Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Apr 25, 2010

Berita Dari Panglima7 Di Parlimen Hulu Selangor

Salam,

Ketika berita ini ditulis, hamba telah selamat tiba di rumah dan hujan mula turun dengan lebatnya.
Semasa lebih kurang pukul 12 tengahari tadi, dalam perjalanan keluar dari tempat mengundi di Hulu Bernam, jalan keluar masuk penuh sesak. Ketika dalam kenderaan hamba terpandang sesusuk tubuh yang hamba kenali, hamba amati dan rupa-rupanya tak asing lagi Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr, Rosli Che Mat seorang yang pakar dalam bab-bab Atom & Nuklear.(Bukan Teknologi Persenjataan yea) yang hamba pernah berada di dalam Pas Cawangannya di bandar Baru Bangi 2.  Sempat hamba membunyikan hon dan melambaikan tangan kepada beliau sambil menyapa akan khabarnya.

Selang beberapa ratus meter dihadapan, di sebelah kiri jalan, terpandang pula hamba beberapa orang petugas Pas yang duduk berehat di tepi jalan. Seakan kenal dan familiar muka beliau dan akhirnya hamba terus teringat beliau adalah Ustaz Razali Pengarah Pilihanraya bagi Polling & Counting Agent di Hulu Langat Cheras Batu 14 yang hamba pernah mengikuti kursus dari beliau dalam tahun 2000, 2004 dan 2008.

Hamba turunkan cermin kereta sambil melemparkan senyuman dan memberi salam dan menyapa ...Aii Ustaz, sampai ke sini..!! Beliau membalas ya..ya.
Disebabkan berada di jalan raya yang sibuk dan jammed...hamba tidak boleh berhenti ditambah pula tiada tempat kosong untuk hamba menghentikan kereta.  Sepanjang jalan ke Kuala Kubu Baru dan Serendah, jalan penuh sesak tetapi terhibur melihat telatah dan poster dari kedua belah pihak.

Apa pun....dari sudut pengamatan hamba, BN kali ini berusaha bersungguh-sungguh bagi memenangi Parlimen Hulu Selangor walau dengan apa sekalipun, Lebih kurang 7-8 VCD di edarkan di setiap rumah di Hulu Bernam.  Berbagai bagai isu di lontarkan di dalam CD tersebut dan melayangkan pula surat-surat propaganda dan juga risalah-risalah yang di print colour lagi dengan bersaiz A4 bagi memberi visual yang hebat kepada pembaca. Sudah tentunya berjuta ringgit duit rakyat telah mereka habiskan untuk Pilihanraya kali ini.  Poster pilihanraya kali ini bukan bersaiz biasa lagi tetapi..haaa amik ko....Besar....bentuk Bunting.

Kita akan Kalahkan mereka dengan izin Allah..  InsyaAllah.
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat di ambil sepanjang perjalanan pulang.


Muslimat Turut Membantu pilihanraya ini

Di Sinilah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng Berceramah Semalam di Hulu Bernam

Beberapa Pemuda UMNO dari Daerah Gombak(Tertera di Bajunya) turun membantu UMNO dan BN Berkempen 

Petugas-Petugas PR tiada gentar dihatinya melalui deretan Penyokong dan Petugas UMNO & BN

Sorak Menyorak, pekik memekik dan provok memprovok berlaku di sini.  Di Kiri Jalan Penyokong PR dan di sebelah kanan jalan Penyokong UMNO dan BN. Lantaran itu jalan menjadi Jammed.  Bukan sahaja di Hulu Bernam tetapi juga sepanjang jalan ke K.Kubu Baru, Rasa dan juga Serendah.

Pakatan rakyat menjerit dan melaungkan APCO, APCO, Yahudi kepada Penyokong UMNO dan BN. Manakala UMNO & BN menjerit Arak dan Derhaka.

Penyokong UMNO menunjukkan lagaknya.

Suasana sepanjang jalan keluar ke Ulu Yam

Jalan mula jammed.

Banner dari Pakatan Rakyat - Menteri Besar Selangor.

Brought By Panglima7

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara