Salam,
Setelah mengecapi dan sedang merasai lazatnya kemenangan dengan tumbangnya beberapa negeri yang diperintah oleh UMNO dan BN dan..........
Setelah menghadapi dan sedang menghalusi kewibawaan beberapa calon-calon DUN dan Parlimen yang melompat parti dan yang akan keluar parti terutamanya dari Parti Keadilan.....maka PAS perlu bijak memain dan melakukan peranan.
Bagi hamba, Pas perlu melobi Kawasan-kawasan PARLIMEN atau DUN mereka-mereka yang melompat parti atau sedang menjurus ke arah itu seperti Zulkifli Nordin - Bandar Baru, Badrul Hisham - Kelang dan lain-lain yang dipegang oleh PKR.
Keluarkan PRO dan KON di sini.....sekiranya Kawasan PKR ini MASIH lagi diletakkan juga calon PKR pada pilihanraya yang akan datang dan bukannya PAS...apa yang berlaku ? senaraikan sebab musababnya seperti berikut
Masih Meletakkan Calon PKR
1. Apa sikap dan penerimaan rakyat di kawasan DUN atau Parlimen terhadap calon dari parti yang sama yang lompat parti di kawasan itu. Keluarkan hujah anda. Kebarangkalian PR akan kalah dikawasan tersebut adalah sangat-sangat tinggi. Memang perkara ini berlaku atas taktik kotor UMNO. Itu semua orang tahu TETAPI Jangan main ikut nafsu dan rasa atau selera masing-masing ajer walaupun kerusi tersebut milik PKR. Kita inginkan kemenangan Pakatan Rakyat yang solid bukannya memuaskan hati beberapa pemimpin PKR dan reda dengan kekalahan yang pasti berlaku di situ pada pilihanraya yang akan datang. Kita perlu Cerdik jika inginkan kemenangan. Rakyat sedikit sebanyak pastinya amat meluat dengan calon PKR yang pada mereka tak berintegriti dan bermaruah walaupun tidak semua. Seekor kerbau membawa lumpur akhirnya terpalit kepada semua. Kita tak hendak ianya jadi begini.
Sekiranya Diletakkan Calon PAS;
1. Apa penerimaan Rakyat dikawasan DUN dan Parlimen di Kawasan tersebut jika Pas menggantikan keadilan di situ.? Sekiranya PAS kuat....Berikan hujah anda...contoh: Parti Pas tiada seorang pun melompat parti atas beberapa elemen yang PAS telah kuatkuasakan. Tunjukkan kekuatan dan jentera Pas yang ada di sana.
2. Mengapa perlu diletakkan calon Pas bagi menggantikan calon PKR?
Kita perlu belajar dari apa yang berlaku ke atas PAS Selangor. PR perlu belajar dari apa yang berlaku ke atas 2 adunnya yang melompat Parti dan yang bakal melompat parti.
Jangan kerana mereka-mereka ini menjadi penyebab PR kalah pada pilihanraya yang akan datang.
Jangan tunduk sangat dengan apa yang dijanjikan dan dipersetujui dahulu. Berbincanglah dengan PKR. Ia boleh diubah semula atas dasar pembincangan ukhuwah dan ianya boleh di review atau dikaji semula dari masa ke semasa. jangan terlalu rigid dan PKR jangan terlalu emosional jika sekiranya inginkan kemenangan.
Pandangan ini hanya pandangan individu dari Panglima7 dan ia tidak ada kena mengena dengan pandangan dari Parti PAS atau Pakatan Rakyat. Segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang tidak baik itu datangnya dari nafsu saya sendiri.
Selamat bermuhasabah dan fikir-fikirkanlah.
Panglima7 wrotes.
"Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah". Surah Al-Qasas ayat 17. Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu. Surah An-Nisa Ayat 61
Pengikut-Pengikut Panglima7
Kalendar Islam
Feb 20, 2010
Study Semula Agihan Kerusi P/Raya PR : PAS Perlu Lobi Dan Ke Hadapan.
Labels:
Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Cawangan-Cawangan Pas
Blog-Blog Sahabat 4
Label
- Agama (118)
- Aku (19)
- Article (10)
- Berita (34)
- Hadis (1)
- Hebahan (4)
- Hiburan (13)
- Himpunan Kisah dan Teladan (12)
- Iklan (3)
- Isu Semasa Negara (5)
- Ke Arah Hidup Yang Kekal Abadi Lagi Abada (2)
- Khurafat Mistik Dan Batin..Bersiri (3)
- Kiriman (4)
- Luar Negara (12)
- Mari Belajar Tajwid. (2)
- Mari Mengenal Islam (2)
- Outstation (1)
- Politik (346)
- Politik. (115)
- Puisi (1)
- Sejarah (3)
- Sejarah Kepahlawan Bangsa Melayu (2)
- Semasa (4)
- Seram (3)
- Story (3)
- Sukan (6)
- Tolong Kami Bantu Kami (3)
- Ucapan (7)
2 comments:
salam kekandaku panglima 7....
bukanlah bermaksud untuk mengangkat parti sendiri..tetapi sejarah menunjukkan bahawa wakil rakyat daro pas lebih telus dan lebih taat berbanding pkr mahu pun dap...
akhir-akhir ini pula kita melihat wujubnya sang "katak" dalam parti pkr yang mana secara tidak langsung memberi kesan yang buruk kepada pakatan rakyat..
mengapa hal ini berlaku..ini kerana ahli parti pkr kebanyakan berasal dari um-no..mereka meninggalkan um-no atas beberapa sebab..selain marahkan umno diatas apa yang telah dilakukan kepada anwar ibrahim,ada juga antara mereka meninggalkan um-no kerana gagal mendapat tempat di dalam um-no..
da apabila mereka berada di dalam pkr,mereka masih mengulangi tabiat lama mereka di dalam um-no yakni tabiat berebut "projek"..hal inilah antara yang menjadi punca berlakunya krisis dalam pkr sehingga membawa kepada bertukarnya mereka menjadi "katak"..
di dalam pas hal seumpama ini agak sukar kita temui..ini kerana pas mendidik ahlinya melalui majlis-majlis usrah yang sering di adakan di peringkat cawangan mahupun kawasan..majlis usrah inilah yang membina kekuatan di dalam pas dan menjadikan ahlinya taat setia kepada perjuangan..
apa pun andaian dan taksiran kita...kita harus angkur kepada keputusan pucuk pimpinan dalam menentukan bagaimana kerjasama antara parti dalam pakatan rakyat ini...jangan pula kita juga terikut perangai-perangai mereka yang tidak reti taat kepada pemimpin...wallahualam
Terimakasih kerana memberikan buah pandangan yang hebat wahai Saudara Jebat.
Apa yang Jebat katakan adalah benar belaka. Mereka dari waris keturunan UMNO, mana mungkin mereka akan setia bersama PR. Masuknya mereka ke dalam PR ada misi yang belum selesai.
Tindak-tanduk mereka mencerminkan watak makyong UMNO yang bobrok.
Perkara ini tidak berlaku di dalam PAS.
Terimakasih kerana pandangan yang hebat lagi bernas.
Jikalau Hang Jebat masih hidup...pasti ia bangga melihat saudara.
Panglima7 wrotes.
Post a Comment