Pengikut-Pengikut Panglima7

Kalendar Islam

Feb 16, 2010

Tiba-Tiba Pokok Bergoyang.!! Kerja Kera atau Kerja Angin?/

Salam,

Berita Terbaru.
Seorang setiausaha politik, kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, telah melepaskan jawatan berkuatkuasa semalam. Sumber mengatakan bahawa kenyataan ini dikeluarkan oleh pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Sebab-sebabnya perletakkan jawatan tidaklah diketahui. Namun kata sumber-sumber, kalau tiada angin masakan pokok besar boleh bergoyang. Kerja kera atau kerja angin...itu yang menjadi persoalannya sekarang.

WalauBagaimanapun, terdapat juga blog-blog yang melaporkan beliau telah diminta meletak jawatan selepas ditahan bersama-sama wang tunai nilaian juta di Pulau Pinang minggu lepas.

Senyap ajer kes ni yea bila melibatkan UMNO dan Kerajaan.

Kes ini seperti berulang kembali sepertimana yang berlaku kepada Tan Sri Muhammad Muhd Taib dahulu. Kes yang melibatkan penemuan puluhan juta di dalam beg ketika beliau berada di Lapangan Terbang Australia 10 tahun yang lalu.(kalau tak silap ako la)

Laporan itu juga menyatakan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan akaun bank setiausaha ini dan turut merampas kereta juga rumah mewah. Sebab-sebabnya ialah kerana beliau hidup mewah diluar paras kemampuan.

Ako tak nak citer banyak. Benda ni masih samar-samar lagi. Oleh yang demikian Nama pun ako tak nak sebut di sini.

Panglima7

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara