Salam,
Dahulunya UMNO memang membenci orang yang berdemonstrasi. Mereka cuba menggagalkan sebarang percubaan demonstrasi dan juga apa sahaja Reformasi, dengan berdiri di belakang pihak berkuasa tempatan. Mereka tidak sanggup berhadapan dengan rakyat dengan isu-isu yang mereka ciptakan sendiri dan akhirnya mendapat kecaman rakyat sehingga hasilnya 5 negeri tumbang dalam pilihanraya umum yang lepas.
Mereka yang berdemo begitu berharap dapat berhadapan dengan UMNO yang bacul ini, agar dapat menyampaikan mesej yang jelas kepada pemimpin UMNO tetapi malangnya segala pintu telah ditutup serapat-rapatnya dan ruang yang ada hanyalah Internet, akhbar media semuanya sudah diperkudakan dan menjadi lidah UMNO & BN dan akhirnya rakyat terpaksa berhadapan dengan jentera kerajaan yakni pihak polis.
Begitu juga dengan DS Dr Mahathir yang terpaksa menggunakan platform pembangkang untuk bercakap hingga beliau menubuhkan blognya bagi melahirkan pandangan dan kritikan.
Tetapi hari ini semuanya sudah terbalik, semuanya seperti sirih pulang ke ganggang. UMNO seperti meludah ke langit gamaknya. Seperti ayam berkokok ekor bergelumang tahi gelagat UMNO, apabila amat suka berdemonstrasi lebih-lebih lagi negeri-negeri dibawah pemerintahan pembangkang memang tidak menghalang sebarang demonstrasi yang dilakukan sebelum ini tak kira sapa yang berdemo, UMNO atau apapun kerana itu adalah hak rakyat.
Muka-muka UMNO yang tak tahu malu ini lupa setelah seronok dengan kerja baru mereka iaitu berdemonstrasi di jalanan hingga mereka lupa merekalah yang serakus-rakus parti yang menghalang apa jua bentuk demonstrasi yang dilakukan oleh rakyat sebelum ini. Sungguh meloyakan dan menjijikkan bila apa yang mereka ludah terpercik di muka mereka sekarang. Boleh dikatakan hampir setiap minggu dan setiap negeri penguasaan pembangkang mereka melakukan demo. Demo yang ganas hingga memijak kepala lembu dan membakar patung atau gambar Pemimpin pakatan. Kalau nak dibayangkan rakyat yang membuat demo sebelum ini tak pernah pun sampai bakar sana bakar sini hingga memijak kepala lembu. kalau berlaku pun dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu.
Bagaimana demonstrasi jalanan yang ganas yang mereka lakukkan ini tidak pernah sama sekali di kasari atau dipancuri oleh water canon pihak polis....tiada pun trak-trak FRU mengepung dan menghalang mereka, memukul mereka dengan belantan, cota mengheret lelaki dan perempuan ??? Pelik bukan !!! Mereka seperti anak emas. anda tentu tahu jawapannya bukann....... Double standard !!!
Kerana mereka adalah UMNO yang menyokong kerajaan dan pihak kerajaan sangat mengalu-alaukan penyertaan mereka maka polis dinasihat agar tidak campur tangan dalam hal ini. Kerana polis berada di bawah bidang kuasa mereka.
Cuba parti pembangkang membuat demo.....tengok apa yang berlaku....
1. Keluar surat khabar.....
2. Polis beri amaran keras
3. Tiada Permit diluluskan. Kalau mohon pun....jangan haraplah boleh dapat. Permit perhimpunan atau demonstrasi hanya untuk UMNO sahaja itu pun mereka kadang-kadang tak ikut prosedur pun. Cuba fikirlah....CUKAI TANAH YBK SELAMA 13 TAHUN MEREKA TAK PERNAH BAYARRRRRRRRRRR ????? Mentang-mentanglah dulu mereka yang perintah Selangor...cukai untukhasil negara tak diambil Peruah.
4. Amaran tangkap dan sumbat dalam ISA
5. Polis meletakkan FRU dan trak-trak water canon
6. Polis mengepung kawasan tersebut....
Siapa yang bagi arahan kepada polis....untuk berbuat seperti di atas..???
Tiba-tiba bila UMNO berdemonstrasi...macam anak emas layanannya.
Panglima7
"Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah". Surah Al-Qasas ayat 17. Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu. Surah An-Nisa Ayat 61
Pengikut-Pengikut Panglima7
Kalendar Islam
Feb 14, 2010
UMNO Memang Dah Terbalik
Labels:
Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Cawangan-Cawangan Pas
Blog-Blog Sahabat 4
Label
- Agama (118)
- Aku (19)
- Article (10)
- Berita (34)
- Hadis (1)
- Hebahan (4)
- Hiburan (13)
- Himpunan Kisah dan Teladan (12)
- Iklan (3)
- Isu Semasa Negara (5)
- Ke Arah Hidup Yang Kekal Abadi Lagi Abada (2)
- Khurafat Mistik Dan Batin..Bersiri (3)
- Kiriman (4)
- Luar Negara (12)
- Mari Belajar Tajwid. (2)
- Mari Mengenal Islam (2)
- Outstation (1)
- Politik (346)
- Politik. (115)
- Puisi (1)
- Sejarah (3)
- Sejarah Kepahlawan Bangsa Melayu (2)
- Semasa (4)
- Seram (3)
- Story (3)
- Sukan (6)
- Tolong Kami Bantu Kami (3)
- Ucapan (7)
No comments:
Post a Comment