) merasa cukup dengan wanita dan kaum lelaki merasa cukup dengan lelaki.”
 
 

Panglima7

Read more...

Orang Lain Yang Tutuh Saifol, Anwar Yang Kena Tuduh.

Assalamualaikum Wbr.

Diambil dari blog Milosuam.

Kes Perbicaraan Liwat Saifol & DS Anwar Ibrahim semakin panas.  Bila mana ada pula DNA lain pada dubur Si Saifol....Haaa kan dah kantoii !!!  Liwat 2 ini pun Kantoii jugaklah......
Kotor betul konspirasi politik untuk menyekat kemaraan DS Anwar Ibrahim.

Berita Lanjut.....Sila Klik di blog Rakyat Marhaen.


Panglima7
Dalam kes perbicaraan ini, Rakyat dah hilang kepercayaan kepada Mahkamah UMNO bilamamana bukti menunjukkan air mani orang lain di dubur Saifol.

Bagi UMNO apa persepsi rakyat terhadap kes liwat 2 ini tak penting....nak ketawa...ketawalah, nak gelak, gelak laa.....yang penting Anwar mesti dipenjarakan semula..

Read more...

Feb 22, 2011

Lepas Balik Haji..Dah Tak Mahu Solat Lagi dah.

Assalamualaikum Wbr,


Inilah adalah satu kisah benar mengenai seorang Haji yang tidak mahu solat lagi setelah pulang dari Mekah. Haji ini ialah seorang biasa yang kadangkala menunaikan solat fardhu di masjid sebelum dia pergi ke Mekah untuk menunaikan fardhu haji.

Apabila dia kembali dari Mekah dia tidak pernah lagi datang ke masjid untuk menunaikan solat fardhu dan dikhabarkan yang dia langsung tidak menunaikan solat.

Apabila ditanya dia menjawab begini "Solat di Mekah adalah bersamaan 100 ribu kali solat ditempat lain. Hampir 40 hari aku berada di Mekah, maka aku tidak perlu untuk solat lagi kerana jika aku hidup sehingga 80 tahun maka Allah masih berhutang dengan aku".

Kisah yang agak kelakar tapi inilah hakikatnya apabila agama diukur dengan logik.   Semoga haji tersebut kembali kejalan yang benar dan kembali menunaikan solat.

Moral cerita - Masih wujud lagi Pak Pandir di zaman moden ini.

Panglima7
So anonymous dan UMNO…jangan ikut pakai logik. Agama Islam tak boleh diukur dengan logik akal kamu...hahahaha.

Read more...

Feb 20, 2011

Kenapa Pas Bergabung Dgn DAP??? UMNO Pula Hanya Ingin Menganut Agama Islam Sahaja.

Assalamualaikum Wbr.


Kepada penyokong dan ahli2 UMNO, rujuk dan fahamilah sirah Nabi Muhammad SAW.  Pasal kita malas dan  tak nak belajarlah ....maka kita tak tahu. Jangan dok... menjadikan TV tiga suku dan Utusan Meloya sebagai kitab....jadi faham ko dah ke lain.  UMNO temberang sikit...ko dah main ikut ajer akan fahaman yang salah. Macammana nak berhadapan dengan Dajal kalau macam nie...!!!  Dajal tuu boleh turunkan hujan...boleh hidupkan dan bangkitkan nenek moyang ko yang telah mati nanti....supaya ko percaya dan beriman dan mengaku bahawa Dajal itu tuhan.  Kalau TV tiga suku dan Utusan Meloya sekarang ini boleh tipu engkau.....senang sangatlah...kacanglah bagi Dajal nak menipu dan menjadikan korang semua pengikutnya.

Begini, bergabung dengan non muslim untuk menegak Islam tak salah.  Nabi pun berbuat begitu, bergabung dgn org kafir ketika menghadapi peperangan dgn org musyrikin Quraisy.  Dibolehkan pasal nabi pernah buat. Hah... ko nak cakap ape nie...!!! Ko nak lawan dan bantah pasal nabi pernah buat.???....Tapi ada la syarat-syarat yang dibenarkan oleh Nabi SAW.

  UMNO bergabung dgn MCA & MIC....yang sememangnya UMNO memang dah kaki dalam menentang negara Islam apatah lagi MCA & MIC, semua sekepala dan memang tak nak pada Islam, nak kuasa ajer, dan UMNO pula nak juang Melayu ajer. Perlu faham, Nabi perjuangkan Islam.... bukan bangsa Arab. Sebut berjuang untuk bangsa ajer...dah haram dah.  Pasal Islam itu Universal.(antarabangsa)  dan lagi... Perlu diingat, UMNO bersekongkol dgn MCA & MIC sampai tergadai Prinsip Islam.....itu yg jadi haram.

Dan seperkara lagi, kenapa pas bergabung dgn DAP, kerana DAP tidaklah sezalim UMNO, MCA & MIC dalam tindakan dan penentangan mereka yg sangat keras terhadap Islam.  Tengok UMNO sahaja laa....bagaimana bila disebut hududallah., Mereka kata hukum Allah hanya sesuai di zaman dulu ajer.  sekarang dah moden..

DAP memang mereka menentang tetapi tidaklah sehebat tentangan UMNO, MCA & MIC. Memang mereka tentang....tetapi PAS tidaklah sampai mengadai Prinsip memperjuangkan Islam seperti UMNO yang mengadaikan Prinsip Islam kepada MCA & MIC. Atas sebab itulah Pas mengambil tentangan yang ringan berbanding tentangan yang besar dalam MCA & MIC.

UMNO mengikut sahaja telunjuk mereka, pasal UMNO pun tak hingin pada Islam.  UMNO ingin menganuti agama islam sahaja.  Sepatutnya mereka (MCA & MIC) yang mengikut telunjuk kita.  Mereka tentang...kita lawanlah. Umno tidak......2 x5 dgn MCA & MIC.

DAP pula sudah mula mendekati dan mula perlahan2 faham akan Islam.

Harap pabila engkau baca ini...engkau perlahan-lahan mendapat hidayah Allah.  aaminn.

Panglima7


Read more...

Ko Dah Memang Melayu Dah. Sampai Mati Pun Tetap Melayu. Pejuangkanlah Islam Pula. !!

Assalamualaikum Wbr.

Berjihad Pada Jalan Allah Itu Jalan Kami, Mati Pada Jalan Allah Cita-Cita Kami.
Negeri Akhirat.... adalah... Matlamat.......dan kesudahan kami.

Engkau dah memang Melayu dah. Yang ko nak genggam Kemelayuan itu sampai Mati buat apa???  Sampai mati pun engkau dah tentu Melayu,  Tetapi...belum tentu engkau ISLAM sepenuh-penuhnya.

Oleh itu orang Melayu ambillah ISLAM dan Pejuangkan ISLAM sebagaimana yang nabi pejuangkan.  Kata cinta nabi, ikut cara nabi, Maulud Nabi sambut sana sini, berarak berkilo-kilometer,.....Tetapi alih-alih, engkau pejuangkan Ketuanan Melayu.... ikut cakap UMNO BN...tak ikut cakap Nabi Muhammad SAW yang dicintai untuk pejuangkan ISLAM.  Macammana citer nie !!!  Cakap tak serupa dengan bikin.......Kata... Cinta giler kat Nik Aziz, tak boleh tidur siang malam, sanggup berjalan berkilometer semata2 nak jumpa Nik Aziz...alih-alih ko kahwin dengan Najib.  (Contoh la a nie).  Itu lah perumpamaannya.

Ada satu ungkapan dari Rasulullah yang menarik untuk kita perhatikan. Seperti yang tercantum dalam hadis ke-28 dari hadis arbain.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda yang artinya : “Aku berwasiat kepada kalian untuk bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemerintahan Islam) walaupun yang memimpin kalian adalah seorang hamba sahaya dari negeri Habasyah. Sesungguhnya barangsiapa hidup sesudahku niscaya dia akan melihat banyak perselisihan, maka wajib atas kalian berpegang dengan sunnahku dan sunnah Khulafaur Rasyidin yang mendapat petunjuk sesudahku. Berpeganglah kalian dengannya dan gigitlah ia dengan gigi gerahammu serta jauhilah oleh kalian perkara agama yang diada-adakan karena semua yang baru dalam agama adalah bid’ah dan semua bid’ah adalah sesat.” HR Ahmad,Abu Dawud,Tirmidzi,Dzahabi dan Hakim, disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahih Al jami’ no. 2549 Baca entri selengkapnya »


Pandangan TG Haji Hadi Awang - Orang Melayu Wajib Perjuangkan Islam.   Klik di Blog Sahabat...... Kayu VS Batu.

Panglima7
Read more...

Feb 19, 2011

Muslihat UMNO BN Turunkan Tol...Poorahh !!!

Assalamualaikum Wbr.

Ehh..orang UMNO BN pun turun berdemontrasi jalanan ??? Kata bukan cara UMNO berdomstrasi jalanan !! tuu laa jgn hina org yg berdemonstrai ini...hahahaha.  Baru bayar RM1.50 belum RM5.00 sekali lalu...takkan tak dak duit kot ??? Rokok pun sekotak dah RM10. hahahaha....Undilah lagi UMNO BN.  Walaubagaimana pun kerana merekalah harga tol turun. (beberapa tahun yg lalu sebelum jatuhnya kerajaan Selangor ke tangan Pakatan rakyat)

UMNO BN menerusi Najib mengumumkan penurunan Tol dari RM1.50 kepada RM1.00 di Plaza Tol Petaling Jaya Selatan berdekatan dengan Taman Medan.  Aikk !!!  kenapa tak pernah-pernah turunkan harga Tol...kali ni....angin tidak...ribut pun tidak...alih-alih hujan (Harga Tol turun).   Hahahaha......

3 tahun yang dahulu......penduduk PJS berdemontrasi di jalan-jalanraya meminta Kerajaan UMNO BN menurunkan harga Tol....tetapi demonstrasi mereka disambut dengan bedilan meriam air kimia kepada pendemontrasi tersebut.  Sampai demam-demam mereka semua...tapi harga tol tak turun pun.

Ini semua adalah rasuah UMNO BN bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13 ini.   Tapi harus diingat.....sekarang harga tol di PJS turun sebanyak 50 sen....selepas UMNO BN menang dlm pilihanraya umum nanti (mintak2 lingkup UMNO BN), korang tengoklah.. harga tol akan naik di semua negeri dan bukan sahaja naik di PJS Selatan.....tetapi kenaikkan yang berganda-ganda. hahahahaha...

Sekarang nie...hanya taktik UMNO BN nak pancing undi semata-mata.  Menangis laa air mata darah sekalipun.....UMNO BN tak akan sekali-kali menurunkan harga Tol...biar pun ramai yg mati...dlm menentang kenaikan tol ini, Naik harga sudah Pasti dan Pasti dan PASSSSSTTTIII.

Panglima7
Read more...

Dunia Blogger Di Persimpangan Dilema

بسم الله الرحمن الرحيم


Salam hormat,

Umpama durian dengan mentimun, golek macamana pun sang durian, elak macamana pun sang timun, pastilah hancur berkecai akhirnya mentimun itu tanpa sedikit pun merosakkan si durian. Itulah perumpamaan paling sesuai merujuk kepada perlawanan berat sebelah di antara Menteri penuh kerajaan BN dan blogger Pakatan Rakyat.

Blog Sharpshooter bakal menjadi blog pertama yang disaman oleh seorang menteri. Hanya kerana menggunakan kaedah 'copy & paste' dan disiarkan dalam blog sharpshooter, Din Binjai menjadi sasaran seorang menteri di sebalik puluhan blog yang turut memaparkan banyak versi berita berkenaan isu menteri rogol amah.

Anda semua bayangkan, seorang menteri yang gaji dan elaunnya mencecah belasan ribu akan memfailkan saman malu terhadap seorang blogger yang terdiri daripada orang kebanyakkan. Meletakkan syarikat guaman ternama seperti Shaffee & co sebagai peguam dalam kes ini menunjukkan betapa seriusnya Rais dalam mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang blogger. Setuju atau tidak, sebenarnya itu adalah satu tindakkan bijak dari wakil kerajaan untuk melumpuhkan kekuatan blogger PR di mata kerajaan dan juga para pengamal politik. Lumpuhnya medan blog Pakatan Rakyat bermakna satu kejayaan besar buat kerajaan Barisan Nasional.

Setakat waktu ini belum ada lagi peguam sivil yang menampilkan diri untuk membantu blogger kita Din Binjai yang bakal menghadapi zaman gelapnya kerana harga sebuah saman dari seorang menteri pastinya mencecah jutaan ringgit. Dengan bahana perbelanjaan guaman yang meningkat baru-baru ini, harga dokumentasi untuk guaman sivil juga menceritakan jumlah kos yang tidak mampu dibebani oleh Din Binjai atau mana-mana blogger. Adakah kita ingin melihat wakil blogger kita kalah tanpa bertanding? Din Binjai tidak akan dipenjarakan untuk sebuah saman sivil tetapi akan menjadi blogger pertama yang bakal muflis kerana terbabit dalam perjuangan di dunia blog.

Bila menyebut dunia blog, siapakah di antara kita yang terbabit dalam dunia blog? Adakah penulis semata-mata? Adakah penyalin tampal artikel dari media lain semata-mata? Adakah pembaca tidak terbabit dalam perihal ini? Adakah penyokong Pakatan Rakyat yang menjadi pendesak utama terhadap kerajaan sedia ada tidak terbabit? Adakah pimpinan Pakatan Rakyat juga tidak dikira terbabit sedangkan selama ini peranan blogger telah diakui dan diiktiraf sebagai satu faktor kejayaan Pakatan Rakyat dalam PRU yang lalu!

Kekuatan blog yang selama ini menjadi mimpi ngeri kepada kerajaan pemerintah bakal direntap semahunya. Blogger akan lebih berhati-hati apabila melihat Din Binjai menjadi muflis hanya kerana aksi 'copy & paste'. Inilah langkah pertama kerajaan untuk menyekat kemaraan blog-blog baru yang tidak kurang bisa sengatnya.

Jika selama ini diketahui blogger-blogger aliran kerajaan banyak mendapat insentif dan elaun untuk menyerang dan mengfitnah segala elemen yang melibatkan Pakatan Rakyat, termasuklah kerajaan Penang, Kedah, Selangor dan Kelantan. Tidak kurang juga fitnah yang dilempar kepada para pimpinan Pakatan Rakyat di mana Anwar Ibrahim, Tuan Guru Nik Aziz, Nizar dan Guan Eng juga tidak terkecuali. Mereka di haluan kerajaan dilihat mewah dengan habuan, tidak pernah menjadi permasalahan bagi blogger haluan PR dengan menganggap inilah peranan dalam perjuangan. Blogger PR mengambil tempat dan sedia untuk berperang di mana medan sekalipun tanpa mengharapkan balasan, apa lagi wang ringgit.

Perlawanan akan bermula dalam sedikit masa. Kalaulah para bloggers dapat melihat betapa pentingnya perlawanan ini. Begitu juga para pimpinan Pakatan Rakyat, mereka harus melihat perlawanan 'menteri vs blogger' ini adalah penting juga untuk mereka. Pemimpin PAS, PKR dan DAP harus peka dan mengambil berat tentang apa yang bakal terjadi jika seorang blogger disaman dan lebih memburukkan keadaan ialah apabila kepimpinan Pakatan Rakyat dilihat membisu dan tidak menghulurkan bantuan ke atas para blogger yang dihenyak kerajaan melalui menterinya.

Jangan jadikan persepsi buruk tercipta dan tersebar luas betapa kerajaan PR tidak bertanggungjawab dan hanya melepaskan tangan dalam isu sepenting saman ke atas blogger, setelah berjaya menguasai beberapa negeri. Harus jangan dilupa bahawa blogger memainkan peranan penting ditambah lagi dengan beberapa PRK termasuk pilihanraya negeri yang mendatang dan juga PRU yang semakin hampir.

Bukan satu ugutan, tetapi ingin dijelaskan bahawa Pakatan Rakyat harus memainkan peranan. Sepertimana rakyat itu harus dibela, blogger juga harus dibela! Bukan wang ringgit yang dipinta, tetapi hulurkanlah segala bentuk bantuan kepada blogger yang diserang saman,, bukan hanya kepada Din Binjai tetapi mana-mana blogger yang bakal terlibat dalam persengketaan mahkamah demi kejayaan Pakatan Rakyat itu sendiri. Ini adalah berkenaan nasib Din Binjai dan pasti lebih ramai blogger lain bakal diheret ke mahkamah sekiranya Rais menang mudah dalam kes yang bakal berlangsung ini.

Di samping itu juga, blogger lain dituntut memainkan peranan untuk perlawanan penting ini. Bak kata Pak Bakaq penarik beca yang pernah ditahan atas kesalahan yang melibatkan institusi kepolisian negara;

Hari ni hari Din Binjai. Esok lusa mungkin hari kita. Din disaman oleh menteri Umno, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim berikutan hebohnya perbuatan terkutuk tibai amah. Saya tak tahu sama ada betul atau tidak Rais dah tenggek amah dia. Tapi, Rais nampaknya sangat berang. Ramai yang sebarluaskan cerita itu. Tetapi Din yang jadi pilihan Rais memuaskan amarah berangnya.

Percayalah bahawa kita tidak sekali-kali wajar menganggap perjuangan ini adalah perjuangan perseorangan. Kita blogger, pembaca blog, pimpinan, bawahan, facebooker, pengicau twitter dan sesiapa sahaja yang berhaluan Pakatan Rakyat adalah satu pasukan walaupun terdapat sedikit perbezaan dalam sokongan, tetapi titik persamaan kita ialah menghumban Barisan Nasional dalam jasad kerajaan pusat lantas membuka lembaran baru melalui pemerintahan baru yang segar untuk rakyat, demi rakyat!

Mempertahankan Din Binjai Sharpshooter seumpama mempertahankan medan blog kita. Sematkan istiqomah berani dalam menyertai perlawanan penting ini bagi mempertahankan medan kita bersuara, yakni medan rakyat mencangkir berita!!

Suara rakyat suara keramat!! Bukan pengorbanan blogger itu sahaja wajar jadi penghargaan, malah jangan dilupa blogger itu juga terdiri daripada rakyat kebanyakkan! Bantulah blogger!!

Sumber dari Bujang Susah dari
EDYES @ edyesdotcom
http://edyesdotcom.blogspot.com

Read more...

Feb 17, 2011

Tembakkan Nyanyuk Mahathir Pada TG NA Satu Pun Tak Kena

Assalamualaikum Wbr.

 Pakai mesingan nampak !!!

Lanjutan daripada kenyataan Media TG Nik Aziz terhadap Mahathir, menyebabkan mantan PM itu melenting sakan.  Mana yang tercapai dek logik akal tuanya....dikeluarkan bagi menembak dan menyerang fakta-fakta yang dikeluarkan oleh Nik Aziz.  Kasihan mantan seorang ini.  Sepatutnya di usia senja begini, dah ingatkan rumah '4x6' tuu... Tak insaf-insaf.  Ternyata logik akal yang tidak disokong oleh fakta yang dilemparkan oleh Mahathir terhadap Tuan Guru itu dapat dilihat sebagai Auta atau temberang.   Dah macam mengarut dah bunyinya hahahaha.......

Fakta mestilah dihadapi dengan Fakta.....bukannnya auta Che Det ooiii !!!!
Kita bukan lagi bercerita di hadapan orang tua-tua di Malaysia, yang rata-ratanya mengangguk sahaja..... tetapi kita berhadapan dengan generasi yang kian celik mindanya.

Kalau macam itulah tembakkan balas engkau pada Nik Aziz......sah..!!! satu pun takkan mengena Tuan Guru tersebut.   Malah dongengan engkau akan dianggap nyanyuk. Hahahaha....

Kalaulah matalamat Nik Aziz hidup di dunia ini semata-mata nak menang Pilihanraya.....dia dah menang pun....dan dah jadi Menteri Besar pun di Kelantan selama 20 tahun dah, tapi kehidupannya masih begitu, tak kaya pun dan tak mewah pun......rumahnya masih begitu, masih kekal buruk dan tidak berubah pun.

Beliau masih makan bersila dgn mengunakan tangan dan membaca Bismillahirrahmanirrahim..  Bila ada urusan peribadi...beliau Nik Aziz gunakan pen nya sendiri dan tidak menggunakan pen milik kerajaan atau milik UMNO atau milik rakyat.

Jadi apa yang dicari oleh Tuan Guru Nik Aziz ni Che Det ???.......Kemenangan dalam Pilihanraya kah atau keredhaan Illahi ???.  Janganlah asyik Cemerlang, Gemilang dan Temberang ajer.

Panglima7

Read more...

Feb 16, 2011

Doa Penghulu Segala Istighfar, Amalan Ke Syurga

Assalamualaikum Wbr.

Maksudnya: "Ya Allah, tiada Tuhan yang sebenar melainkan Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku, aku adalah hamba-Mu, dan aku berjanji mentaati-Mu semampuku, aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan kelakuanku, Kukembalikan kepada-Mu segala nikmat yang Kau berikan dan aku kembali kepada-Mu dengan dosa yang kulakukan. Ampunilah aku, kerana tiada siapa yang dapat mengampuniku melainkan Engkau."
(Riwayat al-Bukhari no. 6306, 6323)


Menurut al-San'ani dalam Subul al-Salam, doa ini dinamakan "sayyid" yang bermaksud penghulu kerana ia menghimpunkan makna yang menyeluruh, serta ekspresi keinsafan iaitu taubat seorang hamba kepada Khaliqnya.
(Subul al-Salam Syarh Bulughul Maram: Bab Zikir dan Doa)

Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari ( pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam ( petang ) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga. ( riwayat Imam al-Bukhari ).
Alangkah ruginya kita, jka amalan yang amat mudah tapi dijanjikan dengan syurga pun masih kita tidak amalkan. Semoga Allah memberi kekuatan agar kita mampu mengamalkannya.

Panglima7
Dalam bahasa rumi.

Allahumma anta rabbii…
laa ilaha illa anta,
kholaqtanii... wa ana abduka, wa ana ala ahdika, wawaq dika mastatho'tu,
a'udzubika min syarri ma sonaq'tu
abu-u laka biniqmatika alaiya
wa abu-u bidzambii.. faghfirlii…
fa innahu laa yaghfirudz-dzunuuba illa anta."



Read more...

Feb 15, 2011

Blogger Pencacai UMNO Mengatakan PAS Parti Ajaran Sesat

Assalamualaikum Wbr.

Umat Islam Akhir Zaman Seperti Hidangan Yang Lazat.  

Blogger-Blogger UMNO mendakwa PAS, Parti Ajaran Sesat.  Setiap kali mereka membuat kenyatan dan komen, inilah bahasa dan tuduhan yang keluar dari mulut-mulut mereka.  Seperti sudah menjadi suatu Syahadah sinonim atau salam bagi blogger-blogger UMNO ini apabila berbicara.

Kami tidak heran atau terkesan dengan tuduhan tersebut.  Kerana ketika Nabi-Nabi yang diutuskan Allah untuk menyampaikan Risalah Islam, Risalah untuk menyembah dan mengabdikan diri kepada Tuhan Yang Maha Esa, mereka di tuduh sesat dan gila oleh kaum-kaum mereka sendiri.

Kejadian ini berlaku kepada semua Nabi-Nabi dan para pengikut Rasulullah SAW dengan lebih hebat lagi.  jadi apalah sangat dengan tuduhan blogger2 UMNO yang diupah ini.

Dan ini sesuatu yang lumrah apabila PAS membawa obor perjuangan Islam yang dahulunya di bawa oleh Rasulullah SAW.  Di akhir zaman ini... Islam kembali dagang dan asing bagi UMNO dan blogger2 mereka.  Islam telah menjadi seperti kain buruk yang telah luntur warnanya.  Sape lah yang hendak pandang.....pada Islam di saat UMNO memandnag kepada kemajuan Material dan duniawi semata2..  Mereka memandang duit yang masuk dalam poket mereka sahaja.

PAS menyeru kepada UMNO agar meninggalkan Nasionalisme, kerana Nabi Muhammad SAW telah tinggalkan kepada Umat Islam dan Manusia seluruhnya akan Al-Quranulkarim dan Hadis sebagai Perlembagaan Negara.  Jadi mengapa UMNO mengambil perlembagaan yang selain dari Islam???  Mengapa di ambil Perlembagaan Kafirun.  Nasionalisme itu asalnya dari mana..???  Bukan ajaran Nabi akan Nasionalisme ini tetapi ianya didatangkan dari Revolusi Perancis.

Mengungkap sejarah dahulu......Ajaran Nasionalisme inilah punca tumbangkan Khalafiah dan Kerajaan Islam Abbasiyah hasil perancangan jahat Yahudi dan juga Nasrani yang memecahbelahkan negara-negara Umat Islam menjadi negara-negara kecil berdasarkan kaum dan bangsa masing-masing.

Mereka menyemai semangat kebangsaan iaitu Nasionalisme agar umat Islam memerangi Kerajaan Islam Abbasiyah dan bangun bagi menuntut negara mereka berdasarkan kaum dan bangsa masing-masing.  Kerajaan Islam Abbasiyah yang dahulunya menguasai 1/3 daripada luasnya dunia ini yang tersebar dari benua Eropah bermula dari Bosnia Herzegovina, Arab hinggalah ke Asia Tenggara termasuklah Kerajaan Melayu Melaka akhirnya tumbang disebabkan Semangat Kebangsaan ini.  Siapakah yang untung di sini.??  ..Adakah Islam yang untung atau Negara Kafirun Barat yang untung di sini.???

Negara umat Islam berpecah dan menjadi kecil serta tidak bersatu padu.  Kerana dasar Nasionalisma atau kebangsaan inilah umat Islam hancur dan berpecah belah. Masing-masing ingin menegakkan negara berdasarkan Bangsa dan menolak Daulah Islamiyyah dari Kerajaan Islam Abbasiyah yang tertegak dari hasil Kerajaan Bani Umaiyyah dan Khalifah ArRasyiddin pimpinan Sahabat nabi yang dijamin Syurga oleh Nabi Muhammad SAW.

Bila Iraq dan Afghanistan diserang...tiada satu pun negara umat Islam yang mampu dan dapat menolong negara itu.....Bila Palestin dan Bosnia Herzegovina diserang...tiada satupun dari negara Umat Islam yang mampu membantu umat Islam di sana.

Kerana Nasionalisma inilah umat Islam menjadi hina, ditindas, perempuannya diperkosa dan dikerumuni oleh orang-orang kafir yahudi dan nasrani..ibarat mengerumuni hidangan yang lazat setiap kali peperangan tercetus.

Umat Islam semakin jauh daripada kebenaran. Krisis akhlak, keruntuhan moral dan pelbagai lain memburukkan lagi keadaan. 
Benarlah sabda Rasulullah s.a.w yang menyebut bahawa umat Islam akhir zaman ini ibarat hidangan yang lazat dan dikerumuni untuk dimakan oleh golongan kuffar. Mereka ramai tapi ibarat sampah yang ditolak oleh ombak. Ditolak dan ditarik sesuka hati. Tidak berguna.


Menyedihkan! Di saat umat Islam di seluruh dunia berdepan dengan pelbagai masalah dan bermandi darah hancur lebur tubuh mereka, umat Melayu Malaysia sibuk memikirkan tentang Nasionalisme, Ketuanan Melayu, fitnah menfitnah dan menuduh Pas Parti Ajaran Sesat.
Allah Ta‘ala juga mengkisahkan bagaimana kaum Nabi Hud menanggapi seruan beliau, “Mereka berkata: Apakah kamu datang kepada Kami, agar Kami hanya menyembah Allah saja dan meninggalkan apa yang biasa disembah oleh bapak-bapak kami?” (QS. Al-A‘raf: 70) 
Allah Ta‘ala juga berfirman mengisahkan tentang kaum Nabi Sholeh, Mereka berkata, “Wahai Sholeh, sungguh, engkau sebelum ini berada di tengah-tengah kami merupakan orang yang diharapkan, mengapa engkau melarang kami menyembah apa yang disembah oleh nenek moyang kami…?” (QS. Hûd: 62) 


Apabila Pas yang membawa risalah Islam menyeru UMNO untuk menyembah Allah dengan berpandukan kepada Al-Quran dan Hadis Nabi SAW dan meninggalkan Nasionalisma, apa jawab blogger-bloggernya?.......mereka mengatakan Pas... Parti Ajaran Sesat. 


Tidakkah sama apa yang diterima oleh Nabi-nabi dan Rasulullah juga pada penyampai-penyampai risalah islam dalam menyampaikan Islam kepada kaumnya.???    Sama bukan !!!...Sejarah ratusan ribu tahun yang lalu berulang kembali.  Inilah sunnahtullah dalam menyampaikan dakwah.
Kami redha atas apa yang pencacai atau blogger blogger UMNO tuduhkan pada kami.  Bukan keredhaan mereka yang kami harapkan...tetapi Keredhaan dari Allah S.W.T.
“Maka janganlah kamu bersedih karena kata-kata mereka. Sesungguhnya kemuliaan itu adalah milik Allah semuanya. Dia lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Jadi kemuliaan itu seluruhnya adalah milik Allah. Orang yang menentang apa yang dibawa oleh Allah dan Rasul-Nya serta agama-Nya sama sekali tidak memiliki bahagian sedikit pun darinya, walau pun mereka memiliki kekuatan kerajaan sepenuh langit dan bumi. 

Allah Ta'ala telah menyebutkan dalam firman-Nya: 
“Hai orang-orang yang beriman, Barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha mengetahui.” (QS. Al-Maidah: 54) 

Mereka merasa tinggi di hadapan musuh-musuh agama ini, walau pun musuh memiliki kemenangan, walau pun musuh memiliki kekuasaan material, komunikasi, media, wang puluhan juta, agensi-agensi dan jentera-jentera kerajaan. Sebab, kemuliaan itu hanya ada pada Islam, bukan pada selainnya. Sebaliknya, ketika Allah mensifati orang-orang beriman dengan kemuliaan, Allah juga berfirman tentang orang-orang yang menentang-Nya dan menentang rasul-Nya, 
“Sesungguhnya orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya mereka itu ada dalam kehinaan.” (QS. Al-Mujâdilah: ) 



Panglima7
Semoga UMNO Kembali Ke jalan Islam Yang Lurus.
Read more...

Pemuda Yang Melarikan Diri Dari Malaikat Maut.

Assalamualaikum Wbr.
Kita tidak dapat lari dari kematian

Kisah ini berlaku semasa zaman Nabi Sulaiman a.s. Pada
suatu hari, Nabi Sulaiman bin Daud a.s mengadakan
sebuah majlis keramaian dan menjemput semua rakyat
baginda untuk menghadiri majlis itu. Ketika majlis
itu sedang berlangsung, terdapat seorang pemuda yang
sedang mengambil makanan.
Tiba-tiba dia terperasan yang seseorang yang tidak 
dikenali sedang merenungnya dengan pandangan yang
begitu tajam sekali. Pemuda itu menjadi begitu risau
dan hilang selera makannya. Ketika hendak pulang 
ke rumah, pemuda tersebut disapa oleh tuan rumah; 
iaitu Nabi Sulaiman a.s. Lalu dia pun menceritakan 
kisahnya bertemu dengan seseorang yang memandang
tajam terhadapnya. 

Lalu Nabi Sulaiman dengan tenang mengatakan bahawa itu
adalah malaikat Izrail. Pemuda itu dapat 
merasakan bahawasanya Malaikat Maut telah datang
untuk mencabut nyawanya. Lalu dia meminta Nabi Sulaiman
agar menghantarnya ke sebuah pulau yang jauh lagi
tidak berpenghuni dan tidak diketahui oleh seorang
pun, dengan harapan Malaikat Maut tidak dapat 
mencarinya. Maka Nabi Sulaiman dengan kemampuannya
telah mengarahkan angin untuk menghantar pemuda 
tersebut ke pulau yang diminta.

Apabila sampai di pulau tersebut, pemuda itu begitu 
gembira kerana telah berjaya lari daripada maut. 
Tetapi, ketika mana dia menoleh ke belakang, dia
terkejut besar apabila mendapati Malaikat Maut
telah tercegat di belakangnya! Dengan perasaan 
berputus asa, dia bertanya kepada Malaikat Izrail 
mengapakah dia merenungnya tajam ketika dalam 
majlis Nabi Sulaiman.

Maka Malaikat Izrail menjawab, sebelum dia berjumpa
dengan pemuda itu di dalam majlis tersebut, Malaikat
Izrail telah mendapat perintah daripada Allah ‘azza 
wa jalla untuk mencabut nyawa pemuda itu di sebuah pulau
yang jauh dan tidak berpenghuni, iaitu di pulau yang
sedang mereka berdiri ketika itu. Apabila dia
bertemu dengannya dalam majlis tersebut, Malaikat
Izrail menjadi begitu hairan kerana pemuda itu 
berada di majlis tersebut sedangkan dia ( Izrail ) 
dititahkan untuk mencabut nyawanya di sebuah tempat
yang begitu jauh daripada tempat majlis itu 
berlangsung dalam masa beberapa minit lagi. 


Malaikat Izrail tertanya-tanya bagaimana mungkin 
pemuda itu dapat pergi ke tempat yang begitu jauh 
dalam masa yang cukup singkat. Namun, apabila Malaikat
Izrail sampai di pulau di mana dia perlu mencabut
nyawa pemuda itu, didapati pemuda tersebut telah 
berada di pulau itu. Maka mudahlah kerjanya. Barulah
pemuda iu sedar bahawasanya Allah s. w. t. itu Maha
Berkuasa dan maut itu akan merenggut kita di mana 
jua kita berada.


Panglima7
Semua makhluk akan merasai mati.  Justeru itu jangan 
terlalu bersedih akan kematian.  Kerana kita juga
bakal menghadapinya dan ianya memang PASTI...
  

Read more...

Saat-Saat Akhir Kewafatan Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W

Assalamualaikum Wbr...
Allahumma Solli ala Muhammad Wa ala ali Saiyidina Muhammad.
Sempena Maulidurasul ...Panglima ingin berkongsi kisah dengan saudara & Saudari....agar bertambah kasih kita kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.
Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Semulia-mulia insan di dunia..
untuk mengingatkan kita…
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?” ”Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,”tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,” kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. “Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. ”Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.”
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. “Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, mendekatkan telinganya.“Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum – peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.” Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatiii!” – “Umatku, umatku, umatku”
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allaahumma sholli ‘alaa Muhammad wa’alaihi wasahbihi wasallim. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak.
Panglima7
Ya Allah...kurniakanlah kami perasaan kasih kepadamu, juga perasaan kasih kepada Nabi Muhammad S.A.W. seperti para sahabat mengasihimu dan kekasihmu.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara