Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Jan 31, 2012

Malaysia Tiada Hubungan Dengan Israel....Ini Hape??


Bismillahirrahmaanirrohimm.

Assalamualaikum Wbr.

Menyingkap kembali....kedatangan Pasukan Israel ke Malaysia bilamana Mantan PM, Dr Mahathir Mohamed berkuasa ketika itu, lebih kurang 10 tahun yang lalu.  Menjawab tuduhan DS Anwar yang kononnya ingin melindungi keselamatan Israel..... Lucu lelucon laa...
bagaimaan DS Anwar yang tiada kuasa boleh melindungi Keselamatan Israel. Ceciter...ceciter.   Bagaimana pula yang ini....haa....Ini hape??

Panglima7.
__________________
Siswa UM tunjuk perasaan bantah pasukan Israel
Sekumpulan pelajar Universiti Malaya hari ini menganjurkan satu tunjuk perasaan di persimpangan jalan Kampung Kerinchi-Lebuhraya Persekutuan sebagai membantah kedatangan pasukan pingpong Israel. Beberapa ratus pelajar dan orang ramai bergerak dari Masjid Ar-Rahman di depan Universiti Malaya selepas selesai majlis sembahyang Jumaat tengah hari tadi ke simpang tersebut. Demonstrasi aman ini berjalan selama 20 minit sebelum disuraikan oleh polis.Pasukan Israel itu datang untuk menyertai Kejohanan Dunia Pingpong Berpasukan di Bukit Jalil yang berlangsung mulai 19 hingga 26 Februari ini. Pasukan wanita negara itu menduduki tempat ke-36 selepas tewas 2-3 di tangan Thailand semalam. Kejohanan anjuran Kuala Lumpur ini menyaksikan 21 pasukan menarik diri di saat-saat akhir - satu rekod penyertaan yang terburuk dalam sejarah acara sukan ini.
Kumpulan penunjuk perasaan itu membawa sepanduk-sepanduk dan melaungkan slogan antiIsrael serta bertakbir di sepanjang perarakan sejauh beberapa ratus meter. Beberapa orang dalam kumpulan itu dilihat membakar sepanduk sebaik sahaja sampai di simpang tersebut. Kumpulan itu kemudiannya berdoa sebelum bersurai dengan aman. Sebuah trak polis pencegah rusuhan FRU dan beberapa orang pegawai polis kelihatan di tempat kejadian. Tiada tangkapan dilaporkan.
Tidak ada pihak yang mendakwa menganjurkan tunjuk perasaan itu.
Bagaimanapun, Isnin lalu, Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis) dan Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) yang mendakwa mewakili 25 persatuan mahasiswa dari seluruh negara telah menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri. Memorandum itu turut diedarkan kepada anggora-anggota Dewan Rakyat pada sebelah petang.
Dalam memorandum itu, Gamis dan BBMN melahirkan perasaan "amat tersentak" dengan tindakan kerajaan mengeluarkan visa kepada rakyat Israel sedangkan negara ini tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan regim tersebut. Dua gabungan pelajar itu juga menyifatkan tindakan kerajaan Malaysia membenarkan penyertaan pasukan Israel itu sebagai "tidak sensitif" dan "amat memalukan umat Islam Malaysia."
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ong Tee Keat, berkata Malaysia tidak boleh memboikot sesetengah negara lain jika ia ingin menganjurkan lebih banyak sukan antarabangsa. "Sebagai penganjur, [Malaysia] tidak ada kuasa tawar-menawar," kata Ong di Dewan Rakyat pada Rabu lalu. Sebelum itu wakil PAS Mahfuz Omar, meminta Dewan Rakyat membahaskan usul tergempar kedatangan pasukan pingpong itu.
Menurut seorang peserta tunjuk perasaan, kerajaan tidak menghiraukan pandangan rakyat dan masih tidak mengambil iktibar daripada tentangan orang ramai terhadap pasukan kriket Israel pada 1997.
Sikap berbaik-baik Malaysia dengan Israel akhir-akhir ini sering mendapat kritikan parti-parti pembangkang, khususnya PAS dan pertubuhan-pertubuhan Islam. Tahun lalu, Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar mengaku mengadakan pertemuan sulit secara tidak rasmi dengan rakan sejawatnya dari Israel ketika menghadiri satu sidang Bangsa-bangsa Bersatu di New York.
Malaysia yang pernah lantang mengecam kekejaman ke atas rakyat Palestine kelihatan 'membuka' hubungan tidak rasmi dengan Israel. Bagaimanapun, sikap umat Islam di negara ini yang sering mengecam dasar luar itu menyebabkan Malaysia belum bersedia mengadakan hubungan rasmi dengan entiti Zionis itu.

Read more...

Jan 30, 2012

Inilah Peribahasa Melayu Yang Sebenar...Nape Tak Percaya??


Bismillahirrahmaanirrohimm..
Assalamualaikum Wbr.

Bercerita bab Peribahasa Melayu nie...Panglima nak kongsi sebuah email yang Panglima terima dari adik Panglima7.
Sila baca...;))


Agak menarik status dia! Tiada pagar makan padi. Tetapi burung pegar. Kesilapan berlaku disebabkan perubahan ejaan rumi daripada jawi.  

OK, saya terus mintak keizinan dia nak share, dan lepas je dia bagi kebenaran, terus saya copy paste letak dalam status saya, tapi saya tambah sikit:



Saya tambah bahagian batuk dalam status saya, atau sebenarnya batok. Daripada kecik lagi, saya selalu pelik kenapa “melepaskan batuk di tangga” tu bermaksud buat kerja separuh jalan?


Cikgu-cikgu Bahasa Melayu saya masa sekolah rendah pun takde explain lebih lanjut pasal apa batuk tu. Jadi saya assume maksudnya kita batuk dekat tangga. Tapi memang tak boleh relate, kenapa batuk dekat tangga tu maksudnya buat kerja tak habis? Kenapa batuk? Bukan bersin di tangga ke, sendawa ke, menguap ke?

Masa sekolah menengah, barulah cikgu saya (tak ingat dah cikgu mana...) cakap yang sebenarnya bukan batuk, tapi batok. Disebabkan perubahan ejaan jawi ke rumi, ramai orang tersalah anggap bahawa batok tu bermaksud batuk.


Apa batok tu? Batok tu sebenarnya sejenis perkakas yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Adat orang Melayu, sebelum naik ke atas rumah, kita akan basuh kaki dulu dekat tempayan. Batok digunakan untuk menceduk air dari tempayan. “Melepaskan batok di tangga” bermaksud kita tak letakkan balik batok dekat tempat asal, iaitu kita tinggalkan macam tu je dekat tangga lepas guna. Macam lepas guna getah paip dalam tandas, tak letak hujung dia dekat pemegang lah lebih kurang. Daripada situlah ia bermaksud buat kerja separuh jalan.
Inilah contoh batok tu ye kawan-kawan:


“Kau ada batok dekat rumah? Kau mampu?”



Untuk burung pegar pulak, saya cuba google gambar dia. Kemudian jumpa dekat wikipedia.

Namaku Si Pegar, bukan Pagar!

Ha, nilah contoh burung pegar, atau dalam Englishnya berbunyi ‘pheasant’. Saya pun letak gambar ni dekat facebook.


Dekat Malaysia rupanya kita panggil ayam pegar, dekat Indonesia pulak dipanggil burung pegar. Tapi ayam ke, burung ke; kedua-duanya bertepatanlah dengan peribahasa ‘harapkan pegar, pegar makan padi’. OK, patutlah. Selama ni ingatkan pagar. Sebab tulah rasa pelik, kenapa pagar makan padi? Lagipun zaman dulu mana ada orang pagar sawah padi (ada ke? Rasa macam takde...).


Rupanya orang maksudkan pegar. Pegar ni digunakan macam burung hantu lah agaknya. Kawalan biologi untuk membunuh tikus dan serangga perosak dekat sawah padi. Tetapi ketika mengharap burung pegar ini tolong makan tikus dan serangga di sawah, burung pegar ni makan pulak padi. Dia mengkhianati kepercayaan tuan punya sawah untuk menjaga sawahnya daripada dimakan binatang perosak; dia sendiri jadi binatang perosak. Jadilah pepatah ‘harapkan pegar, pegar makan padi’.


*********
Panglima7


Read more...

Jan 22, 2012

Saksi dan Nilaikan Sendiri... Sikap Kurang Ajarnya UMNO

Bismillahirrahmaanirrohimm.

Assalamualaikum Wbr.

Nilaikan sendiri....Begitu tebalnya sikap Perkauman UMNO dan sikap kurang ajarnya UMNO yang cuba merosakkan Ceramah Hindraf di Klang semalam, 21hb Jan 2012.  Video ini menjadi saksi......sikap brutal, samseng dan kurang ajarnya UMNO.   Sikap begini bakal merugikan UMNO itu sendiri dalam pilihanraya umum yang bakal menjelang.   Tumbangkan UMNO jangan biarkan samseng-samseng ini memerintah negara.
Sebarkan....dengan video ini UMNO bakal tumbang.



gua panas btol laaa dgn bdk lelaki gemok bajet mcm kuat sgt...tu nasib baik org2 dlm dewn tu x mlwn kalo org india tu pgil diorg pnye otai masak lu bro.xpyh nk bajet power sgt laaa....ramai lagi hebt dari kau..pike sikit..






“I believe they were Umno people. They had the BN and Umno flags, and were wearing Umno t-shirts,” said one participant who alerted FMT of the incident.






Panglima7

Read more...

Jan 21, 2012

Suara Gerun Dari Langit - Mungkinkah Dengkuran Dajal ???

Bismillahirrahmaanirrohimm..
Assalamualaikum Wbr.

Dunia digemparkan dengan bunyi pelik di langit.




Suara dari langit yang berbunyi seakan dengkuran ini bukan sahaja berlaku di Kota Samarahan Sarawak tetapi juga berlaku di seluruh dunia. Dengarkan sehingga habis video ini dan video bunyi gerun juga akan menyususl di serata tempat dan bandar di dunia.  Lihat Sinar harian 21hb Jan 2012. Dan lihat komen-komen dari pendengar bunyi ganjil ini yang berjaya dirakamkan di Kota Samarahan, Sarawak.

Panglima7.
Mungkinkah ini bunyi dengkuran Dajal yang sedang tidur.?
Wallahualam.

Uploader Comments (BoyRahan)

  • barangkali penduduk kawasan kota semarahan especialy kampung meranek ada bikin maksiat terkutuk sebab tu ALLAH bagi petunjuk..
    • bunyi dari power grid nie....klau dlm suhu tertentu boleh dengar....nie adalah sbb ada angin yng bawak.
    • @zamreda kawasan ni xde power grid yg besar..
    • This video sounds fake.. It just sounds like someone breathin into a microphn... or either that someone makin the sound with their car on a gravel road. .. I can also hear people snickering in the background
    • @MzSmokiiDee This video is true and authentic, u can ask urself resident in Kota Samarahan whether this video is a hoax or not.

    Top Comments

    • bunyi ini memang menakutkan..kebanyakan warga kampung meranek samarahan ada mendengarnya. ia amat kuat dan jelas dan amat menakutkan. sehingga ke saat ini pun warga meranek masih merasa takut berikutan dari bunyi tersebut..adakah ia suatu amaran yg berkemungkinan sesuatu yg buruk akan berlaku??? nauzubillah..hanya Allah yg Maha mengetahui..

      All Comments (398)

      aminmd70
      • bunyi nie mmg bkn dr sekitar..dan bkn bunyi haiwan gak. mcm dengusan makhluk or maybe ngauman yg pelik.. mybe dimalaysia kiter dengar pd waktu mlm dan ditmpt2 lain di luar negara berlaku pd waktu pg.. ada bunyi kumpulan burung terbang~mcm sedang melarikan diri dipart akhir. percaya pd perkara ghaib tue sudah semestinya bg org muslim.. jgn bongkak dan takbur pd perkara2 yg mcm nie.. dan biler berlaku yg ketawa akan MENANGIS smpai habis air mata..

Read more...

Jan 18, 2012

"Ikhlas" Yang Disalah Ertikan


Bismillahirrahmaanirrohimm....


Assalamualaikum Wbr.
Mesti Baca : Kekeliruan maksud "Ikhlas".

“Perintah Allah itu mesti diikuti walaupun suka atau terpaksa. Tidak kira samada ikhlas atau tidak… WAJIB diikuti. Ini yang ingin disampaikan di dalam artikel ini. Tapi orang kita asyik guna alasan… “kalau buat baik tapi tak ikhlas.. baik tak payah.” Mana ajaran yang dibelajar tak tau lah.”

Apa yang kita faham dengan sebuah keikhlasan?
Seringkali pemahaman kita tentang ikhlas adalah melakukan sesuatu itu dalam keadaan hati yang rela dan benar-benar ingin melakukan.
Kita juga memahami ikhlas itu melakukan kerja kerana Allah SWT namun pemahaman yang pertama tadi yang selalunya menjadi rujukan kita ketika melakukan sesuatu kebaikan.
Selama ini kita memahami… untuk melakukan kebaikan perlu dilakukan dengan senang hati… rela… Jika tidak.. tidak guna melakukan sesuatu kerja itu walaupun kerja yang baik. Inilah pemahaman kita dengan sebuah keikhlasan.
Persoalannya berapa banyak kali hati kita benar-benar rela di dalam melakukan kebaikan walaupun kita cuba melakukan kerana Allah SWT?
Berapa banyak kali hati kita benar-benar mendirikan solat dengan benar-benar rela atau senang hati melakukan? Selalunya kerana solat itu sebuah kewajipan.
Berapa banyak kali hati kita benar-benar senang hati bersedekah walaupun dalam keadaan kita juga memerlukan?
Berapa banyak kali hati kita senang hati membantu orang lain dalam keadaan kita sibuk?
Selain dari itu, ikhlas juga difahami bahawa kerja yang dilakukan mestilah percuma. Seandainya kita menuntut bayaran atau ganjaran ke atas sesuatu kebaikan, maka kita dikatakan tidak ikhlas.
Seandainya begitu, maka semua orang tidak ikhlas kerana kerja kita dibayar upah gaji setiap bulan.
Ikhlas tidak bermakna percuma dan percuma belum tentu ikhlas.

Betulkan Kefahaman Kita Tentang Ikhlas.
Benar makna ikhlas adalah melakukan sesuatu itu kerana Allah SWT. Namun tidak ada dinyatakan bahawa ketika kita melakukan kerja, kita harus menunggu hati kita benar-benar senang hati melakukan.
Selalunya disebut… “kalau tak ikhlas, tak guna lakukan” seolah-olah rasa senang hati atau rela melakukan itu perlu ada dahulu barulah kita melakukan.
Saudara,
Saya jelaskan dengan mudah agar kita memahami ikhlas yang sebenar.
Dari segi realiti kehidupan, ikhlas ini adalah berapa kuatnya diri kita mampu melepaskan diri dari keterikatan yang menghalang untuk kita melakukan kebaikan.
Biarlah hati kita tidak senang… jasad kita terasa berat untuk melakukan, otak memikirkan pelbagai alasan.. namun kita tetap terus melakukan. Kita mampu melakukan dalam apa jua keadaan hati kerana kita faham apa yang kita lakukan kerana Allah SWT.
Inilah keikhlasan di mana melakukan sesuatu kerana Allah SWT walau dalam keadaan apa jua pun. 

BUKAN MENUNGGU HATI SENANG ATAU SELESA MELAKUKAN KEBAIKAN, BARULAH KITA MELAKUKAN dengan menyatakan…. “aku ikhlas”.
“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun berat dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (At Taubah:41)
Firman Allah jelas menyatakan bahawa berangkat untuk berjihad dalam keadaan ringan atau pun berat. Bukan sahaja dalam keadaan ringan semata-mata, malah dalam keadaan berat pun perlu juga berjihad kerana yang utama kita berjihad kerana Allah SWT.
Orang kata… kalau kita melakukan kerana Allah SWT pasti kita ikhlas. Ya benar.
Namun hakikat ramai antara kita sekarang ini sekadar tahu. Kerana tidak menyedari akan Allah SWT maka walaupun tahu melakuan kerja kerana Allah namun di hati itu masih terasa beratnya.
Kita bercerita dalam realiti kebanyakan kita hari ini.

Ubah Kefahaman Kita Selama Ini Tentang Ikhlas
Ikhlas di dalam melakukan kebaikan adalah melakukan kerana Allah.
Namun realiti kita walaupun melakukan kebaikan kerana Allah namun hati masih berat.
Melakukan kebaikan dengan ikhlas bukanlah melakukan kebaikan dengan senang hati semata-mata. Tingginya keikhlasan kita diukur sejauh mana kita berjaya melepaskan diri dari halangan dari melakukan kebaikan.
Seandainya kita banyak duit dan kita senang bersedekah, ikhlas kita tidaklah setinggi berbanding mereka yang kekurangan duit tapi tetap bersedekah. Mereka yang kekurangan duit lebih hebat halangannya dan golongan itu yang berjaya melepaskan diri dari keterikatan harta benda pasti lebih ikhlas.
Namun bagi yang banyak duit, tingginya ikhlas adalah bergantung sejauh mana nilai yang sanggup yang disedekahkan. Seandainya tinggi ikhlasnya, lagi banyak duit, lagi banyak yang disedekahkan. Kerana ujian kita adalah berapa kuatnya kita melepaskan diri dari keterikatan harta benda.
Namun kita seringkali dihalang dengan kata-kata… “banyak duit tapi tak ikhlas lebih baik dari sikit duit tapi ikhlas”. Seandainya ikhlas.. tidak mungkin nilainya sedikit berbanding dengan duit yang kita ada.
Ketika kita ingin membantu sahabat kita, bukanlah menunggu benar-benar kita senang hati ingin membantu. Namun bantulah ketika sahabat kita memerlukan bantuan.
Solat.. lakukan walaupun rasa berat. Kerana itu khusyuk di dalam solat adalah dinyatakan oleh Allah adalah sebuah keadaan bahawa kita yakin sedang bertemu Allah dan kembali kepadaNya. Kita perlu sabar walaupun rasa berat namun seandainya kita yakin sedang bertemu Allah, kita pasti akan berasa ringan.
Tidak ada di katakan dirilah solat ketika hati senang. Solat wajib didirikan dalam keadaan hati samada senang atau tidak senang. Yang utama kerana Allah.
Maka kebaikan itu tidak perlu menunggu hati senang melakukan atau tidak atau dengan kefahaman kita selama ini, menunggu ikhlas dahulu baru lakukan. Salah faham makna ikhlas… kita mengatakan “kalau tak ikhlas.. tak guna buat baik”.
Lakukan sahaja kebaikan tanpa mempedulikan samada rasa senang hati atau berat kerana rasa senang hati, kebahagiaan, lapang hati dan seumpanya PASTI akan diberikan Allah selepas kita berjaya melepaskan diri dari halangan untuk melakukan kebaikan.
Fahamilah bahawa melakukan sesuatu kerja dengan ikhlas BUKANLAH menunggu hati dalam keadaan senang melakukan barulah kita rasa kita ikhlas. Jika ini kefahaman kita, ternyata kita salah memahami erti keikhlasan.
Maka lakukan kebaikan, inshaAllah pasti akan diikhlaskan Allah hati kita ini. Seandainya ingin menunggu kita ini ikhlas dahulu… entah berapa banyaklah agaknya kebaikan yang berjaya kita lakukan.
[note] Melakukan kebaikan dalam keadaan tidak ikhlas adalah lebih baik berbanding langsung tidak melakukan kebaikan dengan alasan…”kalau tak ikhlas.. baik tak payah buat kebaikan”. NAMUN terrrrrr amat RUGI seandainya melakukan kebaikan tetapi tidak ikhlas… tidak kerana Allah SWT.

p/s Dibenarkan untuk dikongsikan bersama rakan lain jika ia bermanafaat.

Dipetik dari
Fuad Latip
Jiwa Positif Hidup BerTuhan
http://www.facebook.com/fuadlatip
27 Mei 2011

Panglima7
Setuju dengan apa yang dikatakan oleh penulis.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara