Pengikut-Pengikut Panglima7

Kalendar Islam

Feb 20, 2010

TPM: Sebatan ke atas wanita Islam adalah sah

TPM: Sebatan ke atas wanita Islam adalah sah
Feb 19, 10 2:48pm

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Jabatan Agama Islam Negeri perlu memainkan peranan daripada segi memberi pendidikan dan pemahaman berhubung hukuman sebatan yang telah dilaksanakan terhadap tiga pesalah wanita.


Beliau berkata langkah itu penting bagi perkara itu difahami bukan sahaja masyarakat di dalam negara tetapi juga masyarakat antarabangsa agar tidak timbul tanggapan serong tentang apa yang berlaku di negara ini.

"Yang penting sekarang ini, Jabatan Agama Islam Negeri-negeri mungkin dengan kerjasama kita juga untuk memberi satu pendidikan, dan daripada segi soal pemahaman apakah sebenarnya (hukuman sebatan).

"Kerana ini sudah lama diperuntukkan dalam undang-undang syariah yang dilaksanakan di negeri-negeri, dan ini bukan dalam bidang kuasa Persekutuan, (ia) dalam bidang kuasa negeri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Modal Insan di Putrajaya hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hukuman sebatan yang dilaksanakan di negara ini telah mendapat perhatian daripada masyarakat antarabangsa.

Tiga wanita, berusia antara 18 hingga pertengahan 20-an telah menjalani sebatan mengikut kaedah syarak pada 9 Feb lalu di Penjara Wanita Kajang kerana melakukan persetubuhan haram sehingga melahirkan anak luar nikah.

Ketiga-tiga wanita itu menerima hukuman atas keterlanjuran mereka apabila menyerah diri kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Muhyiddin berkata terdapat peruntukan di peringkat negeri, iaitu di bawah Mahkamah Syariah untuk menghukum mana-mana umat Islam yang melakukan kesalahan dan ia adalah sah daripada segi undang-undang dan hukum syarak.

Katanya penjelasan perlu dilakukan kerana pelaksanaan hukuman sebat syarie masih baru.

Muhyiddin berkata media turut berperanan membantu memberi penjelasan berhubung pelaksanaan hukuman itu, yang mungkin pada tanggapan masyarakat antarabangsa ia adalah seperti hukuman jenayah, disebat sehingga boleh menyebabkan kematian.

Katanya pendekatan yang digunakan oleh Islam adalah lebih kepada mendidik dan menginsafkan mereka yang melakukan kesalahan.

"Jadi, berbeza sekali. Sekiranya ada penjelasan sebegitu, maka tidak akan timbul tanggapan bahawa kita membuat sesuatu berbeza, malahan daripada segi hukuman yang dilakukan itu, ia agak jauh ringan. Kalau yang hukum bunuh itu, berbeza sekali," katanya.

- Dpetik dari Bernama

Muhyiddin dan Zahrain serta Ibrahim Ali dan ramai lagi jak-juak UMNO apabila berbicara mengenai hukuman sebat maka jam jam tu juga terserlah kebodohan mereka ni. Kalau tak tahu atau jahil lebih baiklah berdiam diri.

Panglima7 comments.

3 comments:

jebat_berani said...

jelas sekali mereka ini bukalah menguatkuasakan undang-undang sebaliknya "menghina" undang-undang islam...

sedangkan islam telah mengariskan panduan dalam menjatuhkan hukuman terhadap pesalah syariah dan mereka tetap melaksanakan hukuman berdasarkan undang-undang ciptaan mereka...

apakah pelaksanaan hukuman sebat ke atas 3 wanita ini sudah boleh dianggap mereka melaksanakan hukum islam??sedangkan hukuman yang mereka lakukan itu jelas bercanggah dengan apa yang telah disarankan dalam ajaran islam...

pelaksanaan hukuman sebat ini jels sama sekali tidak menepati apa yang telah disarankan dalam ajaran islam..ianya seolah-olah satu penghinaan kepada ajaran islam...

dari mereka sebat wanita ini rasanya baik hamba sebat aje mereka ni..kanda panglima 7 boleh tolong pegang...kita sebat sampai bebirat....baru padan muka depa...

Panglima7 said...

Boleh-boleh....tiada masalah bagi hamba. Hamba boleh pegangkan mereka atau ikat sahaja di tiang belakang pokok nun di padang sana. Biar hukuman ini disaksikan beribu orang agar menjadi pengajaran kepada seluruh umat manusia.

Hamba tak tahu hukum apa yang mereka pakai...sebat pesalah syariah secara tertutup, sedangkan dalam Islam secara terbuka. Entahkan sebat entahkan tidak...itu boleh dipersoalkan.
Silap-silap cuma gimik sahaja, mereka di dalam sedang seronok makan kuaci atau coklat dan di war-warkan disebat. hmmmm !!!!

Orang yang tak minta disebat-...mereka sebat. Yang merayu memohon hingga menangis-nangis agar disebat....tidak pula disebat.

Itulah Islam ala ala UMNO. Kalau ada kepentingan macam kutipan zakat maka dilaksanakan.....kalau tiada untung dan kepentingan seperti sebat...lantak pi laa.

jebat_berani said...

INILAH AKIBATNYA MENGAMALKAN "ISLAM HADHARI" DAN "OSLAM 1MALAYSIA"..HABIS PUNAH RANAH JADINYERR.....NAK KU MARAH DAH BESAR PANJANG...NAK KU TEGUR MENGAJI SAMPAI LUAR NEGERA...AKHIRNYA KU TENDANG TERAJANG JUGA BARU RETI BAHASA..TAK BEGITU KEKANDA PANGLIMA 7??

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara