Pengikut-Pengikut Panglima7

Kalendar Islam

Jan 15, 2012

Berwudhuk lah dengan Sempurna…..Elakkan Semberono


Bismillahirrahmaanirrohimm.


Assalamualaikum Wbr……..

Panglima berpesan kepada diri Panglima dan juga tuan/puan…..berwudhuklah kita dengan sesempurna yang mungkin…..sebagus yang mungkin kalau boleh, jangan berwudhuk secara semberono atau cincai atau nak cepat ajer asalkan basah.  Dikhuatiri solat yang kita tunaikan tidak sah disebabkan wudhuk kita yang tidak sempurna.  Tetapi janganlah sampai berlebih-lebihan pula dalam berwudhuk.  Maka kerugianlah yang menimpa kita di akhirat kelak.  Hadis di bawah menunjukkan peri pentingnya wudhuk yang sempurna.

Hadith :

Dari Umar bin al-Khattab r.a katanya:” Ada seorang lelaki berwudhuk tetapi
ada kakinya yang tidak terkena air selebar kuku. Dan hal itu dilihat oleh
Nabi s.a.w. Disebabkannya baginda bersabda:”Ulang kembali wudhukmu dengan
sempurna dan sebagus-bagusnya!” Orang itu pun berwudhuk kembali dan sesudah
itu dia solat.” (Muslim)

Panglima7
Panglima suka berwudhuk air di kolah.

2 comments:

MOH KEMBARA said...

Salam Yob,

Semoga ibadah kita sempurna, agar diri kita tak rugi. Ada gak teman perati org amik wudhuk cincai-cincai jer. Nak kata dia tak tau agama, idak pulak.

Amy Syaquena said...

Nice sharing panglima..thanks peringatan yang berguna..

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara