Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Feb 28, 2010

Inilah Akibat Jika Keluarga Ambil Semberono



Salam

Berita yang menyayat hati menggemparkan Masyarakat Malaysia baru-baru ini akibat kematian sadis seorang kanak-kanak perempuan malang, Syafia Humairah 3, yang mati dengan kesan luka pada muka dan perut dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya seorang pemandu teksi 28, dalam kejadian di kampung Batu 30, Ulu Yam Selangor empat hari lalu.

Tambah mengejutkan apabila ibu mangsa iaitu Siti Nurhanim 25, telah bersekedudukan tanpa nikah dengan teman lelakinya (suspek) selama 6 tahun hingga melahirkan anak luar nikah berusia setahun enam bulan. Astagfirullahalazim.

Di sini pentingnya peranan Ahli Keluarga dan masyarakat. Bagaimana adik beradik,boleh tidak mengambil peruah akan saudaranya sendiri begitu juga dengan saudara mara dan datuk beliau yang tinggal berdekatan. Nak beromen ke, nak berzina ker....ngko punya pasal. Inilah sikap yang sangat malang. Beliau masih bersuami dan suami beliau sedang menunggu hukuman di penjara sejak tahun 2006 lagi.

Dikhabarkan ibunya juga terlibat dalam mendera mangsa dan pihak polis berkemungkinan akan menahan beliau untuk disoat siasat dan di dakwa di mahkamah syariah atas kesalahan bersekedudukan tanpa nikah selama 6 tahun hingga melahirkan anak.

Inilah hasilnya jika hidup membelakangkan agama dan sesuatu yang terjadi itu sebagai peringatan dari Allah SWT agar hambanya kembali ke pangkal jalan.

6 comments:

jebat_berani said...

salam kekandaku panglima 7..

baca entry terbaru ini benar-benar membuatkan hati hamba "terbakar"...rasanya perasaan marah ini tak mampu hamba bendung jika berada ditempat dan ketika kejadan ini berlaku...tidak keterlaluan jika hamba katakan bahawa hamba tidak akan merasa ragu untuk bertindak keatas "sicelaka" itu...

sebetulnya hamba mengelak untuk membuat entry berkaitan kejadian ini dan juga mengulas akan isu ini...hamba bimbang tidak mampu mengawal perasaan sehingga menulis sesuatu yang tidak elok dan tidak sopan untuk dibaca...

kekandaku panglima 7,hamba sudah 5 tahun berkahwin dan masih tidak dikurniakan zuriat..hamba begitu kepingin untuk memiliki zuriat seperti insan yang lain..cemburu rasanya melihat sahabat-sahabat hamba menunjukkan zuriat kebanggan mereka..dan apabila berpeluang bermesra dengan kanak-kanak hati hamba berasa teruja sekali..

tetapi melihat "sicelaka" yang tidak tahu menhargai "anugerah" dari ALLAH S.W.T ini membuatkan hati hamba menjadi "terbakar"...apakah "sicelaka" ini tidak mempunyai perasaan..sedarkah bahawa sikecil itu bukanlawannya??bangsat sungguh "sicelaka" ini...menunjuk hebat pada sikecil..

menambahkan perasaan marah hamba ialah sikap mereka yang berada ketika kejadian itu..apakah memadai hanya melaungkan kepada "sicelaka" yang sudah kerasukan ini agar berhenti menganiaya sikecil itu??apakah seramai manusia yang ada tidak ada seorang pun yang berani tampil bertindak lebih agresif menghalang "sicelaka" ini...

pada hamba mereka yang menyaksikan akan kejadian ini juga patut didakwa..mereka ini juga "bangsat" kerana menjadi seorang pengecut...tak layak hidup di muka bumi ini..sungguh memalukan seramai-ramai manusia hanya mampu melihat sahaja perbuatan zalim ini berlaku didepan mata..maka tak hairanlah rakyat seperti ini boleh "menghalalkan" perbuatan zalim kerajaan um-no/be-end...

maafkan hamba kekanda panglima 7 kerana sedikit emosi...kerana iti sebenarnya hamba mengelak untuk mengulas isu ini sebelum ini..namun hamba tak mampu menahan rasa kesal,geram,marah,bengang dan macam-macam lagi melihat manusia "bangsat" seperti ini...ampunkan hamba kekandaku panglima 7...

jebat_berani said...

kekanda..senang sahaja sebenarnya senang sahaja nak letakkan mp3 kat blog..kanda klik sahaja pada mp3 tersebut dan dia akan bawa kanda ke tempat dimana kanda boleh buat mp3 kanda sendiri..kanda ikut sahaja rahannya....atau ada kelapangan kita boleh berjumpa sambil-sambil minum n borak-borak bleh hamba tunjukkan kanda bagaimana untuk tambah lain-lain gajet di blog..hehehe...

al-brangi Online said...

salam,

tak terkata, siibu tu nampak cam nyesal je....ye ke tu

Panglima7 said...

Salam kekandaku Jebat.

Hamba faham perasaanmu Jebat. Moga Saudara jebat dapat bersabar. Hamba pun terbakar juga pabila mengetahui kisah semua ini.
Meluap-luap darah hamba. Andailah ini zaman kesultanan Melaka dah lama robek perut si durjana itu hamba kerjakan.

Seperkara lagi....Jebat. Hamba kehilangan blog hamba yang asal. hamba cuab membesarkan margin blog hamba lantas tiba-tiba semuanya hilang termasuklah blog tuanhamba jebat dan blog-blog link yang lain. Susah sungguh hati hamba...kerana terpaksa mencari semula apa yang hilang..lagipun ilmu hamba mengenai IT ini agak terbatas.

Panglima7 Wrotes.

Panglima7 said...

Salam Al Brangi.

Itu mungkin lakonan sahaja.....kerana mengikut laporan ada saksi yang melihat si anak semasa hidupnya di dera oleh si ibunya dan pasangannya.

Panglima7 said...

Saudaraku Jebat.

Hamba akan doakan Tuanhamba Jebat cepat beroleh Cahayamata dengan izin Allah. InsyaAllah.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara