Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Jan 31, 2012

Malaysia Tiada Hubungan Dengan Israel....Ini Hape??


Bismillahirrahmaanirrohimm.

Assalamualaikum Wbr.

Menyingkap kembali....kedatangan Pasukan Israel ke Malaysia bilamana Mantan PM, Dr Mahathir Mohamed berkuasa ketika itu, lebih kurang 10 tahun yang lalu.  Menjawab tuduhan DS Anwar yang kononnya ingin melindungi keselamatan Israel..... Lucu lelucon laa...
bagaimaan DS Anwar yang tiada kuasa boleh melindungi Keselamatan Israel. Ceciter...ceciter.   Bagaimana pula yang ini....haa....Ini hape??

Panglima7.
__________________
Siswa UM tunjuk perasaan bantah pasukan Israel
Sekumpulan pelajar Universiti Malaya hari ini menganjurkan satu tunjuk perasaan di persimpangan jalan Kampung Kerinchi-Lebuhraya Persekutuan sebagai membantah kedatangan pasukan pingpong Israel. Beberapa ratus pelajar dan orang ramai bergerak dari Masjid Ar-Rahman di depan Universiti Malaya selepas selesai majlis sembahyang Jumaat tengah hari tadi ke simpang tersebut. Demonstrasi aman ini berjalan selama 20 minit sebelum disuraikan oleh polis.Pasukan Israel itu datang untuk menyertai Kejohanan Dunia Pingpong Berpasukan di Bukit Jalil yang berlangsung mulai 19 hingga 26 Februari ini. Pasukan wanita negara itu menduduki tempat ke-36 selepas tewas 2-3 di tangan Thailand semalam. Kejohanan anjuran Kuala Lumpur ini menyaksikan 21 pasukan menarik diri di saat-saat akhir - satu rekod penyertaan yang terburuk dalam sejarah acara sukan ini.
Kumpulan penunjuk perasaan itu membawa sepanduk-sepanduk dan melaungkan slogan antiIsrael serta bertakbir di sepanjang perarakan sejauh beberapa ratus meter. Beberapa orang dalam kumpulan itu dilihat membakar sepanduk sebaik sahaja sampai di simpang tersebut. Kumpulan itu kemudiannya berdoa sebelum bersurai dengan aman. Sebuah trak polis pencegah rusuhan FRU dan beberapa orang pegawai polis kelihatan di tempat kejadian. Tiada tangkapan dilaporkan.
Tidak ada pihak yang mendakwa menganjurkan tunjuk perasaan itu.
Bagaimanapun, Isnin lalu, Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis) dan Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) yang mendakwa mewakili 25 persatuan mahasiswa dari seluruh negara telah menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri. Memorandum itu turut diedarkan kepada anggora-anggota Dewan Rakyat pada sebelah petang.
Dalam memorandum itu, Gamis dan BBMN melahirkan perasaan "amat tersentak" dengan tindakan kerajaan mengeluarkan visa kepada rakyat Israel sedangkan negara ini tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan regim tersebut. Dua gabungan pelajar itu juga menyifatkan tindakan kerajaan Malaysia membenarkan penyertaan pasukan Israel itu sebagai "tidak sensitif" dan "amat memalukan umat Islam Malaysia."
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ong Tee Keat, berkata Malaysia tidak boleh memboikot sesetengah negara lain jika ia ingin menganjurkan lebih banyak sukan antarabangsa. "Sebagai penganjur, [Malaysia] tidak ada kuasa tawar-menawar," kata Ong di Dewan Rakyat pada Rabu lalu. Sebelum itu wakil PAS Mahfuz Omar, meminta Dewan Rakyat membahaskan usul tergempar kedatangan pasukan pingpong itu.
Menurut seorang peserta tunjuk perasaan, kerajaan tidak menghiraukan pandangan rakyat dan masih tidak mengambil iktibar daripada tentangan orang ramai terhadap pasukan kriket Israel pada 1997.
Sikap berbaik-baik Malaysia dengan Israel akhir-akhir ini sering mendapat kritikan parti-parti pembangkang, khususnya PAS dan pertubuhan-pertubuhan Islam. Tahun lalu, Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar mengaku mengadakan pertemuan sulit secara tidak rasmi dengan rakan sejawatnya dari Israel ketika menghadiri satu sidang Bangsa-bangsa Bersatu di New York.
Malaysia yang pernah lantang mengecam kekejaman ke atas rakyat Palestine kelihatan 'membuka' hubungan tidak rasmi dengan Israel. Bagaimanapun, sikap umat Islam di negara ini yang sering mengecam dasar luar itu menyebabkan Malaysia belum bersedia mengadakan hubungan rasmi dengan entiti Zionis itu.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara