Pengikut-Pengikut Panglima7


Kalendar Islam

Apr 6, 2010

Bukan Sahaja Noh Omar, SPR Pun Pertikai Peranan Mafrel !!!

Salam,

Sungguh haru biru dunia politik tanahair, apabila bukan sahaja Noh Omar mempertikaikan peranan Mafrel, sebagai pemantau bebas Pilihanraya di Malaysia tetapi lebih melucukan kita semua bilamana Pengerusi SPR Tan Sri abdul Aziz juga mempertikaikan peranan Mafrel.

Kalau bukan Mafrel yang tegur BN dan SPR....SIAPA LAGI???  TOLONG BAGITAHU AKO !!!

Apa pulak teguran Mafrel tiada asas ??? Takde asal ke bilamana UMNO & BN menyogok rakyat di Hulu Selangor dengan projek perumahan, sekolah dan juga Felda.

Tindakan UMNo & BN JELAS bercanggah dengan Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (Pindaan 2006)
Kenapa pulak Noh Omar Melatah...macam cacing kepanasan.  Apabila ada badan yang menegur dicop sebagai alat pembangkang.  Ini kenyataan yang tongong dan beremosi.

Memang benar MB Selangor juga menyalurkan geran tanah kepada penduduk di sana tetapi kehadiran beliau atas kapasiti Menteri Besar yang rangka lawatan Programnya telah dirancang awal lebih-lebih lagi sebelum kematian Ahli Parlimen Hulu Selangor tersebut.

Manakala SPR pula tiba-tiba mempertikaikan peranan Mafrel...apa pasal?   Sebelum ini banyak laporan yang dihantar oleh Mafrel mengenai Penyelewengan di dalam Pilihanraya ...dibakulsampahkan oleh SPR.  Kenapa pula tiba-tiba beria-ria inginkan laporan secara rasmi dari Mafrel?

Itulah dia....kalau SPR telah dipengaruhi oleh agenda politik UMNO dan BN maka apa sahaja teguran yang dibuat oleh Mafrel seperti penggunaan dakwat hitam di jari pasti akan digagalkan oleh UMNO dan BN secara sulit melalui SPR bilamana teguran itu bisa mendedahkan pembohongan UMNO & BN di dalam pilihanraya.

Written by Panglima7

1 comment:

Lintau Perak said...

Mafrel ni sepatutnya berlaku adil.
Kalau dah kelihatan tak adil..hilanglah fungsinya.

Kalau kita pertahankan juga...maknanya kita suka kepada ketidakadilan...

Boleh guna fikiran dan aqal untuk memahami perkara ini.
Tak guna aqal langsung payah ler...
Sbb tu dlm Islam...semua ibadah tak diterima kalau tak siuman...

Janganlah jadi tak siuman, atau separuh siuman..atau kerana taksub politik..jadi tak siuman pun takpe..
Payah tu..

Related Posts with Thumbnails

Jom Chatting dan Borak Secara Online

http://www.meebo.com/rooms

Pengikut Panglima7 Luar Negara