Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Feb 18, 2010

Teori RAHMAN Sempurna Sudah. Tanda Ajal Sedang Menghampiri UMNO & BN


Innalillahi wainna ilaihirojiunn.

Salam.

Teori RAHMAN telah sempurna sudah sejak Najib mengambil alih pemerintahan negara dari Abdullah ahmad Badawi. Perdana-Perdana Menteri Malaysia yang mentadbir negara, huruf awal nama-nama mereka tersusun menurut perkataan R.A.H.M.A.N sekaligus membenarkan ramalan dan pandangan ramai pihak bahawa nama-nama inilah yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Apabila kita menyebut tentang SEMPURNA atau telah sempurna maka selepas mencapai titik sempurna iaitu titik yang tertinggi dalam sejarah pencapaiannya maka sesudah itu sudah tentulah berlaku kegelinciran atau kejatuhan atau kehancuran selepas menikmati kesempurnaan tersebut.

Kita perlu rujuk kembali kepada sirah. Apabila Islam itu sudah sempurna, sempurna dari segala sudut dan segi serta dakwah dan pengisiannya maka bermulalah era kejatuhan. Itu yang berlaku kepada umat ISLAM kini.

Apa yang ingin saya kaitkan di sini ialah.....apabila telah sempurna Teori RAHMAN bagi UMNO yang memerintah negara selama 50 tahun maka tunggulah saat kejatuhan dan kehancurannya. Siapakah Perdana Menteri Malaysia Selepas Perkataan Rahman yakni huruf "N". Sudah tentulah tiada..... kerana huruf N adalah pelengkap kepada perkataan Rahman tadi..

Perkataan RAHMAN ini juga memberi tanda bahawa zaman pemerintahan UMNO dan BN akan berakhir. Tiada lagi Perdana Menteri dari kalangan Parti UMNO ketika itu. Berapa lama...?? satu tahun, 2 tahun, 3 tahun ??? tidaklah pasti. Yang pastinya tidak lama iaitu.....selepas era Najib. Tiada lagi Perdana Menteri dari UMNO yang akan mewarisinya.

Perdana Menteri yang baru adalah di kalangan Pakatan Rakyat. InsyaAllah. Kerana ketika itu UMNO telah menemui ajalnya. Innalillahi wainna ilaihirojiunn.

Sila klik ke laman Jebat Berani http://jebatberani.blogspot.com/2010/02/berakhir-sudah-teori-r-h-m-nsiapakah.html

Wallahualam

Panglima 7 wrotes.

2 comments:

jebat_berani said...

KERANA KITA PUNYA SATU SEMANGAT,SATU JAMAAH DAN SATU MATLAMAT MAKA TIDAK HAIRANLAH JIKA KITA PUNYA SATU FIKIRAN....SEMOGA ALLAH MENGEKALKAN KITA PADA SATU PERJUANGAN YAKNI PERJUANGAN MENEGAKKAN KEBENARAN DAN MENENTANG KEBATHILAN....ALLAHUAKBAR!!!!!!!

Panglima 7 said...

Benar kekanda Jebat. Derhakamu derhaka bertempat, dikenang orang sepanjang zaman. Mudah-mudahan Allah mengekalkan kita dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan memerangi kebatilan.

Takbirrr...Allahuakbar!!!

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara