Bismillahirrahmaanirrohimm....
Assalamualaikum Wbr.
Mesti Baca : Kekeliruan maksud "Ikhlas".
“Perintah Allah itu mesti diikuti walaupun suka atau terpaksa. Tidak kira samada ikhlas atau tidak… WAJIB diikuti. Ini yang ingin disampaikan di dalam artikel ini. Tapi orang kita asyik guna alasan… “kalau buat baik tapi tak ikhlas.. baik tak payah.” Mana ajaran yang dibelajar tak tau lah.”
Apa yang kita faham dengan sebuah keikhlasan?
Seringkali pemahaman kita tentang ikhlas adalah melakukan sesuatu itu dalam keadaan hati yang rela dan benar-benar ingin melakukan.
Seringkali pemahaman kita tentang ikhlas adalah melakukan sesuatu itu dalam keadaan hati yang rela dan benar-benar ingin melakukan.
Kita juga memahami ikhlas itu melakukan kerja kerana Allah SWT namun pemahaman yang pertama tadi yang selalunya menjadi rujukan kita ketika melakukan sesuatu kebaikan.
Selama ini kita memahami… untuk melakukan kebaikan perlu dilakukan dengan senang hati… rela… Jika tidak.. tidak guna melakukan sesuatu kerja itu walaupun kerja yang baik. Inilah pemahaman kita dengan sebuah keikhlasan.
Persoalannya berapa banyak kali hati kita benar-benar rela di dalam melakukan kebaikan walaupun kita cuba melakukan kerana Allah SWT?
Berapa banyak kali hati kita benar-benar mendirikan solat dengan benar-benar rela atau senang hati melakukan? Selalunya kerana solat itu sebuah kewajipan.
Berapa banyak kali hati kita benar-benar senang hati bersedekah walaupun dalam keadaan kita juga memerlukan?
Berapa banyak kali hati kita senang hati membantu orang lain dalam keadaan kita sibuk?
Selain dari itu, ikhlas juga difahami bahawa kerja yang dilakukan mestilah percuma. Seandainya kita menuntut bayaran atau ganjaran ke atas sesuatu kebaikan, maka kita dikatakan tidak ikhlas.
Seandainya begitu, maka semua orang tidak ikhlas kerana kerja kita dibayar upah gaji setiap bulan.
Ikhlas tidak bermakna percuma dan percuma belum tentu ikhlas.
Betulkan Kefahaman Kita Tentang Ikhlas.
Benar makna ikhlas adalah melakukan sesuatu itu kerana Allah SWT. Namun tidak ada dinyatakan bahawa ketika kita melakukan kerja, kita harus menunggu hati kita benar-benar senang hati melakukan.
Benar makna ikhlas adalah melakukan sesuatu itu kerana Allah SWT. Namun tidak ada dinyatakan bahawa ketika kita melakukan kerja, kita harus menunggu hati kita benar-benar senang hati melakukan.
Selalunya disebut… “kalau tak ikhlas, tak guna lakukan” seolah-olah rasa senang hati atau rela melakukan itu perlu ada dahulu barulah kita melakukan.
Saudara,
Saya jelaskan dengan mudah agar kita memahami ikhlas yang sebenar.
Saya jelaskan dengan mudah agar kita memahami ikhlas yang sebenar.
Dari segi realiti kehidupan, ikhlas ini adalah berapa kuatnya diri kita mampu melepaskan diri dari keterikatan yang menghalang untuk kita melakukan kebaikan.
Biarlah hati kita tidak senang… jasad kita terasa berat untuk melakukan, otak memikirkan pelbagai alasan.. namun kita tetap terus melakukan. Kita mampu melakukan dalam apa jua keadaan hati kerana kita faham apa yang kita lakukan kerana Allah SWT.
Inilah keikhlasan di mana melakukan sesuatu kerana Allah SWT walau dalam keadaan apa jua pun.
BUKAN MENUNGGU HATI SENANG ATAU SELESA MELAKUKAN KEBAIKAN, BARULAH KITA MELAKUKAN dengan menyatakan…. “aku ikhlas”.
“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun berat dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (At Taubah:41)
Firman Allah jelas menyatakan bahawa berangkat untuk berjihad dalam keadaan ringan atau pun berat. Bukan sahaja dalam keadaan ringan semata-mata, malah dalam keadaan berat pun perlu juga berjihad kerana yang utama kita berjihad kerana Allah SWT.
Orang kata… kalau kita melakukan kerana Allah SWT pasti kita ikhlas. Ya benar.
Namun hakikat ramai antara kita sekarang ini sekadar tahu. Kerana tidak menyedari akan Allah SWT maka walaupun tahu melakuan kerja kerana Allah namun di hati itu masih terasa beratnya.
Kita bercerita dalam realiti kebanyakan kita hari ini.
Ubah Kefahaman Kita Selama Ini Tentang Ikhlas
Ikhlas di dalam melakukan kebaikan adalah melakukan kerana Allah.
Ikhlas di dalam melakukan kebaikan adalah melakukan kerana Allah.
Namun realiti kita walaupun melakukan kebaikan kerana Allah namun hati masih berat.
Melakukan kebaikan dengan ikhlas bukanlah melakukan kebaikan dengan senang hati semata-mata. Tingginya keikhlasan kita diukur sejauh mana kita berjaya melepaskan diri dari halangan dari melakukan kebaikan.
Seandainya kita banyak duit dan kita senang bersedekah, ikhlas kita tidaklah setinggi berbanding mereka yang kekurangan duit tapi tetap bersedekah. Mereka yang kekurangan duit lebih hebat halangannya dan golongan itu yang berjaya melepaskan diri dari keterikatan harta benda pasti lebih ikhlas.
Namun bagi yang banyak duit, tingginya ikhlas adalah bergantung sejauh mana nilai yang sanggup yang disedekahkan. Seandainya tinggi ikhlasnya, lagi banyak duit, lagi banyak yang disedekahkan. Kerana ujian kita adalah berapa kuatnya kita melepaskan diri dari keterikatan harta benda.
Namun kita seringkali dihalang dengan kata-kata… “banyak duit tapi tak ikhlas lebih baik dari sikit duit tapi ikhlas”. Seandainya ikhlas.. tidak mungkin nilainya sedikit berbanding dengan duit yang kita ada.
Ketika kita ingin membantu sahabat kita, bukanlah menunggu benar-benar kita senang hati ingin membantu. Namun bantulah ketika sahabat kita memerlukan bantuan.
Solat.. lakukan walaupun rasa berat. Kerana itu khusyuk di dalam solat adalah dinyatakan oleh Allah adalah sebuah keadaan bahawa kita yakin sedang bertemu Allah dan kembali kepadaNya. Kita perlu sabar walaupun rasa berat namun seandainya kita yakin sedang bertemu Allah, kita pasti akan berasa ringan.
Tidak ada di katakan dirilah solat ketika hati senang. Solat wajib didirikan dalam keadaan hati samada senang atau tidak senang. Yang utama kerana Allah.
Maka kebaikan itu tidak perlu menunggu hati senang melakukan atau tidak atau dengan kefahaman kita selama ini, menunggu ikhlas dahulu baru lakukan. Salah faham makna ikhlas… kita mengatakan “kalau tak ikhlas.. tak guna buat baik”.
Lakukan sahaja kebaikan tanpa mempedulikan samada rasa senang hati atau berat kerana rasa senang hati, kebahagiaan, lapang hati dan seumpanya PASTI akan diberikan Allah selepas kita berjaya melepaskan diri dari halangan untuk melakukan kebaikan.
Fahamilah bahawa melakukan sesuatu kerja dengan ikhlas BUKANLAH menunggu hati dalam keadaan senang melakukan barulah kita rasa kita ikhlas. Jika ini kefahaman kita, ternyata kita salah memahami erti keikhlasan.
Maka lakukan kebaikan, inshaAllah pasti akan diikhlaskan Allah hati kita ini. Seandainya ingin menunggu kita ini ikhlas dahulu… entah berapa banyaklah agaknya kebaikan yang berjaya kita lakukan.
[note] Melakukan kebaikan dalam keadaan tidak ikhlas adalah lebih baik berbanding langsung tidak melakukan kebaikan dengan alasan…”kalau tak ikhlas.. baik tak payah buat kebaikan”. NAMUN terrrrrr amat RUGI seandainya melakukan kebaikan tetapi tidak ikhlas… tidak kerana Allah SWT.
p/s Dibenarkan untuk dikongsikan bersama rakan lain jika ia bermanafaat.
Dipetik dari
Fuad Latip
Jiwa Positif Hidup BerTuhan
Jiwa Positif Hidup BerTuhan
http://www.facebook.com/fuadlatip
27 Mei 2011
Panglima7
Setuju dengan apa yang dikatakan oleh penulis.
5 comments:
Salam,
pandangan hamba,maksud ikhlas yg hamba pegang ialah melakukan sesuatu tanpa mengharapkan ganjaran sama ada ganjaran dunia mahupun ganjaran akhirat.
terma 'golongan mukhlisin' yg bermaksud golongan yg ikhlas telah pun digunakan oleh iblis yg dirakamkan oleh Allah dalam Al Quran surah al Hijr ayat 40.
"Sungguh aku akan sesatkan manusia semuanya, kecuali orang yang ikhlas"
untuk mampu menggunakan terma ikhlas itu,bermakna iblis telah lama mengetahui makna ikhlas yg sebenarnya sebelum dia mengingkari perintah Allah.
Dia adalah ketua kepada para malaikat ketika itu yg tugasnya hanya beribadat kepada Allah.Adakah dia mengharapkan pahala?adakah dia mengharapkan syurga?tidak perlu semua itu kerana telah pun aman dalam alam itu ketika itu tetapi masih beribadat kepada Allah.Itu maksud golongan ikhlas yg difahami oleh iblis dan dari situ keluarlah perkataan 'golongan mukhlisin' dalam ayat 40 surah al Hijr. Persoalan seterusnya mengapa iblis tidak akan ganggu golongan yg ikhlas?
Tetapi oleh kerana dia riak dan bongkak dengan kejadian asalnya iaitu dari api maka sifat itulah yg berlawanan dengan ikhlas dan sifat riak,bongkak,sombong,bangga diri,takbur,angkuh inilah sifat yg terlahir bila iblis melawan Allah.& sifat ini ada dalam diri manusia dan kita harus berusaha utk buang sifat2 ini dan selepas itu tiada lagi sifat lawan bagi ikhlas,hanya ikhlas sahaja dan tergolonglah kita selepas itu dalam golongan mukhlisin.
wallahua'lam
Nice sharing panglima..thanks ya
Waalaikumsalam Wbr.
Alhamdulillah tuan Hajim. Terima kasih kerana memberikan pandangan dan buah fikiran yang bernas. Semoga dirahmati Allah hendaknya.
Terima kasih Amy....sudi membaca dan berkunjung ke teratak panglima.
selalunya kalau ada kawan yang minta tolong saya wat sesuatu, saya mesti buat walau macam mana pun,sebab saya kasihan... tapi masalahnya sama ada sedang melakukan atau selepas selesai tolong saya mesti tiba-tiba rasa terbeban! harapkan upah! rasa menyesal tolong (kalau ganggu masa saya)... adakah itu macam tak ikhlas juga?
Post a Comment