Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Feb 27, 2010

Rakyat Malaysia Yang Dipimpin Oleh UMNO Bagai Melukut Ditepi Gantang.


Rakyat Malaysia Dipaksa Bayar GST. Tak Cukupkah Duit Minyak Dari Petronas????


Kasihan...Negara kaya minyak...tapi masih ada rakyat yang mengutip sisa makanan seperti ini. (gambar hiasan)




Sayang seribu kali sayang. Negara kita memang diakui dunia, cukup kaya dengan hasil mahsyul seperti bijih Timah, Gas Asli dan sekarang ini Minyak. Tentunya setiap lapisan rakyat Malaysia dari berbilang bangsa dan agama khususnya sungguh gembira dengan penemuan ini. Dengan penemuan ini rakyat akan hidup sempurna, harmoni dan lebih selesa.

Tetapi MALANGNYA, Rakyat Malaysia SUDAH TERSALAH PILIH PARTI YANG MEMERINTAH MALAYSIA. Kita Maafkanlah mereka. Kerana pemilihan yang salah ini, rakyat terpaksa menanggung pelbagai kos sara hidup yang sangat tinggi dan melambung-lambung dari masa ke semasa...sehingga wujudnya ceti-ceti haram seperti Along yang hidup subur bagaikan cendawan disebabkan kesusahan rakyat tadi. Tumbuh pula skim-skim perniagaan yang sungguh menarik tetapi menipu....ramai rakyat tertipu terpaksa berhutang dengan bank puluhan ribu ringgit disebabkan skim-skim ini. Tiada akta pun yang melindungi Rakyat yang kena tipu dalam skim perniagaan ini. Kementerian Hal Ehwal Pengguna yang ada ini tiada punyai bidang kuasa. Kuasa mereka hanya kepada pembeli yang tertipu sahaja bukan kepada mereka yang tertipu dalam menjalankan perniagaan.

Hidup rakyat tertekan...bukann sahaja tertekan tetapi SUNGGUH TERTEKAN.negara ini dipimpin oleh mereka mereka yang sangat rakus yang terdiri dari parti UMNO dan BN. Negara yang kaya boleh jadi papa kedana disebabkan kerosakan yang mereka lakukan. Hasil Mahsyul minyak negara yang diterajui oleh Petronas bukannya untuk diagihkan kepada rakyat tetapi diagihkan dikalangan mereka sahaja. DIROMPAK. Macam macam gelaran diberi seperti wang ihsan laa....wang saguhati laaa dan bermacam-macam lagi. Ada atau tiada minyak di negara ini tidak dapat membantu rakyat untuk hidup lebih selesa. Rakyat bagaikan MELUKUT DITEPI GANTANG, ramai yang miskin dan hidup di Flat-flat berbeza dengan bangsa lain, bahkan rakyat terpaksa dan Dipaksa membayar segala cukai-cukai yang hamba senaraikan di dalam penulisan hamba baru-baru ini. Di mana terbelanya melayu di sini. Peniaga Melayu lah yang paling ramai dihambat oleh jentera-jentera kerajaan ketika mereka mencari sesuap nasi ditepi-tepi jalan.
Kalau negeri Kelantan boleh ditipu...apatah lagi kita rakyat Malaysia.
BANGUNNNNNN !!! SEMUA RAKYAT MALAYSIA. TEGAKKAN KEBENARAN. HENTIKAN KEZALIMAN PENJAJAHAN UMNO & BN INI DI NEGARA TERCINTA INI.

DAKU TAK RELA TANAHAIRKU DIPERKOTAK KATIKKAN OLEH PETUALANG-PETUALING INI YANG MERACUN RAKYAT DENGAN KATA-KATA DAN MULUT YANG MANIS.

TERJEMAHKAN AMARAH ANDA DALAM KERTAS UNDI DALAM PILIHANRAYA UMUM KE 13 YANG AKAN DATANG.


Hei! Kursani mengalir lah dikau
Menjadi raksa,Mengisi belikat punggungku
Agar aku bisa berdiri
Tegap dan segak
Bagaikan laksmana Melayu

Hei! sepuluh helai daun sirih
Ku gentas bersama
Bunga cengkih jadilah dikau
Darah merah pekat
Mengisi uratku
Agar bisa aku berlangkah
Gagah dan tampan
Bagaikan sijantan yang berkokok

Di mana bumi ku pijak
Di situ langit ku junjung
Alang-alang menyeluk pekasam
Biar sampai ke pangkal lengan

Aku seru mentera pusakaku
Mentera semerah padi

Panglima7 Wrotes

2 comments:

TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT said...

terima kasih sudi follow blog ambo.Blog tuan ambo dah link kan.Harap maklum

Panglima7 said...

Alhamdulillah, Tuan hamba.
Jasamu ku kenang selalu. moga kita sama-sama berjuang.

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara